Tertarik sungguh dengan perkongsian resepi Puan Nurlia Mohd Nor ini. Tak menggunakan bahan yang rumit, cara memasak daging ini pun mudah saja. Katanya, “abah selalu minta saya buatkan daging ini. Saya tak pasti nama apa.’
“Sebab warna seakan merah, saya panggil daging masak merah je. Resepi ini saya belajar dengan mak. Makan dengan nasi sangatlah sedap. Nak pula gu dia ikan goreng. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun mabeles!”
“Resepi saya jangan risau, simple je sebab saya bukanlah rajin sangat pun untuk menu yang rumit. Siapa nak share dipersilakan, Saya izinkan. Semoga bermanfaat.”
Cara Masak Daging Merah Style Nurlia
Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (Jangan tanya sukatan sebab saya punya style masak main agak-agak je.)
Ads
Dah goreng blendkan dengan sedikit air.
Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.
Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.
3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar
1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.
Siap! Selamat Mencuba
Sumber: Liyana Kamaruzaman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita ini pernah melalui satu kehidupan yang sukar lagi memeritkan. Pernah ketika zaman susahnya, dia tak mampu beli susu anak tapi cuma mampu belikan anaknya susu sejat Tea Pot kerana ketiadaan duit. Lebih sayu, susu itu pula diselang selikan dengan air sirap asalkan bayinya kenyang air.
Ini cerita Norsahida Mohamad Said (Pn Sheda Said), pengasas Elsee (produk LaMamma) yang pernah melalui saat-saat down dalam hidupnya.
Dikongsikan dalam sebuah catatan ringkas untuk memberi inspirasi kepada anda yang ketika ini sedang melalui ujian yang sukar dalam hidup. Sebelum ini MW pernah kongsikan kisah beliau. Bagaimana Allah Tolong Selesaikan Hutang RM1 Juta yang pernah dihadapinya.
Akak pernah ditanya soalan begini, “Kak, macam mana akak kelihatan sungguh POSITIF walaupun dugaan bertimpa-timpa”
Allahu dik, akak bukanlah seorang yang positif melampau. Tak tahu nak beza yang patut bertenang atau patut teriak.
Begini dik, akak rasa akak dah tak de airmata untuk menangis jika musibah datang. Sebab 10 tahun yang dulu, akak dah puas menangis!
“Macam mana akak tak menangis dik, bila akak tak de duit nak beli susu anak, akak beli je susu tea pot. At least nampaklah air tu berwarna putih. Masa tu baby lagi berapa bulan. Selang seli bagi air sirap.”
Masa tu zaman akak difitnah, dihina. Almaklumlah, akak gagahkan diri untuk menumpang sudut kedai orang a.k.a bawah tangga kedai orang untuk berniaga.
Orang dok cerca ni jangan kira tapi akak belajar jadi telinga tebal. Akak buat buat tak dengar semua tohmahan orang semata mata kelangsungan hidup.
“Dik, akak pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilometer. Pergi buat check up perut. Masa tu akak pregnant anak kedua. Kereta? Kereta kecil yang ada tu, akak sorok rumah kawan sebab dah 4 bulan tak bayar.”
Arghhh.. kalau akak nak cerita semuanya, akak takut awak yang tak kuat. Awak yang menangis berbaldi-baldi.
Akak cuma nak bagitahu ni, BERTENANGLAH walau apa jua situasi kritikal yang melanda sekarang.
Belajar berlapang dada dengan ujian Allah. Belajar bertenang.
Jika awak fikir MASALAH, makin banyak masalah yang datang. Masa tu, awak dah tak boleh fikir solusi lagi.
Jika berlaku sesuatu yang tak diingini, yang menyentap jiwa kita, cuba buat ini:
1. Istighfar. Bertenang. Pasakkan dalam minda, Allah sedang perhatikan awak untuk bagi latihan ke NEXT LEVEL yang lebih tinggi.
2. Jangan menangis dulu. Cari solusi jangka masa pendek untuk selesaikan.
3. Tengah malam berusahalah untuk bangun. Haaaa.. masa ni, menangislah sungguh-sungguh. Bercakaplah seolah-olah Allah ada depan awak.
Ya, penting dik untuk diri kita sendiri kawal EMOSI kita. Supaya bila hati tenang, kita dilihat orang yang MENANG.
Dengan segala kepedihan dan keperitan semalam, akak dah lali dan masih boleh berlagak tenang.
Sumber/Foto : Facebook Page Pn Sheda Said
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah viral di media sosial penjualan pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik namun dijual dengan harga yang cukup murah serendah 50 sen. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun disebalik, reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri tersebut, ada dakwaan menyatakan bahawa penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang terutama pada wanita hamil dan bayi.
Memetik sumber daripada Malay Mail Online,para pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang pernah viral di media sosial ini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,”
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata lagi pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,”
Kesimpulannya, lebih berhati-hatilah dalam penggunaan material untuk pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk corak menarik ini lebih sesuai dijadikan hiasan berbanding penggunaan harian.