Nak didik anak takut Allah bukan mudah. Dan dalam membesarkan anak-anak pun pastinya mak ayah masing-masing mempunyai perancangan sendiri yang terbaik untuk anak. Apa yang penting, tiada istilah putus asa dalam mendidik sebab anak-anak inilah pembawa payung kita di padang masyar kelak.
Jadi empena Hari Ibu ini, mak-mak boleh raikan dengan menambahkan ilmu didik anak melalui membaca perkongsian daripada Puan Siti Aminah Sulaiman. In shaa Allah, moga kita mampu menjadi mak-mak yang berjaya dalam mendidik anak di zaman moden.
Kaitan Surah Ali IMran Dengan Didik Anak
Surah Ali Imran memang surah feveret saya dari zaman muda mudi dulu lagi. Walaupun sudah berkali saya baca tapi tak pernah lagi dapat tangkap apa pengisian surah ni.
Hingga Allah rezekikan saya berguru dengan Ustaz Syaari Abd Rahman pada sabtu lepas,
Baru nampak khazanah-khazanah yang tersembunyi dalam surah tu.
Allahuakbar..Ya Allah Engkau Maha Luas ilmuMu
Salah satu ilmu berharga yang tersingkap dari tadabbur saya melalui surah ini ialah berkenaan topik PARENTING
Melalui kisah isteri Imran (ibu Maryam),
Rupanya Allah ajarkan STEP BY STEP bagaimana nak didik anak seawal kehamilan hingga ke peringkat pengasuhan.
1) Pengiktirafan Allah keatas keluarga imran
Kisah keluarga Imran bermula dengan Allah berfirman dalam ayat 33 Surah Ali Imran bahawa Allah telah melebihkan keluarga Imran dari yang lain:
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),”
Pasti ada banyak perkara yang kita boleh belajar dari kisah keluarga ini. Watak-watak dalam kisah ini sepatutnya diangkat menjadi role model keibubapaan pada hari ini.
Imran merupakan seorang yang soleh dan isterinya juga merupakan perempuan yang solehah, ini boleh dilihat dalam kronologi seterusnya yang diceritakan Allah dalam surah ini.
2) Misi & Visi yang JELAS dari awal kehamilan.
Sebaik tahu dirinya hamil, Ibu Maryam sudah bernazar bahawa anak ini bakal menjadi seorang ‘muharrarah’
Secara terjemahan مُحَرَّرًا bermaksud hamba yang mengabdi diri hanya kepada Allah,
iaitu bebas dari sebarang pengabdian pada manusia atau material.
Perancangan si ibu ialah anak yang lahir nanti akan diserahkan ke rumah suci Baitul Maqdis.
Ads
Sungguh mulia nazar seorang ibu, dia begitu JELAS dengan TUJUAN hidup anak yang bakal lahir nanti.
Point ini membuat saya semak semula niat saya dalam membesarkan anak-anak saya..
Apakah saya sudah JELAS dengan hala tuju mereka apabila besar nanti?
3) OPTIMIS dengan ketentuan Allah
Ibu Maryam menyangka bahawa dia mengandung seorang anak lelaki.
Namun Allah punya perancangan yang lebih baik,
dia melahirkan seorang bayi perempuan.
Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan;…” (Ali Imran: 36)
Yang menariknya disini ibu Maryam tetap optimis dan bersangka baik dengan ketentuan Allah.
Ini dapat dilihat dengan tindakannya apabila menamakan anaknya dengan nama Maryam yang membawa maksud yang baik.
Ads
Dan ibu Maryam tetap meneruskan nazarnya untuk menyerahkan anaknya ke rumah suci Baitul Maqdis.
Ibu Maryam mengajar kita untuk melihat pada setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan jangan sekali berputus asa dari rahmat Allah.
4) Dahsyatnya DOA seorang ibu
Optimis si ibu dan kasih pada anaknya diteruskan dengan dia lantas berdoa pada Allah .
“…dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk”. (Ali Imran : 36)
Doa ini sebaiknya diamalkan oleh setiap ibu ayah yang inginkan anak keturunannya sentiasa aman dari gangguan syaitan.
Ibu Maryam mengajar kita untuk sentiasa mendoakan anak keturunan kita kerana DOA dan NIAT baik seorang ibu pasti disambut Allah.
5) Pentingnya memilih guru yang baik
Seterusnya dalam kisah ini kita dibawa hingga ke tahap pengasuhan Maryam hingga dewasa.
Ads
Allah menceritakan bahawa Nabi Zakaria terpilih untuk mengasuh Maryam (khadam rumah suci berebut untuk menjaga Maryam lalu mereka cabut undi).
Maryam mendapat seorang guru yang soleh yang juga merupakan Nabi Allah untuk terus mendidik dia menjadi seorang gadis solehah.
Ibrah penting disini ialah tidak cukup dengan hanya memiliki ibu ayah yang soleh, PEMILIHAN GURU juga sangat penting.
Kerana kelangsungan pendidikan anak terjamin apabila kita menempatkan mereka pada guru atau sekolah yang baik.
Kisah ini membawa saya berfikir lebih dalam mengenai hala tuju pendidikan anak-anak saya..
Adakah saya sudah melaksanakan tugas kami sebagai ibuayah dengan memberi anak pendidkan yang baik dirumah?
Dan sudahkan saya memilih guru yang soleh untuk anak-anak saya?
Dua kata kunci disini ialah BIAH yang soleh dirumah dan GURU yang alim.
Moga ALLAH beri kekuatan untuk kita mendidik anak-anak dengan baik sebagaimana keluarga Imran membesarkan anaknya Maryam.
Dan moga Allah sentiasa memberi kita tawfiq dan hidayahnya untuk kita mendidik anak-anak dirumah.
Terima kasih buat guru saya ustaz Syaari Ab Rahman moga Allah rahmati Tuan sekeluarga.(Mohon semua follow beliau untuk belajar ilmu al Quran )
Jika anda rasakan penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya lebih ramai dapat membaca ilmu ini dan boleh TAG pasangan anda untuk sama-sama mendidik anak dirumah nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanyalah mana-mana isteri, apa yang dilakukan dan setiap pengorbanan adalah untuk keluarga. Dia sakit dan tak larat pun sanggup bergagah untuk memastikan keluarga dapat kesenangan dan mampu diuruskan dengan baik.
Bangun seawal pagi, menyiapkan sarapan, uruskan makan minum dan bersiap ke tempat kerja. Balik ke rumah, mula bersingsing lengan untuk sediakan makan malam, selesaikan kerja-kerja melipat baju, mengajar anak dan banyak lagilah.
Ini belum lagi termasuk alahan semasa mengandung, kesakitan melahirkan anak dan banyak lagilah. Rasanya mampu tak suami buat semua ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Anis Afiqah tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu. Para suami kena hayati betul-betul yer.
Orang perempuan ni kalau nak berkira macam-macam dia boleh berkira.
Dialah yang menerima segala alahan ketika mengandung sampai lembik badannya. Dialah yang menerima berat badan yang meningkat semasa hamil. Dialah yang menerima tanda-tanda stretchmarks selepas bersalin.
Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan. Berapa jam dia menahan sakit contractions? Tapi dia tahan. Dialah yang menerima kesakitan ketika dijahit hidup-hidup.
Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai sakit lagi. Tak campur lagi anak menangis, berjaga malam dan sebagainya.
Dialah yang menjaga anak-anak, yang menyusu anak, dialah yang mandikan anak, yang menidurkan anak. Anak merap, dialah yang pujuk. Dialah memasak, dialah mengemas, dialah yang membasuh pakaian.
Suami bila balik dia tak rasa apa sebab semua telah diselesaikan sebelum dia balik.
Sebab tu saya cakap, perempuan kalau nak berkira macam² dia boleh berkira. Tapi dia tidak. Dia senyap dan buat kerjanya.
Apalah sangat pengorbanan isteri dengan masa yang kita (suami) korbankan untuk mereka?
MW: Itulah seorang isteri dan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tersayang.
Wanita meninggal dunia selepas susukan anak, pergi dalam pelukan suami. Kehilangan insan tersayang merupakan salah satu ujian terbesar yang pasti dilalui oleh setiap insan. Ia merupakan satu ketentuan yang telah tertulis dan tidak dapat dielakkan, tetapi tetap meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang ditinggalkan.
Wanita Meninggal Dunia Selepas Susukan Anak, Pergi Dalam Pelukan Suami
Kesedihan, kerinduan, dan kekosongan yang dirasai adalah lumrah, namun setiap kehilangan membawa hikmah dan pelajaran tersendiri.
Pemergian Suri Hati Dalam Pelukan: Kisah Sayu Perpisahan Seorang Suami
Di laman Threads, seorang pengguna, @amirul_n4fis, berkongsi kisah pilu mengenai pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah, yang menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah… Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” coretnya.
Menurut @amirul_n4fis, pemergian isterinya amat mengejutkan kerana arwah tidak pernah mengadu sakit atau menunjukkan sebarang tanda kesihatan yang merisaukan sebelumnya. Jenazah arwah kemudian dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Hasilnya, doktor memaklumkan bahawa arwah mengalami jangkitan pada bahagian paru-paru.
Kenangan Terakhir Bersama
Dalam perkongsian yang penuh emosi itu, @amirul_n4fis turut menceritakan bahawa mereka sekeluarga sempat bercuti beberapa hari sebelum tragedi tersebut berlaku. Kenangan manis itu menjadi memori terakhir buat mereka bersama.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah sempat memuat naik gambar di aplikasi WhatsApp yang memaparkan dirinya sedang memegang bayi mereka di tepi pantai. Gambar itu kini menjadi simbol cinta dan kenangan terindah buat keluarganya.
Ucapan Penuh Kesyahduan
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah rancang macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama. Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah dan Faleeq tetap akan papa pelihara. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama. Nanti hari-hari papa datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” tulis @amirul_n4fis penuh kesedihan.
Ucapan Takziah Dan Sokongan
Perkongsian itu telah menyentuh hati ramai pengguna Threads yang turut mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada @amirul_n4fis untuk terus tabah menghadapi ujian ini.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Semoga roh Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila mertua tak nasihat anak sendiri, sering salahkan menantu! porak-perandalah rumah tangga. Bila orang tua memainkan peranannya dengan baik, insyallah semuanya akan menjadi baik.
Lumrah berumah tangga kadang-kadang ujian hadir, jika menantu mengadu, mertua ambillah jalan tengah. Tegur anak sendiri, selidik di mana salahnya dan minta mereka perbaiki.
Bila Mertua Tak Nasihat Anak Sendiri
Kongsi Firdaus Shakirin, selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup menantu.
Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi macam itu…
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini utk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam tu…
“Mengadu tentang anak dia, engkaulah yang kena…”
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasuti. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu…
Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu tu… Malah hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu…
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik…
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu, bapa… Yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu…
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu… Wallahualam.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...