Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin,37 yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos sangatlah dirasai dan begitu dekat di hati semua. Sungguh ia suatu kematian yang menghidupkan, menjentik hati orang ramai terutamanya para isteri untuk berubah menjadi lebih baik.

Satu demi satu kebaikan arwah diceritakan terutamanya dari segi kemurahan hati suka bersedekah dan sifat taat dan solehahnya pada suami. Ramai juga para isteri yang mula refleksi diri, insaf membandingkan layanan sendiri pada suami, adakah sebaik arwah. Malah tidak kurang juga yang terinspirasi dengan  kebaikan arwah untuk menjadi isteri dan insan yang lebih baik.

Ada benarnya, nak jadi isteri solehah bukan mudah, jika pasangannya tidak soleh. Arwah Siti Sarah antara isteri yang bertuah direzekikan dengan suami yang soleh, dapat membimbingnya menjadi solehah.

Kebaikan Arwah Siti Sarah..

Kebaikan ARWAH Siti Sarah, Ramai Isteri Insaf Bagai ‘Dilempang’ Ke Alam Realiti

Baca coretan perkongsian daripada Dr Maryam Aziz ini.

Sejak semalam saya rasa ramai para isteri yang insaf. Melihat kebaikan arwah sehinggakan kematiannya husnul khatimah. Penutup kehidupan yang kita semua dambakan.

Tapi apabila mula insaf, saya yakin ramai juga para isteri bagai dilempang ke alam realiti dan mula tersedar kembali, tentang kenapa sebenarnya mereka kurang solehah sebelum ini.

Jadi Solehah Bukan Mudah

Ya, nak solehah bukan mudah, jika pasangannya tidak soleh. Nak melayani suami dengan senyuman bukannya senang sekiranya teringat bagaimana dia (isteri) berperang dengan anak anak, mengurus rumah tangga dari celik mata sampai nak pejam mata semula, sedang suami banyak masa goyang kaki depan TV. Dah pejam mata pun terpaksa celik semula melayani anak tengah malam sedang suami berdengkur lena.

Maryam yakin rata rata wanita ini hatinya lembut. Elok layanan suaminya padanya, lebih luar biasa yang dipulangkannya. Tapi dah kalau tangki emosi pun kontang, badan pula habis tenaga dan daya, nak senyum tiada upaya.

Jadi para suami yang tak pernah bantu basuh berak anak, tak pernah bantu vakum atau mop lantai, yang merasakan dapur itu teritori isteri tidak layak dicemar duli oleh suami, membasuh dan melipat baju juga tanggungjawab eksklusif isteri hmmm cukup cukuplah berangan mengimpikan bidadari.

Rezeki Suami Baik

Bukan semua wanita direzekikan suami sebaik suami arwah mungkin. Tapi ingatlah dalam ketidaksempurnaan itu ujian. Dan dalam ketidaksempurnaan itu, pengadilan Allah itu tidak terbanding adilnya. Mungkin anda seorang isteri yang begitu teruji dalam rumahtangga, porak peranda, didera atau dihamun kata nista, bergelut dengan suami kaki wanita, melayani porno dianggap biasa, yang sudah ditalakkan atau ditinggalkan tanpa kata, atau wanita yang belum direzekikan bersuami, dalam setiap keadaan itu ada peluang membuat pahala dan ada peluang untuk ke syurga.

IKLAN

Ambillah pengajaran, cuma jangan bandingkan. Kerana keadaan setiap dari kita tidak sama.

Suami bantulah isteri menjadi solehah. Bukan sekadar mengarah. InsyaAllah sama sama berpimpin tangan ke syurga

Baca Lagi Di Sini :
“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin

Pemergianmu Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran “Hargai Kasih Sayang Suami Isteri,Sentiasa Berbuat Baik”

IKLAN

‘The Other Half’, TIADA LAGI Isteri Yang Sentiasa Ada Saat Jatuh, Bangun Bersama

Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama

SITI SARAH, Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu Yang Biasa Kita Terlepas Pandang

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang bukan mudah untuk jadi solehah jika pasangan kita tidak soleh. Namun berusahalah kita untuk menjadi isteri dan insan lebih baik, mengambil pengajaran daripada kebaikan-kebaikan yang arwah lakukan. Alfatihah.

IKLAN

Sumber : Maryam Aziz

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI