KAD OKU Banyak Keistimewaannya. Ibu ayah yang punya anak kurang upaya (OKU), janganlah segan ya. Tolonglah bantu mereka dan buatlah Kad OKU buat mereka.

Rupanya banyak keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan buat golongan kurang bernasib baik ini. Malah mak ayah yang punya anak yang berstatus OKU juga janganlah malu atau segan, tolonglah bertindak untuk membantu anak-anak anda. Jika anda tidak ada lagi di dunia ini, kad OKU ini banyak membantu memudahkan kehidupan mereka kelak.

KAD OKU Banyak Keistimewaannya

Banyak manfaat dan bantuan kerajaan yang akan anda perolehi sekiranya anda berdaftar di bawah JKM. JKM KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:

Penglihatan – Biru

Pendengaran – Ungu

Fizikal – Hijau

Pertuturan – Coklat

Masalah Pembelajaran – Kuning

Mental – Putih

IKLAN

Pelbagai – Merah.

Menyentuh tentang Dr Say Shazril seperti yang diketahui ramai, Doktor Selebriti itu berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya Aezriel atau panggilan manjanya Ace  menghidap autisme tahap sederhana.

Pemilik nama sebenar Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say itu terbaru berkongsi tentang Ace yang kini sudah memiliki Kad OKU. Malah Dr Say juga menasihati jika anda atau anak yang bergelar OKU janganlah segan daftarlah untuk memiliki Kad OKU. Ini kerana banyak kelebihan yang disediakan oleh kerjaan untuk membantu golongan ini.

KAD OKU ACE IS HERE

“Sy daftar untuk kad OKU Ace back in January 2023. Sabtu baru ni sy check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. 4 bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak amik kad OKU arini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?” tapi sy gagahkan jua sebab sy jugak yg apply kad OKU tu. Sampai kat JKM Sepang, sepi takde orang lain. Macam suasana dicipta untuk sy soaked in yg anak sy istimewa, anak sy kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kat sy, sy ucap terima kasih kat pegawai JKM & terus sy meluru masuk kereta.

“Dalam kereta sy amati elok2 kad OKU tu. Besar2 tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas & naive. Berjurai air mata sy. Sy taktau sebab apa. Nak kata sy malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni. Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.

“Sy tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia” well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yg akan menjadi hak yg sepatutnya anak istimewa kita dapat.

IKLAN

“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content,” tulis Dr Say.

 

KAD OKU Banyak Keistimewaannya “Bantuan Terunggul Ace Sekiranya Kami Tiada Di Dunia Ini” Dr Say  

KAD OKU Banyak Keistimewaannya “Bantuan Terunggul Ace Sekiranya Kami Tiada Di Dunia Ini” Dr Say  

KAD OKU Banyak Keistimewaannya “Bantuan Terunggul Ace Sekiranya Kami Tiada Di Dunia Ini” Dr Say  

IKLAN

Baca Disini : Dr Say Kongsi Bil RM15,000 “Isteri Bersalin Bukan Setiap Bulan, Jadi Apa Salahnya Berikan Keselesaan Kepada Mereka?”

“Wanita Cantik, Senang Kata PERFECT PACKAGE So Far Bagi Saya, HANYA ISTERI SAYA”

Dr Say Shazril Panik, Fikir Macam-macam Kemungkinan ACE Ada Adik

Mingguan Wanita: Bagusnya Dr Say ni, perkongsiannya banyak beri input dan pengajaran buat mereka yang punya anak senasib anaknya. 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber/ Sumber Foto : Instagram Say Shazril

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI