Besar sungguh jasa pengorbanan mendiang Cikgu Catherine yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi niat menyelamatkan rakan serumahnya dalam tragedi kebakaran yang berlaku di kuarters guru awal pagi tadi. Tragedi menyayat hati ini mengorbankan seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, yang terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumahnya, Syuhadah Azhari, 27.
“Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” kata Afifah Azhari, kakak kepada penghuni yang terbabit dalam tragedi kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, di Mulu, di sini, awal pagi tadi.
Kakak kepada Syuhadah menyatakan yang adiknya melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan itu, cukup tersentuh hati apabila dimaklumkan mendiang terperangkap ketika cuba menyelamatkan adiknya itu.
“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula untuk menyelamatkan adik, mengakibatkan dia yang terkorban,” katanya melalui catatan di laman Facebook (FB) miliknya.
Katanya lagi, Catherine adalah rakan serumah adiknya yang amat baik.
“Adik selalu sering bercerita kebaikan mendiang Catherine kepada saya.Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” katanya.
Afifah berkata, adiknya sudah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan, bagaimanapun, adiknya itu masih lemah dan trauma.
Ads
Anggota Bomba Tak Sangka Anak Sendiri Terkorban
Sementara itu, luluh hati seorang bapa apabila menerima panggilan rakan setugasnya yang memaklumkan anak perempuannya terkorban dalam kebakaran di kuaters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu, pagi tadi. Pegawai Bomba Kanan II Tiwi Nios, 53, berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya, hampir setiap hari beliau menerima panggilan kecemasan terutamanya membabitkan kebakaran.Namun, panggilan dari pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, kira-kira jam 6 pagi tadi, hampir menyentap semangatnya.
Ads
“Saya tergamam seketika apabila diberitahu anak perempuan saya, Catherine Janet, yang terkorban dalam kejadian itu.
“Pada mulanya saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya dengar, namun akhirnya saya menerima hakikat kerana selama ini saya sering melihat kejadian serupa dan tidak sangka ia berlaku terhadap anak saya pula,” katanya.
Sebaik sahaja menerima maklumat itu, Tiwi yang bertugas di BBP Bau berusaha mendapatkan tiket penerbangan ke Miri untuk melihat sendiri keadaan anaknya yang rentung dalam kejadian itu. Beliau berkata, Catherine, 25, anak keduanya itu adalah satu-satunya perempuan dari empat beradik.
“Anak saya itu baru sahaja balik semula ke sekolah tempatnya bertugas pada Jumaat lalu selepas beliau menyelesaikan urusan untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana di Kota Samarahan.
“Sebelum balik ke Miri, beliau cukup ceria namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,” katanya sambil memaklumkan anaknya itu baru dua tahun bertugas sebagai guru.
Hadiri Kursus Di Mulu
Katanya, sebagai anak perempuan tunggal, Catherine memang cukup rapat serta manja dengan ibunya dan kira-kira jam 6 petang semalam, beliau menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.
Ads
“Isteri saya kata, sepanjang perbualan mereka, Catherine kedengarannya cukup ceria dan bergurau dengan ibunya. Tak sangka, itulah perbualan terakhir mereka,” katanya.
Difahamkan, Catherine yang bertugas di SK Penghulu Baya Mallang menginap bersama beberapa rakan setugasnya di SK Batu Bungan, kerana mereka sedang menghadiri kursus di Mulu. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dua unit kuarters sekolah berkenaan yang dihuni lapan individu termasuk mendiang, musnah sepenuhnya, menyebabkan dua melecur manakala yang lain dapat menyelamatkan diri.Mendiang ditemui rentung ketika operasi pemadaman dilakukan pihak bomba pada jam 6.34 pagi tadi.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mendiang Cikgu Catherine, semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Seharian mak buat kerja rumah, penatnya membawa ke malam. Mak yang ada anak kecil lagilah penatnya berganda. Kena pula berjaga malam, menyusukan anaknya dengan susu badan. Kadang tak sedar, mak boleh terlelap sama.
Rupanya dalam pada mak terlelap sekejap, macam-macam boleh berlaku. Dan inilah yang dialami oleh ibu ini, Cik Puan Ammy yang alami pengalaman anak tersedak susu. Mujurlah ibunya tersedar awal dan anaknya dapat diselamatkan.
Beliau berkongsi ingatan untuk dirinya agar kelak tiada lagi kejadian yang sama berlaku kepada dirinya lagi. Kejadian menakutkan ini juga mungkin pernah mak-mak alami. Lagi-lagi bila tubuh penat seharian bekerja, dalam masa sama tuntutan menyusukan anak perlu dilunaskan. Moga diberi kekuatan untuk ibu-ibu yang berhadapan situasi ini.
Tengok-tengok Anak Terbatuk-batuk Dan Bernafas Laju
Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ianya satu mimpi kerana dapur jauh berada di belakang dan pintu bilik tertutup rapat.
Tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga. Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri. Allahu rabbi…
Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju. Tangan dan kakinya sejuk. Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burppp!
Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul. Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Allahu Akbar..
Terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur.
4 Tip Hati-hati Semasa Menyusukan Anak
Satu pengajaran buat Ammy. Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan:
1. Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
2. Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
3. Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yang diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
4. Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kiralah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa.
Ini Pengajaran Yang Ammy Dapat
Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita. Amin.
Romantik dan tak pelik bila penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, nampak cukup bahagia dengan kehidupannya bersama pasangannya, Shuib. Sarah yang berkongsi menerusi Instagram detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib, membuatkan ramai netizen rasa terharu dan sebak.
Ikuti perkongsiannya…
Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah, itu lah jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi u job pun tak berapa nak ada. Kadang risau jugak tapi u bukan lelaki yang jenis tunggu job, ada je benda yang u nak buat untuk dapatkan rezeki. Ingt lagi u sanggup keje jual ayam percik kat baza Ramadan masa tu ramai yang cakap masa tu kenapa dia .?!?!?
Takkan kau nak kawin dengan Shuib??? Terus terang I tak de jawapan tuk itu.. cuma jawab dalam hati je la, yang tahu shuib tu aku ??? sampai ada yang kata shuib pakai ilmu guna-guna hahahahha..
Sekarang syukur Alhamdulillah… berkat hasil usaha u, org macam u ni Insyaallah rezeki banyak. Kerja tak mengelat… tak pandai curi tulang… tak suka burukkan orang… buat kerja bersungguh kalu tak tahu akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut)
Moga perkawinan kita ni diberkati dirahmati dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan… tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yang mendoakan kami… syukur syukur syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Haaa… itu dari luahan daripada Siti Sarah, kita tengok pula sisi romantik si Shuib ni. Punyalah, bahagia! Elok sangat kaum lelaki menghargai isteri macam ni tau…
Itu baru sikit dia punya ayat, nak kongsi pula aksinya dengan si Sarah waktu di rumah. Siap diselit si comelnya… alahai… kelakar tapi serius nampak sangat Shuib ni penyayang orangnya.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Ok, romantik tak? Sebenarnya inilah konsep yang patut ada dalam perkahwinan, terima si dia seadanya dan doakan kejayaannya. In shaa Allah segalanya dipemudahkan dan Allah akan bagi satu demi satu. Sekarang hakak nak tanyang kasih sayang keluarga ni pula… jom tengok!
Ucapan Kelahiran Dari Seorang Suami BUat Isterinya
Bukan itu sahaja, Shuib ni suka mengusik Sarah dan ini ucapan comel buat isterinya…
Sudah ajalnya, satu lagi kes melibatkan bayi lelaki maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di Dungun, semalam.
Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.
Maknya Solat Asar, Anak Ralit Bermain
Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.
Bayi yang berumur setahun lapan bulan itu pula bermain di atas sofa bersebelahan dengan bidai itu sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.
Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.
Zul yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menunggu proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: Astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menu mudah yang sedap. Ramadan semakin mendekati puncaknya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkahan!Berbuka puasa hari ke-16, mak-mak nak masak menu apa tu? Jom...