Cikgu bermandi lumpur ke sekolah, kesungguhan mengajar di pedalaman Gua Musang bukan biasa-biasa. Besar jasa pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa.
Bukan semuanya sanggup berkorban tetapi masih ada insan yang kental jiwanya demi memastikan anak murid mendapat ilmu sebagai bekalan masa depan yang masih panjang.

Kesungguhan seorang guru, Mohd Halim Mohamad Zaid yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan dan sering berkongsi videonya ketika perjalanan ke sekolah wajar dikalungkan pingat.

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa
Beginilah keadaan setiap kali kembali ke sekolah di hujung minggu

Ini kerana kalau waktu cuaca kering, dirinya perlu menempuh jalan berdebu sejauh 4-5 jam sebelum sampai ke sekolah. Namun kalau musim hujan begini, masa diambilnya di antara tujuh ke 10 jam dengan menunggang kapcai EX5 miliknya.

Bermandi lumpur, keringat yang tumpah, baju yang tidak pernah cantik bergosok saat menempuh perjalanan yang panjang semuanya diabadikan di saluran channelnya, Aku, Cikgu & Fi Kambing.

Jika hari biasa, dirinya tinggal di kuarters disediakan pihak sekolah tapi di hujung minggu dirinya akan menempuh perjalanan panjang untuk bersama keluarganya.

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa
Redah sungai dan lumpur itu biasa bagi guru ini

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-BiasaDalam catatan barunya di fb miliknya, Ben Zaid dia berkongsi musim tengkujuh bakal tiba dan dapat dilihat mereka menempuh sungai dan jalan lecak. Bacalah catatannya, inilah jasa seorang guru yang mencurah bakti untuk anak didik tanpa pernah jemu.

IKLAN

Hujan itu sentiasa membawa rahmat. Di sini tanahnya subur dengan pohon menghijau.Alam rimba terbentang luas dengan panorama yang cukup indah sekali. Itulah tempat kami. Sebuah cinta nan bersemi. Tempat kami mencari rezeki.

Yang kedengaran hanya bunyi deruman motosikal memecah kebuntuan petang di alam penuh hijau ini. Tanah yang lembab kesan hujan yang selalu turun membasah bumi sejak akhir-akhir ini sebenarnya memberi isyarat tidak lama lagi musim tengkujuh bakal tiba.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Cikgu Nancy Bercantik-cantik Dalam Google Meet, Mahu Murid Sama-sama Seronok Belajar

IKLAN

Selalu Persoal Kenapa Sekolah Asyik Minta Duit, Hadam Perkongsian Cikgu Ini

Namun, basah atau kering rutin tetap rutin bagi kami yang bergelar pendidik di kawasan paling pedalaman di Kelantan ini. Tak kira cikgu lama atau baru semuanya sama-sama berkendara menaiki motosikal membelah hutan rimba yang masih belum tercemar letaknya di Banjaran Titiwangsa.

Di mana bumi di pijak , di situ langit di junjung. Berbakti menunaikan amanah demi pertiwi. Orang kata ladang pahala. Begitulah.

Laluan yang berliku di ganti dengan selut dan lumpur apabila musim hujan. Sejak di sapu jentolak 3 minggu lepas laluan semakin lebar dan selesa namun biasalah bila musim hujan selut dan lumpur jadi galang ganti.

IKLAN
Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa
Beginilah keadaan untuk kembali ke sekolah
Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-Biasa
Mandi lecak itu biasa tapi inilah pengorbanannya

Cikgu Bermandi Lumpur Ke Sekolah, Kesungguhan Mengajar Di Pedalaman Gua Musang Bukan Biasa-BiasaAku berkongsi cerita tentang keseronokan. Berkongsi tentang suasana yang ceria. Yang perit aku simpan sebagai pengalaman paling bermakna. Lelah dan penat itu pasti tika musim sekarang namun tugas tetap tugas.

Pada usia 43 tahun, aku kira orang muda lebih mengatasi dari segi kudrat dan tenaga namun tak mudah untuk aku mengalah.Selagi mampu hingga tiba masanya aku pasti pergi. Aku di sini mengutip pengalaman yang tidak semua orang mampu.

Sepanjang perjalanan minggu ini aku kira permulaan untuk cabaran dan suasana musim tengkujuh yang hampir tiba. Semoga kami cikgu-cikgu diberi kesihatan dan kudrat yang baik demi mengharung onak dan liku yang merentangi kelak.

Sehingga di penghujung persekolahan Disember nanti, berbekalkan semangat dan kudrat moga semuanya di permudahkan. Amin.
#ankel
#cikguoffroad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI