Ads

Jakel Tawar Kempen Menarik, Beli Kain Dapat Emas 2026!

Jakel
Jakel

Untunglah wanita, kali ini Jakel menawarkan emas buat pembeli kain menerusi kempen baharu yang dilalancarkan di Kuala Lumpur pada 25 September 2026.

Jakel Tawar Kempen Menarik

Jakel Tawar Kempen Menarik, Beli Kain Dapat Emas 2026!

Kempen ini menyediakan 2,000 keping emas seberat 1 gram setiap satu dengan ketulenan 999.9 untuk dimenangi pelanggan. Keseluruhan hadiah yang ditawarkan bersamaan 2 kilogram emas, menjadikan ganjaran tersebut tarikan utama kempen penghargaan pelanggan ini.

Berlangsung selama 47 hari bermula 25 September hingga 10 November 2026, pelanggan yang merancang untuk membeli kain boleh menyertai kempen yang melayakkan dapat emas.

Namun, satu perkara perlu difahami, pembelian yang memenuhi syarat memberikan peluang memenangi emas, bukannya jaminan setiap pelanggan akan menerima emas.

Syarat Utama Penyertaan

Jakel Tawar Kempen Menarik, Beli Kain Dapat Emas 2026!

Ads

Untuk menyertai kempen Beli Kain Dapat Emas 2026, pelanggan perlu membeli kain bermeter bernilai sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit di Jakel. Syarat ini merujuk khusus kepada nilai pembelian kain bermeter, bukan semata-mata jumlah keseluruhan barangan yang dibayar.

Owh ya, pelanggan dibenarkan menggabungkan pembelian produk lain dalam resit yang sama. Namun, nilai kain bermeter tetap perlu mencapai jumlah minimum yang ditetapkan. Perbezaan ini penting supaya pelanggan tidak tersalah anggap bahawa semua pembelian berjumlah RM200 secara automatik melayakkan mereka menyertai kempen.

Sebagai contoh, pembelian kain bermeter bernilai RM150 bersama produk lain bernilai RM50 belum memenuhi syarat minimum tersebut, walaupun jumlah resit ialah RM200. Sebaliknya, nilai kain bermeter itu sendiri perlu mencapai RM200 atau lebih dalam satu resit, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

Ads

Beli Kain Dapat Emas 2026!

Jakel Tawar Kempen Menarik, Beli Kain Dapat Emas 2026!

Selepas membuat pembelian yang memenuhi syarat, pelanggan akan menerima resit yang mempunyai kod QR di bahagian hujungnya. Pelanggan kemudian perlu mengimbas kod berkenaan untuk mengetahui sama ada mereka berjaya memenangi emas.

Kaedah ini membolehkan keputusan diketahui serta-merta, tanpa perlu menunggu pengumuman pada penghujung kempen. Aliran penyertaannya juga mudah difahami: pilih kain, lengkapkan pembelian yang layak dan imbas kod QR pada resit.

Ads

Jakel Tawar Kempen Menarik, Beli Kain Dapat Emas 2026!

Anda mungkin berminat dengan

Antara jenis kain bermeter yang layak ialah kapas, songket, fabrik boleh basuh, linen dan broked, selain jenis kain lain yang dijual secara bermeter di Jakel. Pilihan ini memberi ruang kepada pelanggan untuk mencari fabrik berdasarkan kegunaan dan cita rasa masing-masing.

Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan, dan boleh disertai menerusi cawangan Jakel di seluruh Malaysia.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Kes Buli

Kes Buli Libatkan Kematian Pelajar SMK Za’ba, Datuk Dr Asyraf Wajdi...

Kes buli di SMK Za'ba menjadi kisah panas hari ini. Ramai yang rasa marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, nak-nak melibatkan pelajar tingkatan dua yang dikira masih baharu masuk alam sekolah menengah.