Orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan selebriti terkenal dan barisan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel baru-baru ini.
Pengunjung hadir berpeluang beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein. Turut memeriahkan sesi berkenan, anggota kumpulan pelawak Senariounion, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.
Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Ads
“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
Ads
“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.
Jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, Eskayvie komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi kepada rakyat Malaysia melalui penganjuran karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.
Sebagai permulaan, jenama itu menjejaki Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, hari ini (22 Februari) bagi mendekati golongan pelajar dan ibu bapa.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi jenama itu untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang cemerlang dan berkualiti melalui amalan pemakanan sihat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% mengalami anemia, 15.3% berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.
Isu ini bukan sekadar statistik, malah ia cabaran yang menjejaskan perkembangan otak, emosi dan produktiviti anak-anak.
Malnutrisi memberi kesan serius dalam jangka pendek di mana ia boleh melemahkan sistem imun, menyebabkan keletihan, menghalang tumbesaran, menjejaskan fokus dan prestasi akademik.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, lebih membimbangkan, kesan ini boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.
‘’Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.
“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri penting nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat dan perkembangan minda dapat dioptimumkan.
“Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” kata Kartika Wati.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan bahawa pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.
“Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.
“Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik.
“Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” kata Dr Syid Ayob.
Justeru, menyedari cabaran ini, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas dengan Phosphatidylserine dan Omega-3, juga vitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
“Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekaligus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian prestasi akademik mereka.
“Eskayvie juga kekal komited dalam meningkatkan kesedaran dalam kepentingan nutrisi dalam masyarakat. Isu ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama untuk memastikan ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang cemerlang, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan produktiviti negara.
“Dengan generasi yang lebih sihat dan cerdas, negara dapat terus berdaya saing, memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan melindungi masa depan bangsa. Eskayvie berdiri teguh dalam usaha membentuk generasi yang sihat, berilmu dan bersedia mencorak masa depan yang lebih gemilang,” kata Dr Syid Ayob.
Sementara itu, pada acara sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang ringkas dan menyelerakan untuk anak-anak.
Seramai lapan orang ibu bapa turut berpeluang menyertai sesi memasak menu sihat bagi merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam penyediaan makanan berkhasiat.
Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 dengan menampilkan festival jualan raya yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).
Acara ini bukan sekadar medan membeli-belah, malah bakal menjadi satu fenomena yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta hiburan sepanjang tempoh penganjurannya.
Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 booth daripada pelbagai usahawan tempatan, menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.
Lebih istimewa, tahun ini menyaksikan jenama Perfume Paradise menjadi antara penaja utama festival yang bakal menggegarkan Setia Alam ini.
Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.
Sidang media telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama Yang Berhormat Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam memperkasakan keusahawanan tempatan serta merancakkan ekonomi sempena sambutan Aidilfitri.
Hari pertama Selangor Havoc Raya Fest 2025 akan dimulakan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang, diikuti dengan pemberian wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.
“Kami berusaha untuk menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Kali ini, dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.
“Buat pertama kali, kami membawakan program qiamullail sebelum sahur, satu inisiatif yang sangat bermakna bagi kami. Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform yang membolehkan orang ramai menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam. Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.
Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival.
Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.
Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama.
Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest turut mendapat sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan secara menyeluruh di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Menurut Firdaus Nadxaman, sokongan yang diterima membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna.
“Kami sentiasa percaya bahawa festival ini bukan sekadar ruang niaga tetapi juga ruang untuk komuniti berkumpul dan meraikan suasana Ramadan serta persiapan Aidilfitri dengan penuh keceriaan. Tahun ini, kami menambah lebih banyak elemen kejutan, aktiviti menarik, dan tentunya pengalaman membeli-belah yang luar biasa,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Siapa yang tidak kenal jenama fesyen terkenal RIZMAN RUZAINI! Baru-baru ini, pereka fesyen duo ini melancarkan lima koleksi secara serentak sempena meraikan ulang tahun ke 20 tahun dan sambutan Aidilfitri.
Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture collection, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule collection, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW collection, Empress, the RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 collection dan RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 collection ternyata koleksi ini disiapkan dalam usaha menghargai pelanggan mereka.
Memilih Ramadan dan Syawal sebagai detik terbaik ‘memberi kembali’ hadiah istimewa kepada RR Royalties menerusi rekaan baju Raya. Menariknya, rekaan busana setiap lima koleksi ini adalah imbasan seleksi terdahulu yang pernah menjadi fenomena kepada jenama ini. Ia sebagai ‘pengubat rindu’ buat RR Royalties untuk menggayakan semula koleksi dari arkib jenama kesayangan mereka.
Berbeza daripada tahun sebelumnya, tahun ini juga menjanjikan kelainan apabila tiada selebriti yang dilantik sebagai muse dalam menggayakan rekaan mereka. Berkongsi starategi ini, kongsi Rizman dia yakin sudah sampai masanya untuk penggemar rekaan mereka yang selama ini setia menyokong kewujudan mereka sejak dua dekad lalu diberikan peluang untuk berada di barisan hadapan.
”Bagi saya tempoh 20 tahun itu sendiri sudah menggambarkan kemampuan jenama ini untuk bersaing dalam liga tersendiri.
”Mengapa kami muncul dengan keputusan ini, bagi saya rakan artis adalah antara faktor Rizman Ruzaini berada pada tahap ini, jelasnya kami tidak akan sesekali melupakan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi sokongan atas kerja keras kami.
”Cuma kali ini kami ingin menghargai RR Royalties, yang juga pelanggan Rizman Ruzaini. Perlu diingatkan pelanggan kami hadir dari pelbagai latar belakang, dan setiap dari mereka ini adalah penyumbang setiap keputusan di Rizman Ruzaini,”katanya.
Berkongsi keistimewaan setiap koleksi ini, jelas Rizman bagi Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection apa yang cuba ditampilkan dalam rekaan ini adalah sentuhan rekaan yang menggambarkan warisan budaya Malaysia. Memilih Yang Mulia Tengku Shaheera binti Tengku Abdullah sebagai muse utama, jelasnya perincian mewah sentuhan ini juga turut menggambarkan pemahaman yang halus tentang sejarah dan perkembangan dunia fesyen.
Sementara itu dalam mengimbau kembali kehadiran jenama Rizman Ruzaini sejak 20 tahun lalu, kemunculkan Rizman Ruzaini Raya 2025 Capsule Collection dilihat tepat pada masanya. Mengenengahkan kemballi rekaan-rekaan terdahulu Rizman Ruzaini yang menjadi kegemaran istimewanya kali ini setiap rekaan tersebut diberikan sentuhan baharu yang lebih segar berlandaskan citarasa masa kini.
Tidak sekadar mensasarkan golongan pelanggan yang sama, Rizman Ruzaini Red 2025 Raya Ready to Wear Collection dilihat koleksi tepat bagi mereka yang menginginkan rekaan ekslusif pada harga yang lebih mampu milik. Diinspirasikan dari koleksi Mustika, koleksi ini juga hanya menyediakan lapan rekaan berbeza untuk dipilih mereka yang menginginkan rekaan yang menawan dengan pilihan kain yang mewah.
Tidak ketinggalan membuat kemunculan penting dalam kalendar fesyen Rizman Ruzaini pastinnya RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection diperkenalkan lima tahun lalu, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung ini sudah menjadi antara seleksi wajib dan paling digemari RR Royalties setiap kali menjelangnya Syawal. Lebih 300,000 pasang terjual dalam tempoh tersebut dengan puluhan warna diperkenalkan saban tahun.
Melengkapkan koleksi tahun ini pastinya RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection. Berinspirasikan legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria. Koleksi ini menggabungkan kekayaan sejarah dengan kemewahan kontemporari.
Hari ini tular keputusan dari Mahkamah Tinggi tentang Datin Seri Rosmah Mansor dapat penangguhan pelaksanaan bersyarat bagi pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan.