Di era digital ini, semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa seharian ‘melekat’ bersama gajet sehingga tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berbakat besar dalam pelbagai bidang lain seperti sukan, kecantikan, seni budaya, bercerita, melukis, dan sebagainya.
Tahukah anda, tanpa bimbingan dan galakan yang betul, bakat ini mungkin tidak dapat dikembangkan dengan sepenuhnya serta potensi diri tidak dapat digilap sebaiknya.
Gambar Hiasan
Sebagai ibu bapa, kita sering berdepan cabaran dalam mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini boleh menyukarkan usaha untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas atau kelab khas yang mampu menggilap kreativiti mereka.
Namun, memberikan mereka peluang untuk meneroka minat bukanlah satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu keperluan untuk mengasah bakat dan perkembangan mereka.
Lebih mencabar lagi, ramai ibu bapa dan penjaga melihat tiada ruang atau platform khusus bagi anak-anak meluahkan minat serta berkongsi kreativiti mereka dengan rakan sebaya, guru, dan komuniti. Ini menyebabkan anak-anak kurang terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka dan tidak mendapat sokongan yang cukup untuk berkembang dengan sihat.
Ads
Kini, ibu bapa boleh mencari premis khusus untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat. Selain itu, menggalakkan interaksi sosial, menyediakan ruang kreatif di rumah, serta meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti yang mereka gemari boleh membantu mereka lebih yakin dan bersedia untuk mengembangkan bakat masing-masing.
Platform Terbaik Kanak-Kanak
Menyedari kepentingan perkembangan kognitif kanak-kanak, sebuah muzium kanak-kanak pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Muzium Sains, Seni dan Inovasi Kanak-Kanak (MoSAIC) bakal beroperasi secara rasminya pada Februari ini. MoSAIC dijangka menjadi platform terbaik bagi kanak-kanak untuk meneroka kreativiti mereka melalui pameran interaktif, bengkel pembelajaran, dan aktiviti yang menyeronokkan.
Melalui bimbingan, dorongan dan sokongan dan pedekatan yang bersesuaian terhadap kanak-kanak, ibu bapa mampu membantu anak-anak mencapai potensi mereka yang sebenar. Ibu bapa berperanan menjadikan dunia mereka lebih berwarna dengan pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan!
Ads
MoSAIC telah membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai pada 1 Februari lalu merupakan gandingan idea dan usaha pengasasnya Fiza Zin dan pengasas bersama, Karimah Koh Siow Kien.
“Idea pembangunan muzim ini tercetus daripada pengalaman percutian dan mengembara ke luar negara yang mana saya melihat muzium kanak-kanak sudah dibangunkan di beberapa negara. Melalui muzium ini, ia dapat memastikan kanak-kanak mengalami pendekatan pembelajaran, permainan dan kreativiti yang holistik dan inklusif, “ujar Fiza yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif muzium berkenaan.
Majlis perasmian itu disempurnakan Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.
Konsep yang direka khas untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, muzium berkenaan adalah ruang inklusif di mana kreativiti, permainan dan penerokaan bergabung untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi memupuk persahabatan baru dan pengalaman pembelajaran bersama.
Terletak secara strategik di Pusat Bandar Kuala Lumpur, di Presint Sivik dan Warisan, muzium itu mudah diakses melalui pengangkutan awam dan dikelilingi oleh mercu tanda bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Mahkamah Tinggi Lama dan Dataran Merdeka.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
Uqasha Senrose Ragui Status Perkahwinan
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dakwa Diri Diperbodohkan
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Hadir Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.
Hari kedua prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mendedahkan fakta baharu yang sekaligus menepis pelbagai spekulasi.
Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu, menjelaskan bahawa mesin basuh yang ditemui di tempat kejadian hanyalah mesin basuh kegunaan rumah biasa, bukannya jenis industri.
“Berat si mati lebih kurang 53 kilogram. Saya tidak pasti sama ada tubuh seberat itu boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh, tetapi yang pasti, mesin tersebut tidak akan berfungsi dengan beban seberat itu,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Selain itu, Dr. Hiu turut melakukan demonstrasi di mahkamah bagi menunjukkan bagaimana kemungkinan Zara boleh terjatuh, sekali gus membantu mahkamah memahami situasi sebenar.
Menepis Spekulasi
Kematian tragis Zara sebelum ini mengundang pelbagai spekulasi di media sosial, termasuk dakwaan kononnya beliau meninggal dunia selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. Pendedahan pakar ini sedikit sebanyak menolak andaian tersebut, sekaligus mengembalikan fokus kepada bukti saintifik dalam mencari punca sebenar kematian.
Minggu ini Kongsi Kasih Jejak Jalanan Musim Ke-4 melanjutkan perjalanan ke Kg Nako Nambua, Kuala Nerang, Kedah. Menyelusuri kehidupan penuh getir wanita warga emas Tok Saodah yang berusia 90 tahun.
Paling menyayat hati walau sudah berusia namun Tok Saodah gigih menjaga anaknya yang sakit. Anak Tok Saodah, Hamid ketika ini sudah tidak mampu bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.
Usia 90 Tok Saodah Masih Gigih Jaga Anak Sakit,
Tinggal bersebelahan dengan seorang lagi anaknya Makcik Biah yang merupakan seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak OKU lembam. Pada masa yang sama Makcik Biah hanya bekerja sebagai pengangkut getah skrap yang turut menanggung kehidupan ibunya Tok Saodah.
Apabila ditanya Tok Saodah menyakan dirinya sering menyuap anaknya Hamid makan. Dan Hamid pula turut menjaga ibunya.
“Mereka saling menjaga antara satu sama lain, anak beranak ini sangat prihatin” terang Haze yang juga merupakan hos rancangan Kongsi Kasih ini.
Pada kunjungan itu, team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise telah hadir menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga kurang bernasib baik itu. Malah Tok Saodah juga sangat terharu dengan bantuan yang dihulurkan.
Santuni Gongan Asnaf, Gelandangan dan Anak-Anak Lorong
Pulang semula ke ibu kota, istimewanya kali ini team Kongsi Kasih kemudiannya ke Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
Menyantuni golongan asnaf, gelandangan dan anak-anak lorong. Banyak kisah yang didedahkan ketika bertemu dengan mereka yang tinggal di bawah jambatan berdekatan Sungai di Masjid India.
Bagi kes kedua Haze bersama Abbe Hae dari Pertubuhan Jejak Jalanan, menyentuh hati apabila dapat menghulurkan bantuan dan memberi makanan pada golongan asnaf dan gelandangan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
Kebanyakkan mereka sangat memerlukan bantuan malah krew Kongsi Kasih juga membantu beberapa keluarga gelandangan yang punya anak yang masih kecil. Seorang gelandangan wanita juga dibantu dengan diberikan kerusi roda.
Malah ada yang berkongsi kisah silam yang menyedihkan, keluarga tidak pedulikan sejak remaja. Malah kenangan pernah berkahwin juga sangat menyakitkan hingga wanita gelandangan yang dipanggil Mak Bae sangat sedih.
Malah team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise juga sempat berkunjung dan menghulur sumbangan pada mereka yang tinggal di bawah jambatan.
Pada masa yang sama, team Kongsi Kasih juga sempat membantu seorang wanita gelandangan yang bernama Kak Ila. Malah memberikan penempatan iaitu transit sementara buat Kak Ila.
Pertolongan yang dihulurkan oleh team Kongsi Kasih dan Perfume Paradise sangatlah berharga! Mereka yang menerima bantuan sangat menghargai apa yang diterima mereka. Kisah mereka sangat memberi iktibar kepada penonton.
Jadi jangan lupa saksikan Kongsi Kasih episod ke-4 pada 7 Februari, jumaat jam 7 malam. Kongsi Kasih Musim ke-4 yang lebih wangi dengan Perfume Paradise.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.