Isteri takut nak berhenti kerja bukan apa, risau suami abai nafkah, takut tak cukup belanja. Masih ada suami yang mengabaikan bab nafkah, tak semua tetapi wujud dalam realiti kehidupan. Isteri pula mula reda walaupun jauh di sudut hati berasa sedih.
Namun ini bukan isunya, yang menjadi barah dalam rumah tangga adalah apabila si suami sengaja buat-buat lupa tak mahu bagi nafkah. Alasan biasa adalah, TAK CUKUP!
Suami Abai Nafkah, Isteri Takut Nak Berhenti Kerja Risau Tak Cukup!
Maka isteri terut bekerja demi cukupkan apa yang perlu. Ya, ini yang menjadi penyakit dalam hubungan, awal-awal mungkin boleh simpan tetapi sampai satu tahap isteri penat, semua akan ‘terlondeh’ dan jadi kes mengungkit.
Walaupun bekerja bukan kewajipan isteri, tapi ramai isteri yang tak berani nak berhenti kerja sebab takut tak cukup.
TUJUH sebab kenapa isteri tak berani berhenti kerja:
1. Pendapatan isteri lebih dari suami
Barang dapur isteri beli, keperluan harian isteri beli, duit pengasuh isteri bayar, yuran sekolah isteri bayar, minyak kereta isteri isikan, bil internet, bil air, bil elektrik smua atas isteri. Komitmen dan bebanan bulanan isteri itu lebih banyak disebabkan pendapatan si isteri lebih tinggi dari si suami.
2. Isteri berbelanja tak mengharapkan duit suami
Nak beli skincare, nak beli barang kemas, nak beli tudung/baju, nak shopping online, ada duit boleh beli. Tak perlu meminta-minta, tak perlu mengemis, teringin nak makan apa-apa, boleh beli sendiri. Kos maintenance diri sendiri dibiayai oleh duit sendiri.
Ads
3. Risau menjadi beban kepada suami
Bila dah berhenti, takut tak dapat menolong suami dengan duit. Nak beli apa pun, tunggu suami yang bagi duit. Kalau terlebih guna duit yang suami bagi, rasa dah menyusahkan suami atau menyebabkan suami kekurangan duit. Bila suami mengeluh tak cukup duit, rasa bersalah sebab tak boleh bantu dia.
4. Takut suami lepas tangan
Walaupun tak patut ada mentaliti macam ini, tapi kebiasaannya setiap isteri akan fikir juga. Hanya dia yang mengenali suaminya. Nanti kalau suami tak tunai nafkah, kalau suami tak bagi duit belanja, jika suami culas tentang kewajipan dia, maka siapa yang akan tanggung keluarga? Siapa yang akan beli keperluan harian dan sebagainya?
5. Isteri boleh menolong keluarganya sendiri tanpa perlu menyusahkan suami
Ads
Nak hulur duit pada orang tua pun tak segan, nak beli apa-apa kat org tua pun dibolehkan. Nak bawa orang tua berjalan, melancong, nak bagi duit kat adik belajar, semua guna duit sendiri dan untuk keluarga sendiri.
6. Kerjaya yang diminati/jaminan masa depan
Susah nak dapat kerja bahagian itu dan bila dah dapat, bukan senang-senang boleh berhenti. Kerja pula bidang yang memang dipelajari dan diminati. Passion itu sentiasa ada setiap hari bila keluar pergi kerja. Nanti dah tua, ada duit simpanan, ada pencen tak perlu nak harap anak-anak tanggung.
7. Suka berdikari dan ada duit/harta sendiri
Ads
Memang sejenis yang nak ada duit/harta sendiri dan berdikari dengan kaki sendiri. Tak nak mengharapkan sesiapa untuk dia menjalani kehidupan hariannya. Dia nak bekerja sebab dia ada matlamat dan impian yang ingin dicapainya.
Apa pun alasan dan sebab tak nak berhenti, bila dah jadi suami isteri, ada anak-anak, kadang-kadang kepentingan anak-anak dan famili tu bypass semua alasan dan sebab yang kita ada di atas ini.
Ingatlah rezeki dari Allah S.W.T, jadi isteri jangan risau tak cukup dan takut untuk meneruskan kehidupan. Yang penting berusaha dan doa, lain-lain Allah akan aturkan. Soal suami abai nafkah pula, kena suarakan dan berbincanglah dan rancang kewangan keluarga sebelum buat apa-apa keputusan. Tak banyak tak apa, janji ada kerana nafkah itu umpama hutang suami kepada isteri.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami kalau dari mula kahwin dibantu isteri, lama-lama dia akan ‘naik lemak.’ Dalam sesebuah perkahwinan, sudah menjadi lumrah si isteri memainkan peranan besar dalam memastikan rumahtangga berjalan lancar.
Suami Kalau Dari Mula Kahwin Dibantu Isteri, Lama-lama Dia Akan ‘Naik Lemak’
Dari urusan rumah, anak-anak, hingga ke hal kewangan, ramai isteri sanggup ‘turun padang’ bantu suami tanpa banyak soal. Tapi persoalannya, sampai bila?
Ramai isteri yang dari awal perkahwinan sanggup berkorban, tolong bayarkan itu ini, uruskan rumah tangga seorang diri, jaga anak tanpa bantuan, semata-mata mahu melihat suami berjaya dan keluarga bahagia. Tapi tanpa sedar, kebaikan itu kadang-kadang bertukar jadi senjata makan tuan.
Kenapa? Sebab bila dari awal suami ‘dimanjakan’ dengan bantuan isteri, lama-lama dia jadi terbiasa. Apa yang dulu patut dikongsi bersama, sekarang isteri buat semua. Bila ditegur, suami mula naik angin. Bila tak dibantu, suami rasa seperti dikhianati. Sedangkan sebenarnya, dia yang lupa, perkahwinan itu tentang kerjasama, bukan ‘one-man show’.
Sikap ini orang Melayu panggil ‘naik lemak’. Dah terlalu selesa sampai tak sedar diri. Isteri bukan pembantu rumah. Isteri bukan mesin ATM. Isteri juga manusia yang ada letihnya, ada emosinya, ada impiannya sendiri. Bila semua atas bahu isteri, sampai satu masa dia akan penat. Dan bila dia penat, rumah tangga pun boleh jadi goyah.
Suami patut sedar, bila isteri tolong, itu satu bentuk kasih sayang. Tapi kasih sayang yang tak dihargai, lama-lama akan pudar. Jangan tunggu isteri hilang sabar baru nak berubah. Jangan tunggu isteri buat keputusan drastik baru nak hargai.
Bantu isteri walau sedikit. Tunjuk rasa tanggungjawab. Tahu beza antara ‘memimpin’ dan ‘melepas tangan’. Perkahwinan yang sihat bukan yang satu pihak buat semua, tapi yang saling membantu, saling menghargai, dan saling memahami.
Sebab bila dua hati saling pikul beban, rumah tangga akan jadi lebih kukuh. Tapi bila satu pihak terus naik lemak, yang seorang lagi akhirnya akan memilih untuk lepas tangan, bukan sebab tak sayang, tapi sebab dah terlalu penat.
Masih ramai golongan wanita yang tolak tambah niat nak berhenti kerja, nak duit tetapi nak jaga anak sendiri. Campur pula masalah anak yang suka meragam atau asyik sakit, nak letak rumah pengasuh pun tak sampai hati. Macam mana tu? Haaaa… ini dilema biasa kaum wanita yang terpaksa keluar mencari rezeki demi tampung kos hidup. Akhirnya ramai yang pilih berhenti kerja demi fokus pada keluarga. Untuk kuatkan emosi anda dalam bab ini, sila baca perkongsian Natasya Azwin...
Jangan kutuk mereka yang pilih untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah. Jangan sesekali kutuk. Dan jangan bersimpati. Kalau kami melepaskan jawatan dan gaji masyuk semata-mata nak jaga anak. Kalau kami dahulunya belajar sampai ke menara gading ada sijil akademik. Ada yang sampai ke luar negara dan ada masters, phD.
Suri-suri rumah zaman sekarang dah alami evolusi melampau. Kami melampau dahagakan duit dan usaha cari duit walaupun duk rumah jaga anak jer.
Jom ladies, terutama suri rumah, kita belajar sesuatu skill sampai menjadi. Sampai boleh buat duit. Sampai boleh tolong suami dan keluarga.
Kat bawah ni contoh korang boleh buat. Suri rumah jom bangkit. Jangan kasi orang pandang kita sebelah mata. Kan Allah dah bagi dua mata, makanya kita layak dipandang dengan dua bijik mata.
2. Masak. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam. Kalau nak acah minah salleh tekak oversi boleh masak speghetti dan makaroni.
3. Buat snek simple. mangga asam boi, puding, dadih bla bla. Promote kat jiran pastu gi letak kat kedai area rumah. Kalau rajin gi letak jugak kat kedai daerah sebelah.
4. Buat benda special mcm ikan pekasam, sos atau kicap homemade makanan baby. Stim dan blend. Masuk bekas kecik pastu jual. Atau buat stok ikan bilis atau stok ayam homemade. Pergh yang ni kalau pandai jual memang ramai ibu nak. Sebab jimat masa dan jimat tenaga.
5. Khidmat iron baju, ambil upah kemas rumah orang, mop, sapu, lipat baju bla bla bla (yang ni mommy paling malas nak buat)
6. Buat kraf dan barangan handmade. Buat bunga guna botol dan straw, kait baby booties & alas meja, buat buku aktiviti utk bebudak homeschool style, buat cenderahati custom made dan lain-lain.
7. Pandai lukis? Ambillah upah melukis potret atau cartoon comel.
8. Pandai menulis dan banyak idea? jadi freelance writer
9. Ada phone? Ada internet? Maka, jadilah dropship/agen produk orang. Jadi tukang promote. Banyak produk bersepah kat luar sana. Pilihlah yang mana kena dengan jiwa. Nak jual periuk gelas ke, jual baju skirt tudung, jual barang baby, jual supplemen ke, brg kecantikan, gadjet IT, makanan, #blossomsclothpadsandpantyliners. Bersepahhhhh!
Macam-macam lagi kita boleh buat.
Kalau arini dapat seringgit, tak apa, esok lusa dapat ratusan. Bulan depan dapat ribuan. Yang penting, kena semangat kental dan cakap kat diri “Aku Boleh! Aku Suri Rumah Hebat!”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nasib si kecil berusia empat bulan agak menyedihkan apabila dapat berita daripada doktor paha bayi patah dua dan lebam di muka dipercayai disebabkan kecuaian pengasuh.
Berita bayi ini tular di media sosial bapa saudaranya yang dikenali sebagai Cekgu Jie melalui Facebooknya mendedahkan rasa kecewa dan berharap mak ayah yang letak anak di rumah pengasuh agar ada masa untuk menyelidik pengasuh anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.
Paha Bayi Patah Dua
Anak sedara ambo baru saje berusia empat bulan tapi diperlakukan dengan penuh kejam sehingga lebam muka dan patah paha.
Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh bayi ini sehingga patah paha. Apa salah bayi yang baru mengenal dunia selama empat bulan?
Menangis dari petang sampai ke malam sehingga tiada suara. Cuba merayu-rayu tanpa suara. Cuba mengharapkan pertolongan Umi dan Abinya sehingga kakinya membengkak kebiruan.
Akhirnya doktor mengesahkan paha anak kecil ini patah dua. Azabnya Ya Allah…
Mohon pertolongan sahabat yang kenal peguam yang boleh memberi khidmat ikhlas yang boleh membawa kes ini ke hadapan demi masa depan anak kecil yang tidak berdosa ini boleh hubungi ambo sendiri Cekgu Jie. Moga ada keadilan untuk mangsa.
Nasihat…
Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Diharapkan pihak polis dapat melakukan siasatan seadilnya dan mendakwa P yang tidak berhati perut ini!
Ingatan untuk ibu bapa di luar sana. Berhati-hatilah dengan pengasuh anak anda. Selidiklah pengasuh anak anda sebaik-baiknya. Berhati-hatilah dengan sandiwara baik dihadapan kita tapi di belakang dialah syaitan bertopengkan manusia.
Cekgu Jie juga dimaklumkan bahawa, mangsa berkemungkinan tidak boleh berjalan sempurna seperti kanak-kanak yang lain.
Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dirawat.
Cara Pantau Anak Di Rumah Pengasuh
1. Buat pilihan pengasuh dengan tanya orang terdekat dan jiran
Setelah mak ayah buat survey sendiri, decide ke mana anak kita akan dihantar nanti. Buat pilihan yang terbaik. Minta pada Allah melalui solat istikharah. In shaa Allah pilihan yang kita buat tu tak sia-sia.
2. Datang secara mengejut
Mula-mula datang dengan temujanji, lepas itu kena datang secara mengejut pula. Secara tidak langsung kita dapat buat quick spot check keadaan tempat anak kita bakal diasuh nanti.
3. Percubaan sebelum bekerja
Digalakkan 2 minggu sebelum ibu bekerja semula, sila hantar bayi kepada pengasuh untuk sesi percubaan. Kalau nampak serasi, teruskan. Kalau sebaliknya boleh cari yang lagi baik.
Haaa… mungkin rasa lega dan selamat dengan adanya sedikit guide buat mak ayah yang pertama kali nak anta bayi tersayang ke pangasuh yang tak kenal sangat tu. Apa pun yang terjadi dan bakal berlaku, tawakal pada Allah. Kalau mak ayah sudah berusaha segala yang patut buat, redha itu past muncul. Moga anak-anak kita dalam jagaan orang yang ikhlas niat nak jaga anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...