Sebagai suami, nafkah isteri dan anak-anak wajib didahulukan kemudian barulah ahli keluarga yang lain. Ini adalah salah satu perkara yang sangat penting bagi seorang suami dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Nafkah Isteri & Anak-anak Suami Wajib Dahulukan

Kadang-kadang suami lupa dan hanya ingat dengan memberi makan dan tempat tinggal sudah cukup untuk isteri dan anak-anak. Malah, rasa beruntung pula apabila isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Nafkah Isteri & Anak-anak Suami Wajib Dahulukan, Barulah Ahli Keluarga Yang Lain

Jadinya, nafkah untuk isteri dan anak, dia rasa tidaklah terbeban sebab isteri sudah ada pendapatan sendiri. Ada sesetengah suami, setiap bulan memberi nafkah pada ahli keluarganya, sedangkan isteri dan anak langsung tidak dihiraukan. Kononnya, mahu membantu ahli keluarga yang lebih susah.

Sebenarnya, tidak salah pun untuk membantu atau memberi nafkah pada ahli keluarga lain. Tetapi dalam pemberian nasfkah ini, suami kena dahulukan isteri dan anak-anak. Seperti apa yang dikongsikan oleh bahagian Dahwah Jakim tentang turutan nafkah suami.

Barulah Ahli Keluarga Yang Lain

Turutan Nafkah Suami – Dahulukan Nafkah Isteri Dan Anak

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Antara turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Nafkah Isteri & Anak-anak Suami Wajib Dahulukan, Barulah Ahli Keluarga Yang Lain

IKLAN

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Kemudian, jka ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu dan jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu”

(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Nafkah Isteri WAJIB

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekali pun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Ada pun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia TIDAK WAJIB melainkan apabila memenuhi dua syarat;

IKLAN

Nafkah Isteri & Anak-anak Suami Wajib Dahulukan, Barulah Ahli Keluarga Yang Lain

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib.

Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itu pun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

IKLAN

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Kena faham betul-betul turutan yang sepatutnya suami beri nafkah. Boleh saja nak bagi pada yang lain tapi ada syarat-syaratnya.

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim

Artikel berkaitan: Suami Berhutang Nafkah Bila Isteri Keluar Duit Untuk Belanja Rumah

Lelaki Sebelum Kahwin Lain, Cukupkan Dulu Nafkah Belanja Anak Setiap Bulan, Jangan Zalim!

Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI