Bila keluarga campur tangan dalam urusan rumah tangga, suami isteri perlu tegas. Jangan beri peluang kepada mana-mana keluarga menentu hala tuju anda dan pasangan dalam rumah tangga.

Salah satu penyebab runtuhnya suatu perhubungan rumah tangga adalah kerana salah menerima nasihat. Banyak kes keretakan rumah tangga berpunca dari campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Mengapa dan kenapa, semuanya terdapat dalam penjelasan di bawah.

Keluarga Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga?

Keluarga Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga? Jangan ‘Bagi Muka’, Mesti Tegas

Hanya Dapatkan Bantuan Sekiranya Buntu

Tidak salah untuk mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga. Jika boleh, minta pertolongan/nasihat  hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar. Fikir dahulu sebelum bertindak kerana ia merupakan hal peribadi anda dan pasangan.

Bijak Memilih Nasihat

IKLAN

Anda haruslah teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumahtangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ia boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.

Keluarga Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga? Jangan ‘Bagi Muka’, Mesti Tegas

Jangan ‘Bagi Muka’, Mesti Tegas

Bijak Memilih ‘Kaunselor’

Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Bukannya individu yang membantu menambah kekusutan anda atau pasangan. Jika boleh, dapatkan nasihat dari individu yang anda ketahui relaks apabila menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata. Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
pic-pinterest

IKLAN

Berbincang Terlebih Dahulu

Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumahtangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat. Sekian kalinya, tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.

Keluarga Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga? Jangan ‘Bagi Muka’, Mesti Tegas

IKLAN

Tegur Jika Keterlaluan

Anda sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumahtangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi. Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya. Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika ia kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.

Artikel berkaitan: Bila Mertua Asyik Nak Menangkan Anak Sendiri, Sering Salahkan Menantu! Porak-Perandalah Rumah Tangga

Suami Isteri Yang Tiada Anak, Ini Tip Bila Disoal Tentang Zuriat

Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI