Suami selalu minta layanan macam raja, tapi ada tak layan isteri macam puteri raja. Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi mesti tip top.
Suami Selalu Minta Layanan Macam Raja
Bagaimanapun sedarkah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja. Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja.
Ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Gelagat Suami Isteri Berebut Nak Belikan Makanan
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yang pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak tak nak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Rahsia Isteri Layan Suami Macam Raja
Ads
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
Ads
“Oh, okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipnya?”
Tapi Ada Tak Layan Isteri Macam Puteri Raja
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam raja. Pertama sekali diri kamu yang nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah. Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Belajar Hormat Orang Lain Dulu
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ini, kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik itu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Ayah ini, Khabbab Jamalludin menerapkan satu didikan dalam diri anak-anaknya agar tak terlalu memilih makanan. Jika yang dihidang depan mata cuma lauk ikan sungai, tetaplah juga anak-anak perlu nikmati dengan penuh kesyukuran.
Bagus sebenarnya kerana melatih diri agar tidak terlalu cerewet mempersoalkan rezeki yang diperoleh. Terutama bab makan harian. Sejak dari kecil lah sebaiknya, anak-anak dididik dengan cara sebegini.
Dalam masa yang sama, mak ayah punya emosi yang sama. Barulah tidak seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Hadamkan perkongsian bapa ini. Ada poin bagus yang boleh dijadikan panduan mak ayah. Penutup itu yang lucu. Sebab, ada juga mak ayah yang terbuat kan..
Pada saya,
Masakan, makanan yang kita masak dan hidangkan kepada anak anak
adalah antara sebahagian daripada didikan kita buat mereka.
Selain daripada mengajar peri penting mencari makanan yang halal dan baik, kita juga mengajarkan mereka ilmu untuk bergaul dengan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan suasana.
Dalam bab lauk misalnya.
Saya tak akan masak hanya yang mereka suka.
Tapi perlahan lahan memperkenalkan mereka dengan lauk yang jarang mereka jumpa.
Supaya kalau disuatu masa, lauk itu sahaja yang ada.
Samada kerana tak mampu atau itu yang dijamu.
Tak Terlalu Memilih Makanan, Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima
Mereka tetap boleh bersyukur dengan rezeki yang mereka terima.
Alhamdulillah, sekarang mereka tak terlalu memilih.
Ikan laut ke, ikan sungai ke semua mereka makan.
Macam hari ini jumpa ikan puyu dekat pasar.
Jadi selain masak ayam gulai lemak cili api yang mereka ‘confirm’ makan
Saya selitkan juga ikan puyu goreng dan gulai.
Dan semua wajib ambil dan rasa.
Sikit pun tak mengapa.
Suka tak suka saya tak kesah, yang penting mereka dah cuba.
Sebelum makan saya juga mengajarkan mereka sifat sabar.
Mereka taat diam berdiri menunggu di samping meja sampai saya selesai ambil gambar.
Mingguan Wanita : Bila tak terlalu memilih makanan, makan berhidang satu keluarga pun boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.
Bulan ramadan merupakan bulan penuh keberkatan. Setiap amalan diberikan pahala berlipat kali ganda.Tidak hairanlah ramai yang berebut-rebut melakukan amalan pada bulan yang mulia ini. Ada yang memasang impian dapat menunaikan solat terawikh berjemaah di masjid setiap hari, membaca 30 juzuk Al Quran, melakukan solat tahajud, serta ibadah-ibadah sunat yang lain.
Namun, kesibukan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan puasa ini. Terutamanya jika ada anak-anak yang masih kecil.
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan ibadah di bulan ramadan ini.
Jemput baca perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Emosi & Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Moga asbab kebaikan.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Orang perempuan kalau mood nak kemas kain baju untuk balik kampung muncul, memang luar biasa. Dia boleh bawa sekecil-kecil barang yang anda tak boleh fikir tetapi barang itu sangat berguna waktu kecemasan.
Haa… beitulah istimewanya kaum mak-mak tiap kali nak raya. Persiapan yang dia buat sangat luar biasa. Jadi encik suami kenalah menghargai dan ikut rentak sepeti Uztaz Ebit Lew kongsikan ini. Nah, jemput renungkan awal-awal, nanti nak balik kampung minggu depan boleh tolong isteri mana yang patut!
Siap-siap nak balik kampung. Tengok bidadari tercinta dah siapkan pakaian keluarga. Bagaimana ada orang boleh tak sayang dan hargai isteri?
Bagi kita lelaki pakaian cuma pakaian. Bagi wanita pakaian ni ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya.
Kita sebagai suami bila tak faham kata, sayang nak balik kampung ke nak pindah? Macam Raja semuanya disiapkan. Start kereta dan jalan… kesian isteri dah penat-penat uruskan semuanya. Patut tolong picit kaki mereka. Urut mereka penat.
Isteri diam jer. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung suami tanya mana pakaian abang yang ini? Isteri kata tertinggal. Macam mana boleh tertinggal. Hehe..
Perempuan Ini Orangnya Details
Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang yang ni nak pakai hari kedua ke sayang. Cukup ke baju anak ni.
Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi Isteri dah siapkan baju anak mana. Baju ayah mana. Pakaian di rumah. Pakaian berjalan. Pakaian tidur. Jangan anak kena gigit nyamuk lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa. Tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana. Raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin. Supaya semua nampak cantik jer, kasut anak. Stokin anak. Tudung anak. Bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Tu belum kira malam raya anak dah try semua baju. Si ayah kata takperlah biarlah, kesian anak tu.
Kemas Kain Pun Ada Seni
Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg. Saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.
Kadang-kadang seorang mak sibuk kemas baju anak-anak. Kemas baju suami. Bajunya sendiri tertinggal. Dia sendiri tak sempat kemas.
Seorang isteri juga tempah kueh. Tempah ketupat atau kesukaan keluarga. Bila nak ambil ini. Bila nak ambil itu.
Balik kampung pastikan pampers anak. Susu anak. Dulu tak pernah sedar semua tu.
Sebab tu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik kepada isteri.
Keluar rumah baca doa bismilllahi tawakkaltu Alallah. La hawlawala quwata illah billahil aliyilazim. Riwayat Tirmidzi. Siapa baca ini Allah jaga dia, cukupkan rezeki, jauhkan syaitan, dia dipimpin Allah..
Baca 5 surah 6 bismillah. Baca doa naik kenderaan.
Ya Allah di minggu-minggu akhir Ramadhan ini kami pohon kau ampunkanlah ibubapa yang kami sayangi. Ya Allah ampunkan dosa isteri yang kami cintai. Sayangi dan kasihilah semua ahli keluarga kami. Mudahkanlah, selamatkkanlah, berkati, lindungi perjalanan setiap ahli keluarga kami dan semua manusia di dunia ini-ebit lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...