‘Me time’ dikelilingi hutan menghijau bersama tersayang. Tugas sebagai seorang wanita bukannya mudah. Bukan saja bergelar ibu, isteri dan jaga anak perempuan namun wanita juga mempunyai banyak tanggungjawab terutama pada mereka yang bekerja.
Bagi mendapatkan ketenangan jiwa tak salah jika kita luangkan masa ‘me time’ bersama mereka yang tersayang. Tak kisahlah bersama keluarga mahupun kawan baik.
‘Me Time’ Dikelilingi Hutan Menghijau
Pastinya jiwa akan tenang bila dapat bercuti denga aman. Baru-baru ini penulis berkesempatan menghadirkan diri ke majlis perasmian Villa Nur Jannah yang terletak di Janda Baik. Pada majlis tersebut bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri telah sudi hadir dan merasmikan Villa yang dimiliki oleh Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said.
Percutian enam bintang ditawarkan Villa Nur Jannah di Janda Baik yang menghijau dengan flora dan fauna khas untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk pikuk kota.
Dikelilingi hutan menghijau, bukan hanya banglo tujuh bilik tidur, lokasi percutian yang mempunyai sungai di tapak persendirian itu turut mempunyai empat khemah glamping ekslusif.
Andai dihitung termasuk dua lagi bilik tambahan bersebelahan banglo, keseluruhan penginapan mampu menampung 60 tetamu dalam satu masa.
Menariknya, tempat percutian berkeluasan empat ekar itu dikhaskan hanya memberi keistimewaan kepada satu penyewa dalam satu masa.
Ini bagi memberi ekslusiviti buat keluarga atau kumpulan yang datang seterusnya menawarkan kelebihan untuk mereka menjalani aktiviti tanpa gangguan luar.
Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said.
Dengan berpaksikan panorama alam semula jadi, Villa Nur Jannah yang sudah memulakan beroperasi pada 1 Mac 2024 itu menawarkan pengalaman staycation luxurious private.
Setiap bilik di Villa Nur Jannah dimiliki dengan penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni menghadap rimba.
Manakala dua buah dormitory until empat penginap setiap satu dan empat buah glamping pula masing-masing dapat memuatkan enam orang.
Hanya 45 minit dari ibu negara, banyak lagi kelengkapan lain disediakan agar percutian tetamu meninggalkan 1001 pengalaman manis.
Mesra kerusi roda
Biarpun struktur villa ini sedikit berbukit dan dibina dengan asas tiga tingkat, pelbagai kemudahan akses disediakan buat pelanggan.
“Pada bahagian atas tingkat tiga, terdapat tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin dan tandas peribadi. Namun, kami masih mengutamakan penggunaan bilik bawah yang mesra pengguna berkerusi roda dan uzur,” ujarnya.
Villa itu juga didirikan sebuah surau pada bahagian luar yang boleh memuatkan 25 hingga 30 orang pada satu-satu masa.
Ads
2.Semua percuma!
Demi memberikan pengalaman staycation maksima, pasangan itu menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk set karaoke, ruang tamu luas, dapur yang dilengkapi dengan bahan asas untuk memasak dan pit BBQ sama ada di Villa atau di tapak Glamping
Khidmat katering
Tetamu boleh menggunakan khidmat tukang masak tempatan dengan menempah makanan, malah pemilik turut membina Rumah Hijau yang ditanam dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diambil penyewa.
Tetamu juga dibenarkan menggunakan motosikal, basikal, ATV dan aktiviti berkuda secara percuma.
Sungai privasi
Paling utama, Villa Nur Jannah punyai sebatang sungai kecil yang mengalir sepanjang masa di bahagian belakang villa.
Rekreasi & riadah
Bagi tetamu yang mendambakan aktiviti sihat, sebuah gimnasium tersedia dengan kelengkapan asas seperti treadmill, trampoline, dumbell dan set weight lifting selain bilik sauna.
Di bahagian tepi sungai juga terdapat gelanggang bola tampar pasir.
Pemilik juga dalam proses melengkapkan dua buah kolam memancing ikan untuk kaki pancing yang dijangka siap pada Ogos ini.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Hajat tak kesampaian, anak meninggal dunia kemalangan dalam perjalanan ziarah jenazah ibu di kampung.
Sudah tertulis ajalnya, tidak akan terlambat biarpun sesaat. Hajat seorang anak tidak kesampaian apabila dirinya sendiri terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan menziarahi kematian ibunya.
Hajat Tak Kesampaian
Hasrat seorang wanita ingin pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk menziarahi ibunya yang meninggal dunia tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Air Sejuk, di sini pada Ahad.
Mangsa, Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, yang berasal dari Pulau Chondong, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, suaminya yang memandu kenderaan, Muhamad Nazirul Rameli, 23, dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Setiu.
Anak Meninggal Kemalangan
Menurut Afandi, kejadian berlaku pada jam 7.15 pagi ketika pasangan suami isteri yang menaiki kenderaan Perodua Kancil itu dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kelantan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan. Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian depan tercampak keluar dari kereta.
“Mangsa cedera parah di kepala dan anggota paramedik yang tiba untuk bantuan kecemasan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Malah jelasnya lagi, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut manakala suaminya dirawat di hospital sama.
Sementara itu, Afandi turut menasihati pemandu supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya bagi mengelak kecelakaan terutamanya dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.
“Sekarang musim hujan, jadi keadaan jalan licin dan ada lopak air yang boleh menyebabkan kenderaan mudah terbabas. Jadi, saya harap pemandu lebih berhati-hati supaya tiba ke destinasi dengan selamat,” katanya.
Mingguan Wanita : Malang tidak berbau, oleh itu sentiasa beringat ketika memandu terutamanya melibatkan perjalanan yang jauh. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Bunga Rampai selalu disediakan ketika majlis kenduri kahwin, diletak di bilik pengantin.Memang harum semerbak dengan bau bunga rampai dalam bilik. Bukan itu sahaja seringkali juga diberikan sebagai cenderahati di majlis-majlis kenduri kendara.
Jika dahulu, anak-anak dara akan bersama-sama ‘rewang’ hiris halus daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Sampai luka-lukalah jari terhiris pisau.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat bunga rampai ni. Tak perlu lagi nak hiris dan mayang halus dengan pisau, malah sangat menjimatkan masa. Iaitu kisar sahaja menggunakan blender kering. Hasilnya memang halus! Bila dah siap, bolehlah dijadikan pewangi semulajadi diletakkan di ruang tamu, bilik tidur mahupun dalam kereta. Memang harum dan wangi je!
Boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus ini sebagai rujukan;
Kebetulan ada majlis perkahwinan, saya kongsikan cara penyediaan Bunga Rampai untuk majlis perkahwinan. Moga bermanfaat untuk semua.
Bahan-Bahan:
Daun Pandan secukupnya
Minyak Wangi
Bunga-Bungaan
Kain
Bekas Bertutup
Cara Membuat:
1. Potong kecil daun pandan secukupnya.
2. Kemudian, digunting-gunting kecil dan di blender menggunakan blender kering.
3. Hasilnya setelah diblender.
4. Kemudian, gunting halus bunga-bungaan dan dicampurkan dengan daun pandan blender tadi.Guna bunga-bunga yang ada di persekitaran rumah je. Kadang-kadang guna bunga-bunga yang dijual tu juga sebab nak nampak warna warninya lagi. Yang jual macam-macam warna ada. Macam bunga ros kan ada kuning, pink, putih, peach, merah gelap. Jadi lebih banyak variasi warnanya lebih meriah dan cantik dipandangan mata juga.
5.Inilah hasilnya. Spraykan minyak wangi kesukaan anda, bungkus dengan kain dan diperapkan dalam bekas tertutup agar minyak wangi meresap sebati dengan daun Pandan.
Tip Ekstra!
Bunga Rampai nak tahan lama gaulkan dengan minyak rambut ‘Brylcreem’ yang dulu-dulu tu, lepas tu spray minyak wangi dan bungkus dengan kain letak dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Ni petua arwah nenek saya buat sebab dia Mak Andam dulu.
Nak lagi sedap campurkan sedikit daun limau purut blend sama. Lagi tahan lama bau dia.
MW: Menarik juga idea ni. Memang memudahkan kerja dan jimat masa bila kisar halus daun pandan guna blender kering. Tak perlu nak hiris dan mayang halus daun pandan lagi. Jari jemari pun tak luka.