Isteri Safee Sali rindu anak, “saya tak tahu di mana mereka lepas dibawa keluar rumah 6 Februari lalu. Kasih seorang ibu yang tiada penghujungnya.
Tidak bertemu anak sejak sebulan lalu, Fitria Elfina Maharip yang juga isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40 mengakui begitu rindukan anak-anaknya.
“Saya tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini,”kata Fitria.
Isteri Safee Sali Rindu Anak
Dalam nada sebak, wanita berusia 44 tahun ini berkata, dia amat merindui dua anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.
Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalkan dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.
“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.
“Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.
“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Ads
“Saya Tak Tahu Di Mana Mereka Lepas Dibawa Keluar Rumah…
Memetik laporan Harian Metro, Fitria Elfina hadir ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi bagi menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.
Menurut Fitria Elfina, dia nekad memfailkan tuntutan hak penjagaan anak selepas terputus hubungan dengan mereka berdua sejak sebulan lalu.
“Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.
“Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah,” katanya.
Ads
Sementara itu, Amir Syazwan berkata, proses sulk yang berlangsung hari ini, tidak berjaya apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.
“Hari ini (berlangsung) proses sulk untuk kes hadanah hak penjagaan anak, malangnya sulk tidak berjaya.
“Kita akan terus ke sebutan semula kes tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung 9 Mei ini,” katanya enggan mengulas lanjut.
Katanya, sebutan untuk pengesahan lafaz cerai pasangan itu dijangka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, jam 9 pagi esok.
Ads
Terdahulu, Safee yang memakai baju-T hitam, berpelitup muka dan hidung serta kaca mata hitam dilihat diiringi peguamnya, enggan melayan media apabila meninggalkan perkarangan mahkamah dengan tergesa-gesa.
Safee dan Fitria Elfina berkahwin pada 21 Disember 2013 sebelum dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) itu juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2 April 2012.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali dikalangan industri seni tanah air. Sentuhannya menjadi kegemaran selebriti tempatan seperti Jihan Musa, Amy Mastura, Zara Zya, Aida Jebat, Uqasaha Senrose, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan ramai lagi.Malah terkini, make up artist ini melangkah lagi setapak, melebarkan sayap menceburi bidang perniagaan kosmetik ‘Alha Alfa Cosmetics’.
Disebalik kejayaan demi kejayaan, rezeki demi rezeki yang datang tanpa henti, rupanya Alha mengamalkan 3 tip ini agar menjemput rezeki datang.Antaranya, rajin bersedekah pada golongan susah, bekerja dengan ikhlas dan jujur serta utamakan mak dan ayah.
Perkara ini dikongsikan didalam posting terbaru Alha Alfa di laman instagram beliau;
Salam minggu semua..ok Alha nak kongsi serba sikit kegembiraan Alha bersama pengikut-pengikut alha dekat ig ni..cerita nya ber mula 1 tahun lepas..Alha ke @autochapterbykhairiedin untuk melihat kereta idaman kalbu.Tapi masa tu angan-angan mat jenin, sebab masa tu Alha baru je mula nak jual kosmetik ni.
Sebab tengok orang lain pakai kereta mewah-mewah,jual produk macam best je.jadi Alha pegi ke @mogamotors untuk membeli MERCZ CLA 250..tapi masa tu akaun Alha tak cukup..pinjaman tak lepas..kecewa, balik dengan perasaan hampa..Allah je yang tau..heheh sebab Alha meniaga duit sendiri..takde pinjaman bank..takde funder..semua sendiri..masa nak pergi tu mintak ibu ayah doakan..harap-harap dapat la bawa kereta sebiji..tapi sedih tak dapat.
Ibu kata “tak pe sabar je dulu..Allah nak bagi lebih tu.So Alha pun pakai alza..walaupun stokis-stokis Alha dah tukar-tukar kereta dah..tapi Alha teruskan berniaga sebab nak rolling modal bukan sikit-sikit.
Tapi Alha selalu percaya,kalau kita nak sesuatu tu, kita tak cukup duit..bukan simpan sampai cukup dan jadi tamak tapi makin keluarkan. Mungkin Allah nampak usaha keras company kami..kami tak buat produk kos murah dan jual mahal..kami melabur lebih untuk dapatkan produk yang bagus.
Kami dirikan masjid di TERENGGANU dan kami ada menjaga beberapa pusat tahfiz di selangor dan terengganu..Niat Alha supaya lebih kita ikhlas..rezeki akan datang..
Ibu bapa tu Insha allah kalau Alha tak cukup,diorang KENA cukup..kalau uols ada company baru,kecik-kecik pun tak apa,setiap bulan ketepikan sedikit untuk bantu orang-orang susah yang memerlukan kita.
Nampak sepeti RIAK kan? mungkin ada yang kata DAH BUAT BAIK, BAGITAU ORANG,KURANG PAHALA.. tak apa,niat alha untuk berkongsi serba sedikit rahsia berniaga dengan pengikut Alha yang terlalu basic.Yang Alha dan company buat.
Macamana nak dapat duit juta-juta tu mungkin ada pakar lain yang lebih arif..insha allah tak salah kita share kebaikan yang kita buat..seperti RASULULLAH SAW, setiap kebaikan yang beliau lakukan,di ceritakan kepada kita melalui para sahabat,keluarga baginda..yang akhirnya sampai sekarang kita dapat contohi.
Jadi jika ada sahabat-sahabat kita yang buat baik..kita ceritakan kepada orang lain tentang kebaikan mereka. Insha Allah kalau kita positif, positiflah ia.
JADI selepas setahun, Alha jumpa semula @autochapterbykhairiedin dan Alhamdulillah dapat 3 terus.Terima kasih Allah.
KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, Kuantan dekat sini.
Mohd Abid,8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.
“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerimapanggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.
“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.”Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri. “Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh dan jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Sumber: Berita Harian
(Foto: Farizul Hafiz Awang)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah. Lebih-lebih lagi pada hari yang cukup istimewa iaitu hari lahir.
Dalam video ringkas yang dikongsikan di TikTok syifaa_rzk, ibunya Rozita Abdul Majid sedang duduk dalam kapal terbang dan mulai rasa ‘cemas’ apabila nama dipanggil oleh krew kabin.
Kejutan Ucapan Hari Lahir Dalam Kapal Terbang
Rupa-rupanya ia merupakan kejutan pengumuman khas daripada krew kabin menyampaikan ucapan istimewa hari lahir daripada anak-anaknya buat ibu tersayang.
“Terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang kepada kami selama ini. Kami doakan semoga mama terus kekal sihat, happy dan umur yang panjang. We will always be by your side.Jasamu akan kami kenang dan hargai selamanya. We love you mama, ikhlas dari Auf, Fateen, Tini dan Ifa.
Bukan itu sahaja, krew kabin turut menyampaikan hadiah hari lahir yang diberikan oleh anak-anak wanita ini buat ibu tersayang. Seluruh penumpang bersorak, bertepuk tangan dan turut terharu gembira dengan ‘kejutan’ manis tersebut.
Rozita yang juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, tak sangka kejutan ucapan hari lahir di dalam kapal terbang tersebut merupakan rancangan daripada anak-anaknya yang tersayang. Malah turut berterima kasih kepada anak-anak serta krew penerbangan yang terlibat.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, pastinya terharu dengan kejutan sebegini daripada anak-anak. Ucapan hari lahir di awan biru, di dalam kapal terbang bersama para penumpang yang lain.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...