“Perempuan lagukan Al-Quran mendayu, jangan ikut! Anda sedang disesatkan – Dr Ayman Suwaid.

Membaca al-Quran merupakan perkara yang sangat dituntut di dalam agama dan digalakkan membacanya dengan baik dan sempurna. Jelas bahawa adab membaca al-Quran adalah dengan baik bacaannya dan ia dibaca secara jelas dan tartil iaitu memperelokkan sebutan huruf, wakaf ibtida’ dan sebagainya.

Menurut page Mufti Wilayah siri Al Khafi #1725, tarannum merupakan seni bacaan atau kaedah suara yang dipelbagaikan iramanya mengikut proses nada dan lontaran rentak suara yang tertentu bertujuan untuk mencantikkan seni bunyi khususnya dalam bacaan al-Quran.

Ianya merangkumi dua bahagian iaitu Hijaz dan Misri. Kesemua ini merupakan seni suara yang bertujuan untuk memperelokkan seni suara.

Perempuan Lagukan Al-Quran Mendayu

Namun kita sering kali berasa kagum dengan bacaan Al-Quran yang dibaca dengan tarannum yang biasa dilagukan oleh wanita dari negara Asian seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Perempuan Lagukan Al-Quran Mendayu, Jangan Ikut! Anda Sedang Disesatkan- Dr Ayman Suwaid

Hal ini telah mendapat teguran dari Dr Ayman Suwaid (baca kisah hidup Dr Ayman di sini) yang merupakan Ikon Arab dalam Qiraat dan Tilawah Al-Quran. Dirinya bersanad al-Quran dari 6 orang gergasi Qiraat pada zamannya. 3 gergasi dari tanah kelahirannya Syria, dan 3 gergasi dari Mesir.

Dari Syria;

IKLAN
  1. Sheikh Muhyiddin al-Kurdi. (Hafs dan Asharah Sughra)
  2. Sheikh Abdulaziz Uyun as-Sud. (Asharah Kubra)
  3. Sheikh Mohammad Taha Sukkar (Hafs)

3 gergasi dari Mesir;

  1. Sheikh Ahmad Abdulaziz az-Zayyat (Asharah Kubra)
  2. Sheikh Amer Sayyid Uthman (Asharah Kubra)
  3. Sheikh Ibrahim as-Samannudi. (Asharah Kubra dan 4 Shawadz)

Orang lain mungkin dapat berguru dengan salah sorang je dari 6 nama di atas tu, tapi beliau dapat baca dengan keenam2 sekaligus. ((sumber fb Syazani Jemy).

Jangan Ikut! Anda Sedang Disesatkan – Dr Ayman Suwaid

Menurut Dr Ayman Suwaid, Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang menjadi panduan hidup manusia.

“Didalamnya Allah menjelaskan tentang zatNya yang maha tinggi, urusan kenabian, urusan akhirat, syurga, neraka. Allah perintah kita buat ini, jangan lakukan itu.

IKLAN

“Jika ikut apa diperintahkan, kalian akan diberi ganjaran sekian-sekian. Jika kalian engkar, kalian akan dihukum sekian-sekian. Inilah panduan hidup, bukannya untuk nyanyian. Al-Quran bukanlah nyanyian.

 “Memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran bertujuan untuk mendekatkan hati dengan Al-Quran, bukannya memalingkan hati daripada mengamati makna-makna yang diinginkan Allah dengan nyanyian.

“Al-Quran bukanlah satu bentuk nyanyian mendayu. Saya bukan ingin berbicara tentang anak gadis ini. Dia hanyalah mangsa sahaja. Demi Allah, insan seumpamanya begitu ramai terutama di sebelah negara-negara Timur seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia.

“Mereka sangat meminati suara qari yang mendayu-dayu dan berlagu dalam bacaan Al-Quran. Wahai saudara sekalian, jangan ikut cara mereka. Demi Allah, mereka sedang menyesatkan kalian,” katanya dalam video yang kini viral di media sosial.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Juara Akademi Qurra’ 2024. Bukti Al Quran Panduan Hidup Paling Bermakna

Rumah Penuh Lumpur, Selut Banjir Tapi Al Quran Atas Tilam Bersih, Tak Terjejas

Kubur Bercahaya Walaupun Hidupnya Tidak Pandai Membaca Al Quran. Apakah Amalannya?

Viral 18 Dan 19, Rupanya Ada Signifikan Dalam Surah Al Quran

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI