Seramai 26 selebriti dalam kalangan pelakon dan penyanyi terkenal dipilih sebagai wajah atau muses koleksi Raya RR yang bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.

26 Selebriti, 100 Rekaan Koleksi Raya Pereka Fesyen Duo Terkemuka Ini Bakal Jadi Rebutan Para Peminat Raya Tahun Ini!

Mereka terdiri daripada Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab dan Sean Lee.

Tidak ketinggalan, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.

Juga Baca:https://www.mingguanwanita.my/pereka-fesyen-duo-rizman-ruzaini-tawar-koleksi-raya-2024-nikmati-tawaran-sehingga-25-peratus-rr-royalty-program/

26 Selebriti, 100 Rekaan Koleksi Raya Pereka Fesyen Duo Terkemuka Ini Bakal Jadi Rebutan Para Peminat Raya Tahun Ini!

IKLAN

Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, pemilihan 26 selebriti ini dibuat berdasarkan personaliti, imej, dan pencapaian mereka dalam industri selain ’jiwa’ RR dalam diri mereka.

“Kami mahukan kepelbagaian dalam pemilihan muses kami ini kerana RR Royalties kami juga datang daripada pebagai latar belakang.

“Justeru, kami pastikan muses ini mampu mewakili semua lapisan pelanggan yang membeli koleksi RR, daripada taraf diva, senior, yang sedang meningkat naik, generasi baru dan trendy,” katanya.

Menurutnya, konsep penggunaan muses dalam koleksi raya RR kali ini bagi membolehkan pelanggan menjadikan mereka rujukan.

IKLAN

”Kami mahu setiap orang dapat menikmati kesempurnaan raya dengan pilihan baju impian mereka bersama kami. Seperti yang kita tahu jenama Rizman Ruzaini ini sinonim dengan selebriti.

26 Selebriti, 100 Rekaan Koleksi Raya Pereka Fesyen Duo Terkemuka Ini Bakal Jadi Rebutan Para Peminat Raya Tahun Ini!

“Kami faham kebanyakan orang kita menjadikan selebriti kegemaran mereka sebagai rujukan dalam berfesyen termasuklah untuk membeli baju raya. Jadi, inilah waktunya untuk kami meraikan pelanggan kami dengan menghadiahkan mereka stail yang sama level dengan selebriti terkenal tapi pada harga mampu milik,” katanya.

IKLAN

Affiliate RR

Menariknya tahun ini, setiap muses yang dipilih turut dijemput menjadi affiliate RR yang mana mereka boleh mempromosikan koleksi Raya RR ini bersama pengikut mereka menerusi media sosial masing-masing.

Setiap koleksi yang terjual membolehkan mereka menikmati peratusan keuntungan yang akan dikongsi RR.

26 Selebriti, 100 Rekaan Koleksi Raya Pereka Fesyen Duo Terkemuka Ini Bakal Jadi Rebutan Para Peminat Raya Tahun Ini!

Menurutnya, sebanyak hampir 100 rekaan baju kurung dan kurta bercetak dilancarkan dengan setiap satunya diwakili setiap selebriti terbabit.

Koleksi kali ini menawarkan rencam gaya yang boleh dipilih mengikut personaliti dan kesesuaian RR Royalties dengan cetakan motif daripada pelbagai inspirasi klasik dan kontemporari. Koleksi Raya RR 2024 ini dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI