“Ini bukti kemalangan, pemilik dashcam kongsi rakaman penunggang motosikal maut dilanggar penyanyi rock. Sejak semalam dilaporkan penyanyi rock popular tahun 80-an, Alim Kriss terlibat dalam kemalangan jalan raya di di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas).
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, Alim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari dikatakan memandu kereta jenis BMW dipercayai terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang, Eddy Kusmiran Ambi, 61 meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ini Bukti Kemalangan”
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penyanyi lalu Tiara itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penyanyi itu memandu dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Rompin.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba dari kiri ke laluannya di sebelah kanan.
“Ekoran ekoran jarak terlalu dekat, vokalis Kris itu gagal mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut menyebabkan penunggangnya, seorang buruh binaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Ads
Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock
Namun di sebalik kemalangan itu, orang ramai yang melalui tempat kejadian menampilkan satu bukti rakaman dashcam menunjukkan penunggang motosikal sememangnya berada di lorong kanan dan tidak dilihat cuba mengubah kedudukannya semasa kemalangan terjadi.
Ia dirakamkan dari dashcam seorang pemandu dan dimuat naik oleh individu Semerah Darah di FB Grup Kemalangan Jalan Raya Hari Ini 2023 memperlihatkan penunggang motosikal telah berada di laluan kanan sebelum dilanggar dari arah belakang hingga terpelanting dan maut di tempat kejadian.
Dapat dilihat juga kereta itu dipandu agak laju dan tidak sempat membrek sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan.
Dirinya menulis ringkas, “berita fitnah, ini bukti kemalangan” (katanya merujuk kepada laporan dibuat oleh akhbar mengenai kejadian itu dengan memetik sumber polis).
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Eddy Kusmiran. Apa pun, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan sewajarnya. Waallahualam.
Macam-macam versi boleh dicuba untuk masak ikan patin. Ada yang buat asam pedas, lemak atau goreng. Yang paling famous tentulah tempoyak ikan patin.
Resepi tempoyak ikan patin ini pun bermacam versi juga. Tapi versi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar inilah resepi asli yang orang Temerloh biasa guna. Tak pakai bawang pun.
Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin dan daun kesum. Tapi percayalah.. hasilnya memang wallah.. sedap!
Syaratnya ikut langkah demi langkah yang diterangkan dalam gambar. Ada juga sesetengahnya yang memasukkan sedikit lengkuas. Terpulang..
Dan tentulah rasa herba itu akan bertambah. Apa pun dalam memasak ini, air tangan ibu yang penting. Walau macam mana ibu godek, jika ia dari air tangan ibu tentu anak mahupun suami menambah berpinggan-pinggan.
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula
Step Memasak
Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Aksi gadis berhijab buat freestyle di world cup Qatar kagumkan ramai lelaki, power timbang bola. Ketika ini sedang berlangsung Piala Dunia FIFA Di Qatar. Kejohanan empat tahun sekali ini pasti tidak dilepaskan jutaan peminat menyaksikan perlawanan setiap hari dan banyak pasukan underdog mencatatkan kemenangan luar dugaan di awal pembukaan permainan.
Di sebalik banyak aksi dipaparkan tumpuan tidak hanya kepada negara bertanding tetapi gelagat penonton pasti mencuri tumpuan.
Satu dari rakaman peristiwa menarik pastinya tertumpu kepada freestyle berhijab, iaitu Maymanat Asagri dari Demnark. Lebih dikenali sebagai Maymi dari keluarga Asgari, remaja ini mencuri tumpuan apabila kemahiran jugglingnya mencuri tumpuan tatkala dilakukan di luar stadium.
Berasal dari Iran dan kemudian berhijrah ke Denmark, kemahiran melakukan aksi freestyle ini dikesan pada 2018 dan sejak itu namanya dikenali dunia kerana bakat luar biasanya ini. Bahkan kemunculannya di Piala Dunia di Qatar ini adalah atas jemputan dari negara Qatar.
Mengikut kepada minatnya dalam aksi freestyle ini, kata Maymi dari kecil dia tidak mempunyai ramai kawan dan masa yang ada digunakan untuk mengasuh bakat dalam sukan bola sepak yang banyak dikuasai lelaki.
Namun minat itu berterusan sehinggalah dirinya terpikat melakukan aksi freestyle dan sejak itu dia tidak pernah menoleh lagi ke belakang dan menjadi inspirasi kepada wanita berhijab. Tiada halangan melakukan aksi disukai dan bebas berbuat apa saja di sebalik hijab dikenakannya.
Hebatnya Maymi ini, dirinya sering membuat persembahan termasuk di Euro 2020 di hadapan 40 ribu penonton. Bahkan dirinya menjadi tumpuan dunia kerana bakat freestyle itu.
Memenuhkan masa remajanya, dia mengajar rakan sebaya dan kanak-kanak yang ingin mengasuh bakat dalam bidang freestyle bola sepak ini. Jelas Maymi, ketika kecil, menyaksikan Ronaldinho beraksi di Piala Dunia 2010 dan tak sangka di usia remajanya peluang itu hadir di depan mata menyaksikan Piala Dunia 2022. Semuanya kerana kemahiran bakatnya dan hari ini dia dijemput menyaksikan Piala Dunia 2022 di depan mata. Impian yang menjadi kenyataan dan sukar dilupakan olehnya.
Bahkan kerana kemahirannya itu, di instagramnya, dia berkongsi sudah bertemu ramai bintang dunia bola sepak seperti Casillas, Kaka, Carli lloyd, Colina, Billy Wingrove, Roberto Carlos, Andre Pirlo, Mascherano, Yaya Toure, Luis Enrique dan ramai lagi lagenda bola sepak termasuk jurulatih terkenal dunia.
Apa pun aksinya menimbang bola membuatkan ramai lelaki kagum dan melopong kerana tidak semua mampu melakukan aksi sebegitu.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.