Ismanira didapati bersalah abaikan Zayn Rayyan. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah atas kesalahan pengabaian terhadap anak autistiknya, arwah Zayn Rayyan Abdul Matin, 6 tahun hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, 30, di akhir kes pembelaan.
Memetik laporan Berita Harian, pada 21 Julai lalu, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Ads
Ads
Mahkamah kini ditangguhkan sebentar untuk membolehkan pihak-pihak menyediakan hujahan mitigasi bagi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.
Ads
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari, pada 5 Disember hingga jam 9.55 malam pada 6 Dissember 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – BERNAMA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, kembali ke akar muzik pop yang mempopularkan
namanya menerusi single terbaharu berjudul ‘Kacamata’.
Menariknya, lagu itu juga menjadi pertaruhan pertama Afgan yang dimuarkan dalam album
ketujuhnya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, berjudul Retrospektif.
Selepas tujuh tahun tidak mengeluarkan album berbahasa Indonesia, Retrospektif menjadi
simbol kembalinya Afgan ke akar musikalitinya. Jika dua album terdahulu banyak
menampilkan lagu-lagu berbahasa Inggeris, kali ini Afgan kembali dengan sentuhan pop
Indonesia yang lebih segar, matang dan berjiwa lokal.
Lagu ‘Kacamata’ mengekalkan identiti pop yang sinonim dengan Afgan, namun diperkaya
dengan elemen R&B moden dan produksi muzik yang lebih kontemporari.
Dari segi tema, lagu ini membawa kisah tentang seseorang yang sanggup mengubah diri dan sudut pandangnya demi cinta, akhirnya menyedari bahawa semua pengorbanan itu sia-sia kerana diberikan kepada insan yang salah. Ia menjadi metafora tentang kehilangan jati diri, pengkhianatan terhadap diri sendiri, serta makna sebenar cinta yang tulus.
Afgan menjelaskan, album Retrospektif dihasilkan sebagai perjalanan pulang ke akar muzik
ketika di awal kemunculan.
“Bagi saya, Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik, single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya,” katanya.
Dalam proses kreatif, Afgan bekerjasama dengan tiga pemuzik berbakat iaitu Iqbal Siregar,
Petra Sihombing, dan Kamga Mohammed.
“Iqbal membawa idea awal berupa melodi yang menarik untuk bahagian korus, yang
kemudian dikembangkan bersama hingga siap dalam tempoh hanya dua jam. Petra bertindak sebagai penerbit dan komposer, manakala Kamga turut berperanan sebagai pengarah vokal di samping menjadi komposer bersama.
“Proses rakaman lagu ini berlangsung pantas namun teratur yang mana sesi rakaman vokal
diselesaikan dalam setengah hari, manakala keseluruhan produksi muzik termasuk proses
‘mixing’ dan ‘mastering’ disiapkan dalam tempoh sekitar dua bulan,” katanya.
Afgan mengakui tidak sabar untuk memperkenalkan karya ini kepada pendengar dan pencinta muzik yang sudah lama merindukan warna muzik asalnya.
Menurut Afgan, selain membawa simbol perjalanan muziknya, ‘Kacamata’ juga
menyampaikan pesan yang mendalam.
“Jangan terlalu berharap pada manusia, kerana satu-satunya yang boleh kita sandarkan
hanyalah Tuhan. Lagu ini ibarat peringatan untuk kita semua agar tidak kehilangan diri sendiri ketika berhadapan dengan kekecewaan.
“Dengan ritma yang ringan dan lirik yang mudah diingati, Kacamata ialah lagu yang memberi rasa positif sekali gus membuat pendengar tersenyum di tengah kegalauan, menyedarkan kita bahawa hidup tak selamanya berat, dan mengajak kita menikmati setiap fasa kehidupan,” katanya.
Selain itu, muzik video ‘Kacamata’ diarahkan oleh Shadtoto Prasetio dan menampilkan konsep visual bernuansa nostalgia era 90-an minimalis dengan sentuhan moden yang segar.
Dalam video tersebut, Afgan bergandingan dengan pelakon Yuki Kato menerusi adegan permainan catur iaitu simbol perjalanan cinta yang penuh strategi, langkah maju, undur, pertahanan dan pengorbanan.
Menariknya, lagu ini turut menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama, berbeza
daripada kebanyakan karya Afgan terdahulu yang lebih berteraskan piano dan orkestra.
Single terbaharu Afgan ini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital
bermula 10 Oktober 2025.
Manakala album penuhnya, Retrospektif, dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan
November 2025.
Pasangan selebriti popular Indonesia, Raisa Andriana, 35, dan suaminya yang juga pelakon kacak berdarah kacukan Australia-Poland, Hamish Daud, 45, kembali menjadi perhatian ramai selepas timbul spekulasi bahawa rumah tangga mereka kini sedang bergolak.
Desas-desus itu mula tercetus apabila peminat menyedari foto sambutan ulang tahun perkahwinan kelapan pasangan berkenaan telah ‘hilang’ dari laman Instagram (IG) masing-masing.
Sebelum ini, Raisa dan Hamish dilihat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 September lalu, namun tiada lagi sebarang hantaran berkaitan momen istimewa itu dapat ditemui di platform sosial kedua-duanya.
Menurut laporan CNN Indonesia, hantaran terakhir yang kekal di IG Hamish hanyalah foto sambutan ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka pada tahun lalu. Sejak Julai, pelakon itu hanya memuat naik gambar aktiviti peribadi dan momen bersama anak perempuan mereka tanpa sebarang kelibat Raisa di sisi.
Kehilangan foto-foto kenangan itu pantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, malah ada yang mendakwa pasangan berkenaan kini berdepan kemelut rumah tangga, kononnya berdasarkan maklumat daripada individu terdekat mereka.
Namun begitu, baik Raisa mahupun Hamish masih memilih untuk berdiam diri, tanpa sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan bagi meredakan gosip yang semakin rancak diperkatakan di media sosial.
Raisa dan Hamish mula berkenalan pada 2013, ketika bekerjasama dalam filem Rectoverso. Ketika itu, Hamish membintangi naskhah tersebut, manakala Raisa pula menyumbangkan suara dalam lagu runut bunyinya.
Hubungan mereka mula mendapat perhatian umum sekitar 2016, selepas Raisa berpisah dengan bekas kekasihnya, Keenan Pearce. Tidak lama kemudian, Hamish dilihat hadir memberi sokongan pada konsert Raisa dan dari situ, cinta mereka semakin mekar.
Akhirnya, pada Disember 2016, pasangan ini mengumumkan hubungan secara terbuka di media sosial, sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 3 September 2017 dalam majlis tertutup di Jakarta.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang menjadi penyeri rumah tangga pada Februari 2019.
Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, di sini, meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat Influenza A.
Memetik Sinar Harian mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.
“Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurutnya, pihak kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan turut menasihatkan ibu bapa agar memantau gejala anak-anak seperti demam, batuk, dan sakit tekak, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan Influenza A.
Kematian murid akibat Influenza A ini diharap menjadi peringatan kepada masyarakat agar meningkatkan kesedaran tentang langkah pencegahan wabak terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah.
Ara Aziz mencipta inspirasi apabila bergelar pelajar termuda universiti pada usia 15 tahun. Anak kepada Aziz M Osman itu menyimpan impian menjadi pakar bedah otak.