Ibu rayu jangan sebar jenazah anak lemas, “saya sendiri tak ambil video, ia menambah sakit jiwa ini.
Kisah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang lemas, Muhammad Danish yang terjatuh di longkang telah selamat ditemui oleh orang awam di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka sehari selepas kehilangannya.
Ibu Rayu Jangan Sebar Jenazah Anak Lemas
Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal, dijumpai terapung dalam longkang di taman berkenaan, pada jam 9.30 pagi, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ketika menemaninya ibunya berniaga.
Di sebalik kisah tragedi menyayat hati ini, ibu arwah Nor Amiza Che Kar, 28 di Tik Toknya merayu agar jenazah anaknya yang dijumpai di longkang besar itu tidak disebarkan di media sosial.
Ads
“Saya Sendiri Tak Ambil Video, Ia Menambah Sakit Jiwa Ini…”
“Saya merayu tolong jangan sebar gambar arwah semasa dijumpai. Hormat saya sebagai ibu arwah. Saya sendiri tak ada ambil video arwah. Bertambah sakit saya tengok. Merayu sungguh-sungguh jangan sebarkan. Duduklah di tempat saya,” katanya dalam rayuan di Tik Toknya @mizachekar.
Sebelum mayat anaknya ditemui, ibu kepada empat cahayamata ini merakam aksi terakhir Danish yang begitu asyik mencium adiknya, Ariq yang pada anggapannya arwah anaknya itu kebosanan kerana adiknya sedang tidur.
Tapi rupanya itulah kenangan akhir mereka berdua.
Ads
Ni video ibu rakam sehari sebelum adik Danish pergi tu..
Ibu rakam sebab adik Danish ulang kali cium adik, ibu perati je..
Adik Danish cium berkali-kali adiknya si Ariq yang tengah tidur..
Letak puting & mainan sebelah adik..
Ibu sangkakan dia bosan tapi yang sebenarnya inilah ciuman terakhir adik Danish buat Ariq
Taktik berkesan mahu anak berganjak ke belakang kereta, mak acah-acah buat LIVE suruh ‘report’ polis!.
Keletah anak-anak kecil bila naik kereta adakalanya memang pelbagai ragam. Situasi yang selalu terjadi apabila anak-anak akan berebut nak duduk di bahagian tempat duduk hadapan bersama mak. Malah bila disuruh duduk belakang, memang tak mahu dan macam-macam alasan diberi.Keadaan ini pastinya membahayakan dan membuatkan mak-mak rasa tidak selesa serta tidak selamat.
Baru-baru ini viral video di TikTok@gengjuniorberkongsi ‘cara halus’ supaya anak berganjak duduk di tempat duduk belakang tanpa perlu di suruh seperti selalu.
‘Report’ Balai Polis
Perkongsian video pendek ini, menunjukkan seorang mak penuh bersemangat berkongsi membuat ‘LIVE’ menceritakan situasi anaknya yang pada ketika itu tidak mahu berganjak ke tempat duduk belakang. Malah dalam nada penuh ‘serius’ menyuruh sesiapa yang menyaksikan video tersebut, membuat laporan di Balai Polis berhampiran.
Terasa diri menjadi ‘topik’ di dalam LIVE tersebut, anak wanita ini dengan sendirinya berganjak ke belakang tanpa perlu di suruh.
Memang ‘halus’, kreatif dan berkesan sungguh taktik yang digunakan mak anak 5 ini dalam menangani ragam anak-anak. Mak-mak yang lain, jika alami situasi yang sama, boleh cuba taktik ni nanti.
Leia Az Zahra Justin seorang muslimah yang pernah mengalami zaman gelap dalam hidupnya. Namun setelah mengenali agama Islam, sedikit demi sedikit ada sinar dalam hidupnya. Kini, wanita yang berasal dari Sabah ini berharap masa hadapannya lebih baik daripada sebelum ini.
Ditambah pula kini dia telah berkeluarga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Ayra Gabriella, Leia berazam mahu jadi seorang ibu yang terbaik buat anaknya. Bergelar Islam sesungguhnya telah mengubah menjadi insan yang lebih baik.
Kisah hidup Leia penuh pancaroba. Sebelum dirinya mengenali agama Islam, boleh dikatakan hidupnya tidak ada arah tuju. Zaman remaja yang penuh dengan kesedihan adalah permulaan sikap memberontak dalam dirinya.
“ Saya memeluk Islam pada bulan Oktober 2007. Saya memeluk Islam bukan sebab didakwah oleh sahabat atau kenalan. Saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Emak yang membantu saya memeluk agama Islam. Namun perjalanan sebelum bergelar saudara baru amat memeritkan.
” Sebenarnya saya membesar dalam keadaan keluarga yang berpecah-belah. Ayah dan emak saya telah berpisah semasa saya kecil. Saya kemudiannya hidup bersama ayah yang juga seorang pendakwah Kristian.
” Selalu juga saya mengikut ayah ke gereja. Ayah suka menyanyi dan dia ada buat album kerohanian. Ketika di gereja juga saya suka menyertai koir gereja. Saya suka ke gereja kerana saya suka hal-hal keagamaan.
” Namun saya tidak tinggal lama dengan ayah setelah dia berkahwin baru ketika saya berusia 14 tahun. Saya tidak suka ibu tiri dan akhirnya saya dihantar tinggal bersama nenek. Jiwa saya memberontak kerana berpisah dengan ayah.
” Ketika hidup bersama nenek, saya rasa hidup tidak ke mana. Untuk mengisi masa saya aktif dengan aktiviti di gereja. Malah saya pernah mengikuti kursus asas untuk jadi biarawati tetapi saya gagal,” cerita Leia panjang lebar.
Minta Petunjuk Dari Tuhan
Tidak tamat pengajian menyebabkan Leia mula bekerja. Ketika itu jugalah hidupnya semakin teruk kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan minuman keras. Melihatkan keadaan dirinya yang semakin tidak ada arah tuju pada ketika itu sering membuatkan Leia bermonolog sendirian.
“ Saya sering tanya pada diri sendiri apa hendak jadi pada diri saya. Umur sudah bertambah tetapi saya semakin teruk. Sepatutnya saya ada inisiatif untuk hidup lebih baik. Saya betul-betul stress. Saya mahu Tuhan beri petunjuk pada diri saya.”
Hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara. Leia mendapat hidayah melalui mimpi. Dia masih ingat mimpi tersebut.
“ Dalam mimpi tersebut saya berjalan di kawasan gelap. Di penghujung jalan saya terjumpa cahaya. Semakin saya mendekati cahaya itu saya mendengar suara orang bercakap dalam bahasa Arab. Saya juga nampak dia memegang kitab seperti Al-Quran. Tiba-tiba hati saya rasa tenang melihatkan situasi tersebut.”
Sebaik terjaga, Leia sedar jika ini adalah petunjuk yang diberikan oleh Tuhan, dia perlu mencari jalan bagi merungkai mimpi tersebut.
“ Setiap kali mendengar azan, saya jatuh cinta dengan azan. Akhirnya saya ambil keputusan menelefon emak dan beritahu pada dia yang saya mahu masuk Islam. Emak pula pada ketika itu sudah lama memeluk Islam.
Emak beli tiket kapal terbang untuk saya balik ke Sandakan, Sabah.Emak bawa saya ke pejabat agama di sana untuk mengucap dua kalimah syahadah. Selepas masuk Islam, saya kembali semula ke Semenanjung, “ tambah Leia lagi.
Rahsiakan Pengislaman
Perjalanannya untuk menjadi muslimah yang baik juga banyak cabarannya. Sebaik bergelar Islam, dia tidak memberitahu perkara tersebut bapa dan rakan serumahnya. Selama setahun dia menyembunyikan pengislamannya.
Walau sudah Islam pada ketika itu, Leia tetap berpakaian seksi dan mengambil minuman keras. Dia terpaksa berlakon dua watak demi mahu menyembunyikan pengislamannya.
“ Saya penat hidup begitu. Akhirnya pada bulan Ramadan 2008 saya tekad untuk istiqomah dan jihad melawan nafsu untuk meninggalkan minuman keras. Saya fikir apa guna masuk Islam jika tidak ikut ajaran Islam. Selepas itu saya mula belajar agama.
” Sehingga kini saya masih lagi belajar agama. Setiap kali pergi kelas agama saya rasa ketenangan. Belajar agama juga adalah terapi bagi saya menghadapi tekanan dan kemurungan, ” sambungnya.
Aktif Nyanyi Nasyid
Penghijrahan hidup menjadi seorang saudara baru juga telah menemukan Leia dengan industri seni. Pada tahun 2012, Leia dan kumpulan nasyidnya yang diberi nama Safiya telah menghasilkan satu album penuh. Semua ahli kumpulan nasyid ini adalah saudara baru sama seperti Leia.
Namun perkahwinan telah menghentikan aktiviti seni mereka. Bukan itu sahaja, salah seorang ahli kumpulannya juga telah berhenti. Pada bulan Oktober 2018 lalu, kumpulan nasyid Safiya mula melakukan comeback.
Kali ini Leia dan Nur Ain Tinungul serta ahli baru kumpulan mereka iaitu Julia Sakinah telah menghasilkan single terbaru mereka bertajuk Mudah-mudahan.
“ Saya amat mengharapkan peminat nasyid dapat menerima kehadiran kumpulan nasyid saya ini semula.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu pada Aqeef Anaqi ini memang nampak terserlah sifat keibuan pelakon drama NUR, Amyra Rosli ini. Terbaru, Amyra berkongsi video pendek dia bersama si comelnya. Tentang rutin wajib yang perlu dipenuhi ibu ini sebelum menidurkan anaknya.
Caption Amyra “Perkara wajib nak tidokan Aqeef Anaqi.” Dalam video itu, Amyra mengajar bayinya kalimah ‘Lailahaillallah’ yang bermaksud tiada tuhan selain Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Aqeef yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017 ini juga semakin keletah dan sentiasa saja tersenyum. Si kecil ini bukan setakat comel malah gelagatnya yang ‘banyak mulut’ itu buatkan ramai jatuh suka.
Disebabkan ia sudah menjadi rutin makna mudahnya, hari-hari dituturkan maka Aqeef pun seakan sudah boleh menghafal kalimah indah itu di bibirnya. Walaupun sebutannya tidak sempurna, namun ia jelas bunyinya sama seperti apa yang dituturkan ibunya.
Apa yang dikongsikan Amyra ini sebenarnya memberi impak yang besar pada ramai peminatnya. Jelas, walau sesibuk mana pun seorang ibu itu tanggungjawab terhadap anak tak pernah sesekali dilupakan.
Iaitu memberikan pendidikan agama asas sejak dari kecil lagi. Lagipun, bayi yang selalu didedahkan dengan kalimah suci Al Quran ini akan lebih lembut jiwanya. Mereka lebih tenang dan tak banyak ragam. Penerapan asas agama pada anak kecil Amyra dan Amar Baharin ini boleh dilihat sejak mereka mendapat cahaya mata lagi.
Waktu awal kehadiran Aqeef pasangan tidak putus memberikan doa yang baik-baik untuk anaknya. Malah kedua ibu bapa ini walau sesibuk mana pun urusan mereka dengan kerjaya, tanggungjawab memberikan kasih sayang pada anak disempurnakan dengan baik.
Dari rutin memandikan Aqeef sampailah memberi makan pakai dilakukan dengan sepenuhnya oleh ibu muda ini. Sememangnya, pasangan muda ini boleh menjadi contoh yang baik untuk ibu bapa yang lain. Mengapa tidak selepas ini kita ajar anak-anak agar sebelum tidur membaca doa tidur, berselawat dan membaca surah 3 Qul. Dan disarankan agar menepuk-nepuk bantal sebelum melelapkan mata.
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...