Kredit Foto: Kosmo Online

Malang tak berbau, rakam selfie sebelum terjatuh, lima beranak lemas jeti kayu runtuh kerana tidak mampu menampung berat berlebihan.

Dikatakan ketika kejadian, jeti ini telah ditutup kepada orang ramai dan kejadian ini bukan pertama kali berlaku kerana beberapa minggu lepas telah berlaku kejadian yang sama.

Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh

Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh, kata polis hari ini, beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku.

Keluarga besar terdiri daripada 14 anggota itu berada di Tasik Kandi, Sumatera Barat dan  berkumpul di atas binaan kayu tersebut untuk bergambar, namun berat keseluruhan mereka menyebabkan jeti itu runtuh, kata polis.

Baca Juga Di sini:

Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Anak Lemas Mandi Sungai!

Tragedi Budak Lemas, Kalau Bulat Meninggal Ibu Akan Ikut Sekali Tak?

Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini, Dikhuatiri Lemas Mandi Pantai

IKLAN

Rakam Selfie Sebelum Terjatuh

Seorang remaja berumur 17 tahun merupakan antara lima mangsa yang lemas, manakala  semua anggota keluarga lain terselamat dalam nahas tersebut semalam.

“Mereka merakam swafoto di atas jeti apabila kemalangan berlaku,” kata ketua polis tempatan, Junaidi Nur.

Kejadian Berlaku Selepas Jeti Ditutup

Katanya, pengawal keselamatan tiada tempat itu kerana kejadian berlaku selepas jeti ditutup.

“Usaha menyelamat kemudian menemui mayat mangsa, manakala siasatan sedang dilakukan,” kata Junaidi.

Pada bulan ini, sembilan pelancong lemas apabila bot lebih muatan yang dinaiki terbalik apabila mereka cuba merakam swafoto.

IKLAN

Kejadian berlaku di sebuah ketika pusat takungan air di Pulau Jawa. – AFP.

MW: Sudah takdir. Di saat sedang gembira bersama keluarga kejadian sebegini berlaku sudah tentu amat memilukan hati untuk menerima kenyataan.

Sumber: Kosmo Online

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

IKLAN

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Rakam Selfie Sebelum Terjatuh, Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Rakam Selfie Sebelum Terjatuh, Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI