Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

Ibu anak empat ini tak panik hadapi situasi cemas kebakaran dalam rumah. Selepas berjaya keluarkan anak-anak dari rumah, Ellysyafina Md Dali, 40 masuk semula, capai alat pemadam api, tarik kunci dan halakan ke arah api yang sedang marak.

Tindakannya menggunakan alat pemadam api itu telah selamatkan dirinya dan anak-anak dari berdepan kebakaran yang berpunca dari soket longgar di Main Switch Box.

 

Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

Bawa Anak Lari Keluar Rumah, Sebelum Capai Alat Pemadam Api

Ketika kejadian lebih kurang jam 11 am saya sedang mandikan anak kecil di tingkat atas. Terdengar suara anak sulung dan anak ke-2 menjerit berkali-kali dari tingkat bawah.

Ibu..ibu, tolong ibu, ibu turun sekarang ibu.” Saya jenguk dari tangga, Allahuakhbar api..! Api keluar dari main switch box yang terletak di sebelah pintu utama rumah. Anak-anak, saling menjerit ketakutan.

Saya tinggalkan anak ke-3 dan ke-4 di tingkat atas, berlari turun ke bawah ambil kunci rumah, buka pintu dan grill. Tolak anak ke-2 keluar rumah sambil itu saya menjerit sekuat hati minta anak ke-3 keluar dari bilik air di tingkat atas.

Anak kecil usia 2 tahun juga masih di atas. Saya berlari naik ke atas selamatkan si kecil dan minta anak sulung dukung dan keluar dari rumah.

 

Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

Saya kumpulkan mereka 4 beradik di luar pagar rumah. Api sedang membesar. Saya istighfar dan tawakal berlari semula naik ke tingkat atas ambil handphone. Sambil berlari turun tangga, terus hubungi Mak. “Mak, rumah Ayong terbakar, tolong datang ambil anak-anak Ayong.”

Kemudian jari laju dail 999. “Cik, rumah saya terbakar di Saujana Impian Kajang.” Mereka terus sambungkan panggilan ke Balai Bomba berhampiran. Saya hubungi pula suami yang sedang bekerja. “Abang, balik..rumah kita terbakar”.

Beberapa minit kemudian adik saya sampai dan ambil anak-anak bawa ke rumah Mak (rumah saya berhampiran dengan rumah Mak). Dalam keadaan kelam kabut, saya terfikir, “aku ada alat pemadam api.”

IKLAN

Capai pemadam api, tarik kuncinya. Saya tawakal sepenuhnya, berlari semula masuk ke rumah untuk padamkan api yang kian marak. Non-stop tekan pemadam api.

Alhamdulillah api padam. Jatuh terduduk saya lepas tu. Lembik kaki. Menggeletar satu badan. Diam tak terkata atas lantai. Kemudian mak, abah dan suami sampai. 45 minit berlalu, Bomba masih belum tiba. Bayangkan jika tiada pemadam api, bagaimana keadaan api dan rumah. Allahuakhbar.

 

Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

6 Tip Jika Berlaku Kebakaran Dalam Rumah

Pengalaman ini benar-benar mengajar. Tips ini saya kongsikan kepada semua sahabat. Jika berlaku kebakaran ketika kita berada di dalam rumah.

1. JANGAN PANIK


Ya, bukan mudah nak bertenang dalam situasi cemas tapi mahu atau tidak, kita sedang pikul tanggungjawab besar sebagai seorang Ibu. Nyawa anak-anak menjadi keutamaan. Jika kita panik, seriously kita tidak boleh berfikir secara rasional.

2. BERKUMPUL SATU TEMPAT


Pastikan semua orang di dalam rumah berkumpul di luar rumah atau ditempat selamat. Ini untuk memudahkan proses menyelamat.

3. SELAMATKAN DIRI SENDIRI


Cuba sepantas boleh selamatkan diri kerana hanya kita sahaja tahu laluan mana di dalam rumah yang paling selamat untuk kita selamatkan diri.

IKLAN

4. HUBUNGI 999/KELUARGA 


Telefon keluarga dan pihak penyelamat, talian 999 sangat membantu. Apa yang boleh saya katakan, mereka sangat efficient. Hubungi TNB juga.

 

Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

5. ALAT PEMADAM API


Wajib ada pemadam api di setiap rumah. Ia berguna. Ya, sekarang kita fikir tiada keperluan tapi jika berlaku kebakaran ia membantu selamatkan nyawa, harta benda dan kawasan kejiranan. Jika berlaku kepada jiran, kita dapat membantu. Pahala free.

Menurut ibu ini, alat pemadam api sememangnya diletakkan di luar rumah. Dekat bahagian rak kasut yang mana ia mudah dicapai sekiranya terjadi apa-apa yang tak diingini.

Kebetulan rumah ini baru 3 minggu diduduki. Alat pemadam api ini pun dalam keadaan yang baik. Dulu masa bekerja, adalah latihan fire drill di ofis. Dari situlah saya belajar dan tahu serba sedikit. Tarik kunci sebelum nak guna.”

Dia juga menyimpan alat pemadam api di dalam kereta. Jika berlaku kebakaran, tahu macam mana nak handle. Pastikan alat pemadam api yang disimpan di rumah berfungsi dengan baik. Dan tak expired.

6. CHECK PENDAWAIAN ELEKTRIK


Panggil orang berpengalaman untuk periksa pendawaian elektrik. Sekurang-kurangnya 6 bulan ke setahun sekali untuk buat pemeriksaan. Saya difahamkan oleh pihak Bomba, soket longgar di Main Switch Box dan ia mengakibatkan percikan api berlaku.

IKLAN

Semoga tips ini dapat memberi persediaan mental fizikal kepada kita jika berdepan dengan situasi cemas.

Terima kasih Ya Allah, Kau turunkan ujian diwaktu siang semasa aku sudah terjaga dari tidur malamku. Jika ujian ini berlaku dikala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur, mungkin kami sekeluarga terkandas di tingkat atas dan sudah tiada di dunia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk kami tumpang di bumi-Mu ini lagi.

Ketika MW hubungi, Ellysyafina akui dirinya masih lagi dalam keadaan trauma. Malah traumanya itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kediamannya juga masih lagi berbau asap dan sisa jelaga yang tinggal masih ada.

 

 

Syukur kerana Allah bantu saya dan masih boleh berfikir untuk selamatkan anak-anak. Lagipun kawasan kejiranan saya ramai yang bekerja. Kalau saya jerit minta tolong pun belum tentu ada yang bantu.”

Jadi, saya perlu tenang. Bila tak panik, saya boleh capai alat pemadam api, masuk ke rumah padamkan kebakaran.” Malah ibu ini sempat turun tangga dan snap gambar kebakaran.

MW : Salute! Dengan keberanian ibu ini. Semoga tip yang dikongsikan ini berguna untuk mak-mak hadapi situasi cemas kebakaran.

 

Sebab Tak Panik Capai Pemadam Api, Ibu Selamatkan 4 Anak Dari Kebakaran

 

Sumber/Foto : Ellysyafina Dali, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI