‘Kenapa Saya Pilih Kahwin Suami Orang’ Sebelum Kecam, Hadam Isi Hati Madu Ketiga Ini

Sebaik saja Puan Haryani Ithnen, 41 berkongsi rasa hati tentang alasannya menikah dengan suami orang, ramai isteri marah-marah. Seram sejuk baca jawapan balas mereka.

Mingguan Wanita terpanggil untuk menghubungi Puan Haryani Ithnen sendiri. Minta agar isteri ketiga ini sudi berkongsi tentang pilihan perkahwinannya itu, iaitu HIDUP BERMADU.

Kongsi Puan Haryani, suaminya berusia 36 tahun. Madu pertama, 36, kedua, 35 dan keempat, 30 tahun.

Sebelum itu, hadamkan dulu apa yang wanita ini kongsikan di laman facebooknya.

Kenapa Saya Pilih Nikah Dengan Suami Orang, Sebab..

Pertama

Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

Kedua

Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh (PJJ) ok je, kenapa kita tak boleh plak.. kan..

Ketiga

Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik. Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat.

Keempat

Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe… penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

Kelima

Saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya.

Oleh itu, saya pilih poligami.

√    Siapa yang belum jumpa manisnya berpoligami
√    Itu tanda masih kurang ilmu.
√    Teruskan belajar

 

‘Kenapa Saya Pilih Kahwin Suami Orang’ Sebelum Kecam, Hadam Isi Hati Madu Ketiga Ini

MW Tanya Puan Haryani Jawab

MW : Boleh puan kongsikan kisah berpoligami yang puan lalui?

Saya dahulunya monogami 12 tahun.

Dan dah berkali-kali diuji. Dengan suami yang nak bernikah lagi.

Lama-lama.. saya berdamai dengan takdir saya. Saya terima dan belajar tentang poligami.

Saya beri cincin pada wanita pilihan suami saya. Tapi saya kurang sabar. Dan jodoh tak panjang.

Ketika menjanda..

Saya berada dalam keadaan dilema.

Anak saya seorang ‘girl’ adalah anak angkat. Pada perkahwinan pertama, kalau nak nikah lain. Kesian kat dia. Susah nak jaga aurat. Masa saya terbagi antara anak dan suami.

Kerjaya saya yang menuntut untuk saya banyak di tempat kerja. Semua itu buat saya ‘decide’ nak kahwin poligami.

Selepas beberapa kali taaruf. Alhamdulillah.. Allah temukan saya dengan suami sekarang.

Kisah saya agak pelik. Sebab saya dan madu saya yang nombor dua sekarang. Kami nikah serentak di Songkla.

Atas sebab, tak nak melambat-lambatkan dan nak mudah.

MW : Macam mana puan boleh buka hati menikah serentak dengan madu kedua?

Ntah.. Madu tu ajak nikah sekali. Kami fikir-fikir, macam boleh je. Terus nikah.

MW : Bermakna puan isteri ketiga dan terakhirkah?

Tidak.. saya ada madu keempat.

MW: Bagaimana puan dan madu-madu yang lain boleh bersatu hati. Jika ada konflik bagaimana diselesaikan.

Suami saya tegas.

Mula-mula, memang susah nak baik-baik.

Tapi.. Alhamdulillah. Madu-madu saya semua baik-baik.

Kalau ada masalah, kami akan rujuk hukum-hukum dari Al Quran dan Hadith. Sebagai panduan. Cari bagaimana Rasulullah SAW selesaikan cabaran dalam kehidupan seharian baginda.

Isteri-isteri kalau nak meroyan. Kalau dah terbentang ayat Al Quran suruh memaafkan dan melupakan.

Takut dan malu nak marah lama-lama.

Madu pertama saya punyai degree hadith dan hafaz 30 juzuk Al Quran.Tu.. kami adik-adik madu ni.. Apa-apa kami akan refer pada madu no.1.

MW : Dah berapa lama Puan hidup bermadu. Bagaimana sistem giliran itu dibahagikan.

Perkahwinan sekarang dah 3 tahun.

Kami ikut cycle; 1, 2, 3, 4

Kalau ada mana-mana isteri nak lebih hari mungkin atas alasan kerja, tak sihat, balik kampung atau apa saja.

Dia boleh ambil advance dalam cycle tu.

Cuma cycle akan dating.. dia tak ada.

MW : Dalam poligami ini, biasa apa yang isteri-isteri mahukan adalah suami berlaku adil. Bagaimana suami adil dengan madu-madunya.

Al Quran kata..

Lelaki ini.. tak mungkin berlaku adil. Cuma lelaki kena bersungguh-sungguh berlaku adil. Adil tu selalunya pada benda yang boleh kira.. Masa.. Hari.. Wang ringgit.

Tapi bab perasaan, memang tak boleh berlaku adil.

Suami saya.. bersungguh untuk adil dalam perspektif dia sebagai ketua keluarga.

Dia nampak keperluan kami.

Dan kami cuba penuhi semampunya.

Kalau para isteri cari yang sempurna.. memang tak jumpa. Tapi setakat ini, kalau ada isu-isu.. yang nampak suami terlebih dalam isu tu.

Ia akan dibincangkan.

 

‘Kenapa Saya Pilih Kahwin Suami Orang’ Sebelum Kecam, Hadam Isi Hati Madu Ketiga Ini

MW : Apakah sandaran Puan dalam meneruskan kehidupan berpoligami. Yang buatkan Puan kuat, kental lagi-lagi hadapi bermacam pandangan orang tentang pilihan yang Puan ambil.

Ujian tak kan berhenti

Suatu waktu dulu, saya pernah tanya pada Allah.. dengan soalan,

Kenapa aku Ya Allah?

Kenapa aku?

Beribu-ribu kali saya tanya

Saya tak dapat jawapan yang saya nak.

Akhirnya saya beralah..

Saya belajar.. dan masih belajar.

Saya faham inilah aturan Allah pada saya.. maka saya berdamai dengan takdir saya. Rupa-rupanya, ia tak habis di situ.

Allah datangkan kekuatan untuk saya ajak seberapa ramai sahabat-sahabat lain yang punyai takdir seperti saya untuk terus positif.

Saya lemah sebenarnya.

Tapi saya yakin.. Allah sumber kekuatan saya.

Dan saya kuat.. kerana saya ada suami, madu-madu, anak-anak, ibu, adik-adik dan seluruh keluarga yang sokong saya.

MW: Bagaimana Puan dan suami berkenalan?

Saya kenal melalui kelab bimbingan poligami.

Close Grup di facebook.

Kami rapat.. setelah saya bantu grup Bantu Sahabat Sahabat Rohingya yang tinggal di Bangladesh kelolaan suami.

Nah! bukan mudah sebenarnya nak melalui sebuah kehidupan berumah tangga berpoligami jika tidak disandarkan kekuatan itu kepada Allah Yang Maha Menentukan.

Jika Puan Haryani boleh berdamai dengan takdirnya, siapalah kita untuk mempersoalkan semua aturanNya.

Sumber/Foto : Haryani Ithnen

Jangan Lupa Komen