Suami Bantulah Jaga Anak Sama, Jangan Biar Isteri Jadi ‘Mak Hijau’ Masa Berpantang
Kredit foto : mithalimoms.com.my

Isunya.. masa berpantang inilah isteri mengidam saat manis dibelai dan dimanja suami baik terutama sentuhan emosi. Salah satunya, ketika isteri melalui 40 hari tempoh berpantang, suami sentiasalah bersedia untuk sama-sama jaga anak.

Realitinya, ramai di kalangan isteri yang terpaksa menerima hakikat dia seolah-olah berpantang sendirian. Walaupun suaminya ada di dalam rumah bersama dengannya.

Sebab bukan semua suami, faham.. jelas malah prihatin bagaimana mahu menangani, menghadapi emosi ibu berpantang.

Pada suami apa yang dia nampak, apa yang dia buat. Misalnya jerangkan air, angkat air, basuh baju, sidai kain itu sudah memadai. Sedangkan ada lagi hal-hal remeh (seperti yang suami fikir) tapi isu itu besar untuk isteri.

Kenapa Suami Kena Jaga Anak Sama Masa Isteri Berpantang

 

Suami Bantulah Jaga Anak Sama, Jangan Biar Isteri Jadi ‘Mak Hijau’ Masa Berpantang

Ketika Isteri Mandi, Suami Tolong Jaga Anak

Ada sesetengah suami fikir, bayi yang lena tidur selepas menyusu itu tak perlu ditemani sesiapa. Asal sudah masuk ‘baby coat’ selamatlah dia. Dan tentunya mandi ibu berpantang lebih lama. Lagi-lagi yang bersalin caeser.

Dia perlu lindungi luka pembedahan dengan balutan khas. Mandi dengan hati-hati dan prosesnya panjang.

Emosi pun kena tenang ketika mandi herba. Memang perlahan pergerakannya sebab isteri masih belum berdaya.

Selesai mandi, kawasan luka perlu dikeringkan. Tak kiralah jahitan di perut atau bahagian lain. Segalanya perlu teliti, dan disapu ubat.

Kalau suami tak tengok-tengokkan bayi, bayangkan kelam kabutnya ibu macam mana. Ya, soal mandi saja pun. Remeh bunyinya, tapi tidak pada emosi ibu yang berpantang.

IKLAN

 

Suami Bantulah Jaga Anak Sama, Jangan Biar Isteri Jadi ‘Mak Hijau’ Masa Berpantang
Kredit foto : rasa.my

Masa Isteri Makan, Berilah Masa Untuknya Menikmati Lauk Berpantang

Jadi, suami duduklah di sisi anak. Temani bayi anda itu. Kalau tak tahu buat apa pun, tenunglah wajah bayi.

Dan tengok-tengoklah kalau-kalau ada semut atau serangga kecil yang kadang datang tanpa diundang.

Jangan pula diganggu tidur bayi itu. Terjaga pula bayi nanti. Kasihan ibunya yang baru hendak menikmati makanan berpantangnya.

Itulah nanti sumber makanan untuk bayi anda. Masa berpantang inilah ibu cukup runsing bila susu tak keluar.

Susahnya hati, nanti bayi kelaparan.

 

IKLAN
Suami Bantulah Jaga Anak Sama, Jangan Biar Isteri Jadi ‘Mak Hijau’ Masa Berpantang
Kredit foto : phawellness.com

Waktu Menyusu Belah Malam, Suami Sokonglah Tubuh Isterimu

Tak ramai yang sanggup berjaga sama dengan isteri. Menahan tubuh lemah isteri ketika memberi susu pada bayinya di malam hari.

Ada sesetengah bayi baru lahir akan berjaga malam.

Walaupun sudah diberi susu, tetap dia mahu bercerita. Layanlah bayi anda itu, berikan ruang untuk isteri tidur seketika.

Nanti bila isteri terjaga, dia sudah ada tenaga untuk menyusukan bayinya di tengah malam.

Kadangkala perubahan rutin sebegini akan mengundang konflik kepada pasangan muda. Apa pun banyakkan bersabar dan terima ujian menjaga isteri dan anak di malam hari dengan redha.

 

Suami Bantulah Jaga Anak Sama, Jangan Biar Isteri Jadi ‘Mak Hijau’ Masa Berpantang
Kredit foto : siraplimau.com

Bahagianya Isteri Bila Suami Prihatin

Benar, tak semua suami dapat lakukan ini. Lagi-lagi mereka perlu bekerja dengan rutin masuk pejabat ‘9 am to 5 pm’.

IKLAN

Namun, pengalaman berpantang ini cuma 40 hari saja. Tak lama mana, congak-congak sebulan je masanya. Berkorbanlah masa dan tenaga untuk seketika.

Jaga anak sama-sama dengan isteri.

Menjadi suami yang prihatin, memahami emosi isteri berpantang akan mengurangkan kadar emosi meroyan isteri anda.

Hendak beri tips bagaimana tangani emosi isteri secara tepat, rasanya suami lebih tahu apa yang isteri inginkan.

Suami kan orang yang paling dekat dengan isteri, tentu-tentulah suami lebih faham emosinya.

Andalah lebih layak tahu apa mahu isteri mu itu.

Kalau pun anda rasakan sukar, cubalah usahakan untuk belajar memahaminya dalam tempoh 40 hari ini.

Jika tak faham-faham juga, mintalah bantuan ibu atau ibu mentua. Mereka pastinya lebih arif lagi.

Apa pun, sentuhan dan belaian kasih suami itulah penawar rasa lelah ibu melalui tempoh 40 hari berpantang.

Jom didik hati wahai suami, benarkan isteri lalui pengalaman MANISNYA 40 hari berpantang bersama suami.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI