Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,”kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Ads
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ads
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Kehilangan orang yang paling disayang, cuma yang pernah merasai tahu bagaimana sakitnya rindu. Kerinduan pada yang telah pergi yang tak mungkin berbalas. Apabila isteri diambil tuhan, suami ini, Azlan Adnan luahkan rasa kerinduannya untuk tatapan anak-anaknya kelak.
Isterinya, Nordiana Bidin meninggal dunia pada 29 Januari lalu, dipercayai berpunca daripada sakit kepala. “Medical report awal bulan hadapan baru dapat sahkan.” kata Azlan lanjut.
Sebaknya, bila anak-anak mula terasa rindu. Bagaimana mahu disampaikan rasa kerinduan itu, pada ibu yang tak lagi dapat mereka tatap wajahnya di depan mata. Allahu..
Anak-anak mungkin tak tahu Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu Yang anak-anak tahu Ibu dah ‘sleep’ kat kubur
Dalam Jam 10:25 malam, 20/1/2020 Ibu masih terbaring tidur sama macam pagi tadi. Bergerak, bernafas macam mana pagi tadi. Tidur macam biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam. Setiap kali babah jengah ibu, Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan-lahan bagi ibu nampak bersih Tapi jam ni, Lepas babah terlambat jengah ibu Air makin banyak kat mulut ibu.. Babah lap Dan itu kali pertama Dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik; “anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…” Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba keluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu-tisu yang melekat di pipi ibu. Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas macam biasa. Babah panic Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada Rasa nadi ibu di pergelangan tangan.. Tak ada Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik untuk tengok ibu Babah turun ke bawah Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu memang dah tak ada.
Ammar.. Rania 1 day, kalau terbaca ni semula Babah cuma nak korang berdua tahu Walaupun hanya Abang Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi.. Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita” Bukan ibu tak sayang Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita Sekejap je.. Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan Tak lama macam mana anak-anak yang lain Tak lama macam mana babah & nenek Tapi percayalah Ibu sedang tunggu kita kat sana
Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada Rajin-rajin jengah kubur bila rindu Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa” Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi Minta kita semua semula bersama 1 keluarga Genap awak pergi sebulan hari ni Macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak
Perkahwinan bukan cari persamaan Bukan cari apa yang kita suka Atau kita boleh lari dengan apa yang kita tak suka Persamaan belum tentu membahagiakan Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi” Jika kita saling memahami Terima kasih sebab sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama Abang Sampai hari ni abang rasa macam mimpi Mimpi yang panjang sgt Mengharap mimpi ni janganlah jadi kenyataan Nordiana Bidin (Dee Ana) Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat Ingat pesan abah JANGAN LUPA IBU
MW : Al Fatihah.. semoga Allah tempatkan Allahyarham Nordiana Bidin di kalangan orang-orang beriman dalam taman-taman syurga yang indah. Dan suami serta anak-anak diberi kekuatan hati hadapi ujian hebat ini.
Selepas selamat melahirkan cahayamata pertama yang diberi nama Siti Aafiyah pada 2018, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta, sebagai persediaan hamil anak kedua.
Siti, 41, berkata, prosedur itu perlu dilakukan kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
“Pagi tadi, Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,”katanya.
Semalam, penyanyi bersuara emas ini ada memuat naik foto yang memaparkan dirinya berada di hospital serta keterangan gambar yang menyatakan dia selamat menjalani pembedahan kecil di Instagram (IG) Story. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Sebelum dimasukkan ke wad, Siti telah mengiringi persembahan Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu. Penampilan tersebut, sekaligus mengubat rindu para peminatnya di pentas pertandingan berprestij ini.
Sungguh mengejutkan dengan video tular akan tindakan seorang ibu murid yang merakam seorang guru perempuan atau ustazah diarah merangkak di dalam kelas.
Tindakan ibu itu telah memalukan ustazah ini, sbenarnya secara tak langsung turut menjatuhkan imej dan maruah institusi perguruan yang dipandang hormat di kalangan ibu bapa di negara ini. Meletakkan maruah guru sebegitu sekali, membuatkan tindakan ibu murid itu tersangatlah biadap.
Pesan Ustaz Farid Rashidi ini agar guru terbabit segera membuat laporan kepada pihak berwajib, dan jangan tunduk dan biar maruah dipijak-pijak
Sungguh biadap!
Tadi saya tertengok satu rakaman guru perempuan/ustazah diarah merangkak oleh seorang ibu murid.
Bukan saja dimalukan di depan anak murid sendiri, bahkan dirakam dan tersebar pula. Geram aih!
Mengaibkan dan menjatuhkan maruah seorang guru bukan perkara ringan tuan-tuan dan puan-puan.
Bila guru yang besar jasa memberikan ilmu dunia akhirat dihinakan sebegitu, tak ada apa lagi yang tinggal. Tak ada. Hilang sudah keberkatan ilmu.
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”
[Riwayat At-Thabrani]
Tak usah ditanya kenapa anak-anak jadi degil, jadi kurang ajar.
Mohon sangat-sangat guru tersebut segera buat laporan kepada pihak berwajib. Jangan tunduk dan biar maruah dipijak-pijak.
Kalau benar guru itu bersalah sekalipun, itu bukan cara penyelesaiannya. Please jadi matang dan cerdik.
MW : Jika mak ayah pun hilang perasaan hormat pada guru, apa lagi yang tinggal untuk anak-anak tuan puan pelajari dalam soal adab dan akhlak.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.