Baucer Percuma PERKESO Bila Dapat, Gunakan! Yang Hilang Redeem Cara Ni

Mak-mak bekerja yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berumur 40 tahun dan ke atas, bila dapat baucer percuma Saringan Kesihatan PERKESO silalah gunakan.

Jangan peram buat tak tahu. Rugi nanti. Mantan wartawan, Ummu Su Mokhtar berkongsi panduan. Bagaimana cara mendapatkan baucer percuma itu semula, bila mana baucer yang pernah diserahkan majikan sebelum ini hilang dari simpanan.

Baucer Percuma Saringan Kesihatan PERKESO Hilang..

Mamak, teh ais bungkus ikat tipi, letak dalam mangkuk 1!”

Hahhh.. sementara nak nunggu mamak ni buatkan air hakak, meh nak story skit.

Siapa pernah dapat baucer ni? Haaaa, letak kat mana baucer ni, dah redeem belum? Apaaa?!! Hilang?!!!! Tak ingat letak mana? Isk isk isk, hakak punya pun hilang hak sebenarnya, nasib jumpa balik.

Tapi jangan risau. Sesiapa yang baucer dah tak ketahuan kedudukannya,

IKLAN
  • Masuk je https://sihat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html dan masukkan nombor kad pengenalan.
  • Nanti website tu akan bagitahu sama ada kita layak untuk redeem lagi atau tidak (Tetapi sesiapa yang dapat baucer ni antara 2013 hingga 2019 masih layak untuk redeem).

Mamakkkk, air mana? Lambat nauuuu..”

Baucer Percuma PERKESO Bila Dapat, Gunakan! Yang Hilang Redeem Cara Ni
  • Lepas kelayakan disahkan, akan ada satu lagi link untuk kita klik, di sini : https://sehat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html , lepas keluar kata layak, ikut arahan (rujuk gambar di atas) untuk dapatkan baucer.
  • Dan kita akan diberi baucer secara online.
  • Bawa baucer yang dah download tu ke mana-mana pusat pemeriksaan ke, hospital ke, klinik yang berdaftar dengan PERKESO (boleh semak kat website yang sama), buat la appointment dan bersedialah untuk buat pemeriksaan.

Baucer Percuma Rugi Siapa Tak Redeem

Baucer free oooo.. pemeriksaan free, rugi kalau tak redeem. Yang wanita, siap ada pemeriksaan mamogram, pap smear lagi hakak oiiiii… huntunggggg…”

Yang tak syok (pada aku la) masa nak amik darah sebab badanku je besor tapi urat halusssssssssssss. Takut cangatttt, tiyan kita.. Lepas tu kena puasa minimum 8 jam sebab nak amik darah kan. Tapi lepas amik darah tu, kau makan la nasi putih, ikan bakar, jantung pisang rebus cicah air asam, takder sapa kesah pun.”

IKLAN
Baucer Percuma PERKESO Bila Dapat, Gunakan! Yang Hilang Redeem Cara Ni

Pilih Lokasi Saringan Yang Tak Perlu Tunggu Lama

Lepas tu sesiapa yang nak buat ujian saringan kesihatan tu, carilah tempat yang besar sebab fasiliti banyak jadi waiting period mungkin kurang. Kita tadi buat kt BP Healthcare, Glenmarie. Tak perlu booking pun, walk in saja sambil senyum, tak sampai sejam dah setel… Result dalam 3-4 hari dah boleh dapat.

Haaa, baru nak hantor air. Lambat nau..”

Apa pun, sesiapa yang dapat baucer ni antara 2013 hingga 2019, layak untuk redeem sehingga Disember 2020. Lepas Disember 2020, burn bebeh burnnnn..hangus terbakarrrr

IKLAN

Maka gunakanlah sebaiknya benda free ni. Sekian.

Nota kaki Teh Ais Mangkuk : Sesiapa yang nak buat pemeriksaan tu, persediaan yang dibuat bukan setakat kena puasa 8 jam sebelum medical check up tu. Trim dan tebaslah segala ‘rumput’ yang tumbuh menjalar itu demi kesenangan sang pemeriksa.

Baca sini : Walau bekerja sendiri dan boleh mencarum dengan PERKESO, ini caranya.

MW : Yang masih layak , tapi baucer tiada di tangan lagi.. bolehlah download dan gunakan baucer percuma Saringan Kesihatan PERKESO ini ya.

Sumber/Foto : Ummu Su Mokhtar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI