‘Dua Bulan Bergelap, Baju Sekolah Anak Tak Mampu Beli..’ Bertimpa-timpa Masalah Hidupnya

Keluarga ini punyai 3 orang anak. Masalah bertimpa-timpa atas mereka. Terutama bab kewangan yang menghimpit sehingga mereka hampir kehilangan tempat tinggal, berbulan-bulan hidup tanpa bekalan elektrik.

Sungguh, kisah hidup yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh ini antara puluhan kes kesusahan anak-anak yang pernah dibantu sebelum ini.

Hadamkan kisah perit keluarga ini. Dan jika anda punyai rezeki lebih dan mahu berkongsi rezeki dengan mereka, boleh bantu guru ini membantu keluarga ini.

Anak Ini Tiada Baju Sekolah Nak Bersekolah

Mendapat perkhabaran seorang murid tingkatan satu tiada pakaian sekolah untuk bersekolah.

Aku hubungi PK HEM sekolah untuk mendapat kepastian. Alhamdulillah, urusan persiapan persekolahan anak itu dah settle.

Lalu malam ini aku panjangkan ziarah terus ke rumah ibubapanya. Nak dengar apa cerita sampai baju sekolah anak pun tidak mampu beli ni.

Sebaik sampai, rumah ini bergelap. Hanya diterangi cahaya lilin dan juga lampu yang pasang kat bateri motor sahaja.

Tingkap sentiasa dibuka. Maklumlah, cuaca panas, kipas tak berfungsi.

Rupanya dah dua bulan mereka tinggal bergelap. Api dan air dipotong kerana tak mampu bayar setelah suami sakit berat. Isteri tak boleh lagi menjual nasi lemak dan kuih seperti biasa.

IKLAN

Sebelum ini, mereka asnaf penerima zakat. Sewa rumah mereka sebahagiannya pusat zakat yang bayarkan.

Masalah Bertimpa-timpa.. Dapat Notis Tak Terima Bantuan Zakat..

Namun pada November tahun lepas, satu notis dari pihak zakat sampai. Mengatakan mereka terkeluar dari list asnaf dan golongan miskin dan pusat zakat akan menghentikan semua bantuan.

Pada masa yang sama juga mereka dilanda masalah lain yang tak perlu aku cerita secara open. Suami pula sakit, buat kerja 2-3 hari, terlantar atas katil 2-3 bulan. Terpaksa guna kerusi roda dan perlu penjagaan rapi.

Siapa yang nak terima kerja jika pekerja hanya boleh kerja 2-3 hari kemudian cuti 2-3 bulan ni?
Masalah bertimpa-timpa. Rumah sewa pula tuan rumah hanya bagi kebenaran tinggal sampai hujung bulan ini sahaja.

Lagi panjang mereka termenung. Rumah nak kena keluar, api air kena potong, duit income tak ada, anak-anak sekolah 3 orang, ada pula masalah lain yang menghimpit.

IKLAN

Last check up, stress si ayah sangat tinggi hingga doktor bekalkan ubat depresi. Siapa yang tak stress jika sebegini besar bebanan yang menimpa?

Alhamdulillah, Dana Kita settlekan api air agar kembali mereka dapat menikmati elektrik dan air. Dengan tuan rumah pun aku akan deal untuk beri lebih tempoh mereka tinggal dan bayar secara ansuran.

Motivasi Kembali Berniaga.. Itulah Satu-satunya Jalan Penyelesaian

Aku akan cuba panjangkan semula kes mereka kat pusat zakat untuk pertimbangan semula. Moga-moga ada rezeki dari zakat kita untuk keluarga ini.

Dan mereka nampak sangat bermotivasi untuk kembali berniaga. Hanya itu satu-satunya jalan penyelesaian setakat ini.

Si ibu kena kembali buka meja jual nasi lemak, jual kuih dan si ayah akan bantu dengan bakar sate. Semua peralatan untuk berniaga mereka dah ada.

IKLAN

Tinggal untuk mulakan sahaja semula.

Sebelum ini mereka buntu tidak tahu dimana hendak bermula. Kini Dana Kita bantu untuk mereka bermula semula.

Kita rasa kita susah. Namun sebenarnya diluar sana lebih ramai orang yang lebih susah dari kita.

Berhenti merungut, bangkit dan ubah nasib diri dan ekonomi keluarga. Dan sebaik kita stabil dan lega, jangan sesekali lupa golongan yang masih berjuang demi sesuap makanan.
Tidak banyak tapi sentiasa. Dan tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Anda yang mahu membantu Cikgu Mohd Fadli membantu keluarga ini, boleh salurkan ke :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Baca sini : Jangan main-main dengan botol tupperware isteri, kalau tertinggal boleh hilang nyawa

Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI