Setelah berpuluh tahun bekerja, sudah tentu mak, ayah ingin merasa wang pencen yang selama ini dinanti-nantikan. Rata-rata antara kita tidak lama lagi akan bersara, sudah tentu sedari awal mengatur perancangan untuk membina rumah baru atau renovasi rumah sedia ada.
Lazimnya begitulah, pencen sahaja pasti buat rumah atau renovate. Bukan calang-calang kebiasaannya, maklumlah duit pencen banyak. Tetapi sedarlah wahai pesara dan bakal pesara, wang tersebut seharusnya digunakan sebaik mungkin.
Ads
Wang Pencen
Tidak dinafikan wang pencen adalah hak anda, tetapi janganlah keterlaluan dalam berbelanja. Sebaiknya lakukan perancangan agar hidup anda terjamin hingga ke akhir usia.
Tahukah anda? Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal pesara atau pesara adalah, mengeluarkan perbelanjaan yang ‘sangat tinggi’ untuk renovate rumah menggunakan ganjaran persaraan yang diterima. Ada yang sanggup tukarkan rumah setingkat kepada dua tingkat. Kos pula mencecah ratusan ribu ringgit. Apabila ditanya, kenapa Encik atau Puan sanggup belanja untuk renovate rumah sebegitu banyak kosnya? Biasanya akan dijawab, nak bagi anak cucu selesa apabila datang. Dan diharap akan kerap lah anak cucu balik ke rumah kami ni.
Ads
Tetapi Realitinya????
Anda telah bekerja berpuluh puluh tahun lamanya, akhirnya diberikan ganjaran atas segala titik peluh anda, sebaiknya jangan la belanjakannya untuk sesuatu yang kurang tinggi keperluannya.
Cukup sekadar ‘refurbish’ atau make up rumah anda seperti cat baru atau tukar peralatan yang rosak atau lama. Tidak perlulah sampai major renovation. Duit tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih berkeutamaan di masa akan datang.
Walaupun itu duit dan hak anda, namun perancangan yang strategik perlu dibuat.
Renung-renungkan …. dan selamat beramal! Admin Ohsem
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pesara dan bakal pesara. Wang pencen yang anda terima hasil titik, peluh anda sendiri seharusnya digunakan sebaiknya terutamanya untuk perbelanjaan harian dan juga kesihatan, maklum sahaja usia makin meningkat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedar tidak sedar sebenarnya ramai wanita yang melakukan kesalahan ketika pilih seluar dalam. Mereka lebih tertarik dengan rekaan, warna dan perincian pakaian dalam berbanding fungsi serta kualiti.
Kesilapan ini membuatkan bahagian punggung dan ‘aset’ berharga tidak dipelihara dan dilindungi dengan baik. Kami kongsikan tip untuk memilih seluar dalam yang tepat.
1. Menutupi Bahagian Punggung
Agar tubuh kelihatan kemas dan ‘terletak’, pilih seluar dalam yang mempunyai rekaan selesa dan dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Untuk mengetahui seluar dalam itu sesuai, sarungkan ia dan tarik ke posisi yang selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Jangan biarkan pita di bahagian pinggang dan perut berlipat.
2. Saiz Yang Betul
Pilih saiz seluar dalam yang tepat bersesuaian dengan bentuk tubuh anda serta keperluan. Jika bahagian pinggan seluar dalam bergulung, itu tandanya anda salah memilih saiz. Pinggang seluar dalam mestilah selesa dan tidak berlipat. Selain saiz yang tepat, anda juga mesti bijak membuat pilihan rekaan yang tepat untuk keperluan tubuh anda.
3. Material
Untuk mendapatkan keselesaan, anda perlu memilih material seluar dalam yang tepat. Terdapat beberapa kategori fabrik, antaranya kain kapas, lycra spandex dan nilon spandex. Setiap material ini mempunyai kelebihan tersendiri. Fabrik kain kapas menyerap peluh dan memberi keselesaan. Manakala jenis spandex pula memberi kebebasan dan regangan yang membantu kemasan tubuh.
4. Ganti Pakaian Dalam Ikut Keperluan
Seperti baju, seluar dalam juga perlu diganti mengikut keperluan. Jika seluar dalam sudah lusuh, jangan kedekut untuk membeli baru.Pastikan seluar dapat dalam keadaan baik dan dapat melindungi bahagian intim anda dengan sempurna. Jika anda hamil, beli seluar dalam khas agar lebih selesa.
5. Penjagaan
Sebaik-baiknya seluar dalam perlu dicuci menggunakan pencuci khas untuk pakaian dalam. Untuk menjaga bentuk, rekaan dan ketahanan seluar dalam, anda disaran mencuci produk dengan cucian tangan. Penggunaan mesin basuh menyebabkan rekaan dan bentuk seluar dalam rosak. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan membuatkan seluar dalam cepat lusuh dan hilang elastik.
6. Rekaan Tepat
Jika anda mahu tampak seksi, pilih rekaan yang mempunyai perincian seperti renda. Bagi anda yang inginkan pelindungan sempurna dan mempunyai gaya hidup aktif, pilih seluar dalam yang dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Golongan yang gemar memakai seluar tetapi tidak mahu garis seluar dalam kelihatan, pilih rekaan berbentuk maxi atau seperti seluar pendek.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah buat penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, yang telah berkongsi nama anak sulungnya Bintang Aiko bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.
Tuju dan Loca B pada Oktober lalu mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.
Bintang Aiko, Loca B Berpantang Di Rumah
Perkhabaran itu dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
“Nama anak saya Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” kongsi Tuju.
Keputusan Ujian Calitan Negatif
Difahamkan ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.
“Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.
Sebelum masuk sekolah sesi baru, mak ayah dah tentu akan ke kedai buku sekolah untuk membeli keperluan buku latihan, buku kerja dan sebagainya yang digunakan sepanjang persekolahan.
Masa inilah, segala senarai buku latihan, buku kerja berserta harga dikeluarkan mengikut tahun pembelajaran. Mak ayah perlu beli di kedai buku sekolah mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Mungkin ada mak ayah yang tak tahu senarai wajib dan senarai tambahan perlu dibeli di kedai buku sekolah. Sampaikan semunya dibeli, sedangkan tidak semua diguna pakai dalam kelas.
Inilah yang membuatkan mak ayah ada merungut perihal perkara ini. Apa yang jadi isu, senarai harga buku tidak sama di setiap sekolah, ada yang perlu bayar mahal dan sebaliknya.
Pandangan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini ada benarnya. Janganlah kedai buku sekolah ‘hisap darah’ dengan menetapkan harga yang mahal dan ada juga senarai yang dirasakan tidak perlu semata-mata untuk kaut untung.
Kedai Buku Sekolah Jangan Kaut Untung, Beli Ikut Keperluan
Kedai buku sekolah rendah ‘hisap darah’ murid-murid dan parent. Ketahui hak anda!
1. Beza senarai harga buku dan alatan yang perlu dibeli. Senarai pertama dan kedua, dua-dua untuk Tahun 3. Dan banyak dimasukkan dalam list barang yang tak perlu pun.
2. Contohnya buku aktiviti untuk BM, Matematik, Sains, PSV dan Muzik. Buku-buku aktiviti tambahan ni kebanyakannya tak guna pun.
3. Kenapa tak guna? Kerana KPM dah sediakan buku-buku aktiviti untuk BM, Maths, Sains, Bahasa Arab tu. English je tak ada sediakan sebab buku teks murid guna Supermind, buku yang diimport dari luar negara yang dipercayai lebih mudah murid kuasai English.
4. Jadi, tiada buku aktiviti disertakan untuk English. Kita faham bila sekolah ambil pendekatan beli buku aktiviti tambahan untuk English. Tapi kenapa buku subjek lain pun ada buku aktiviti tambahan?
5. Buku aktiviti yang KPM sediakan sudah cukup untuk aktiviti murid sepanjang tahun. Tak perlu buku tambahan pun.
6. Sebenarnya banyak kedai buku sekolah rendah masukkan alat tulis dan buku-buku yang tiada keperluan pun di sekolah. Tapi mereka nak lariskan jualan. Dah la jual harga mahal dari kedai luar atau belian online.
7. Kedai buku sekolah rendah ni biasanya milik syarikat buku. Untung semua ke syarikat buku, bukan dapat ke sekolah pun. Mereka seboleh mungkin kaut keuntungan berganda musim nak buka sekolah ni.
8. Sepatutnya, kena ada harga kawalan dan kerajaan tetapkan harga siling agar kedai buku tak boleh ‘hisap darah’ parent dan murid dengan letak harga lebih mahal dari kedai kat luar. Mereka berada dalam premis kerajaan dan ada ready customer. Kenapa tak boleh kawal mereka?
9. Banyak kedai buku yang jual barang berbentuk mainan dan tidak ada kaitan dengan pendidikan untuk melariskan jualan mereka. Nak kutip untung berganda. Maklumlah budak-budak, tengok barang cantik sikit habis duit dibelanja kat kedai buku.
10. Banyak juga kedai buku dah buat set lengkap dah untuk setiap tahun. Dimasukkan siap-siap dalam plastik ini Tahun 1, ini Tahun 2 dan seterusnya tanpa parent boleh beli secara ‘loose’. Jadi parent terpaksa beli barang yang sama walau ada yang belum guna dari tahun lepas. Salah ni. Mana boleh paksa parent beli set yang mereka tetapkan.
11. Mak ayah boleh komplen pada Pk Hem dan GB jika perkara ini berlalu. Paksaan beli buku-buku tak perlu dan alat tulis yang harga lebih mahal dari kedai kat luar atau online ni banyak berlaku di sekolah-sekolah rendah terutama. Buat report dan jangan beli ikut saranan kedai buku, beli ikut keperluan kita sahaja. Alat tulis saya syorkan beli kat luar okeh.
12. Lihat list ke tiga dan ke empat, tu senarai buku yang sekolah di Kelantan dan Terengganu listkan. Jumlah buku yang perlu dibeli baru RM20 di Kelantan dan RM24 di Terengganu. Dua list awal sampai beratus-ratus weh. Jauh beza bila bandingkan sekolah yang telus bagitahu buku apa yang perlu berbanding list yang kedai buku keluarkan untuk memaksimakan keuntungan mereka.
13. Boleh juga bangkitkan isu kedai buku yang ‘hisap darah’ dan ambil kesempatan ini dalam Mesyuarat Agong PIBG dan dapatkan jawapan dari GB dan YDP. Usul dan pertanyaan dalam Mesyuarat Agong PIBG diminitkan tau. Benda diminitkan senang nak panjangkan ke PPD, JPN or KPM jika masih tak puas hati.
Semoga membantu ibubapa membuat persiapan sekolah anak-anak dengan lebih efisien dan tidak membazir.
Setiap sen adalah berharga untuk dijimatkan. Jangan jadi mangsa kerakusan syarikat kedai buku ya!
.
.
.
Mingguan Wanita : Sepatutnya harga kat kedai buku kenalah lagi murah sebab dah tentulah mak ayah akan beli kat kedai buku sekolah. Kecuali kalau dah habis stok boleh cadangkan mana-mana kedai buku luar sekolah.