Sudahlah Tengking Isteri Dalam Pasaraya, Tinggalkan Kaunter Tak Bagi Duit Belanja

Kasihan isteri ini, ditengking suaminya dalam pasaraya, semata isteri minta suami pegangkan bayi mereka. Sudahlah dimarahi suami, depan kaunter bayaran, suami tadi tinggalkan isteri macam tu saja tanpa tinggalkan duit belanja.

Ego melangit sungguh suami sebegini. Asyik fikir mudah diri sendiri saja. Tak fikir macam mana perasaan isteri yang lemah emosi waktu macam itu.

Moralnya, cerita benar pergeseran rumah tangga yang jadi dalam sebuah pasaraya ini membuktikan ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin dan tak sanggup tengok seorang isteri anak kecil berderet dianiaya laki sendiri.

Pengalaman yang dilalui Khairul Hakimin Muhammad ini perlu dijadikan ikhtibar untuk para suami. Jangan sampai orang luar pulak yang beri nafkah belanja dekat anak isteri anda tu nanti. Jadi, wahai suami.. bab nafkah duit belanja isteri ini.. janganlah buat-buat tak reti.

Menangis Isteri Depan Kaunter Bayaran, Suami Tak Tinggal Duit Belanja

Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”

Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.

Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju. Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.

Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,
Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”
Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”

Diamlah, mulut tu belajar diam.”

IKLAN

Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”

Semua diam.

Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.

Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung. Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.

Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.

IKLAN

Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”

Ramai-ramai Keluar Pasaraya, Hantar Isteri Ke Kereta Suami..

Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.

Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.

Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.

Sudahlah Tengking Isteri Dalam Pasaraya, Tinggalkan Kaunter Tak Bagi Duit Belanja
.

Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.

IKLAN

Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.

Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.

Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.

Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,
Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”

Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.
Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.

Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.
Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.
Begitulah.

Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad, Belajar.

Baca sini : Selepas dengar pengumuman anak hilang di pasaraya, isteri jatuh talak tiga

MW : Jangan buat main-main dengan doa isteri teraniaya.. selalunya Allah dengar. Moga dapat dijadikan ikhtibar untuk yang lain.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI