Jangan Beli FACEMASK Tak Sesuai, Pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya

Musim wabak penyakit yang bermacam-macam sekarang ini, baik influenza mahupun novel coronavirus, disarankan sesiapa pun ambil langkah berjaga-jaga. Antaranya pakai facemask apabila terdedah di khalayak ramai.

Dalam nak mendapatkan mask atau topeng muka yang sesuai, masih ada lagi yang tidak memilih topeng muka yang sesuai untuk pencegahan penyakit. Ianya lebih pada aksesori untuk bergaya. Jadi, pastikan beli yang betul ya.

Sebagaimana yang dikongsikan Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani ini panduan memilih dan memakai facemask yang betul.

 

 

Cara Pemaikaian Facemask Yang Betul, Ikut KKM

– Penutup hidung dan mulut tiga lapis kebiasaannya berwarna BIRU atau HIJAU.
– Ia mampu memberi perlindungan daripada partikel dalam udara yang menyebabkan kemudaratan.
– Penggunaan penutup mulut dan hidung (tiga lapis) :
Berwarna = LUAR
Putih = DALAM

Caranya,
1. Tutup keseluruhan mulut dan hidung
2. Ikat tali atas mengelilingi kepala di atas paras telinga. Kemudian, ikat tali kedua di bawah paras telinga.
3. Gunakan kedua-dua belah tangan, bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

IKLAN

Hindari,
1. Elakkan memegang penutup mulut dan hidung semasa digunakan.
2. Gantikan penutup mulut dan hidung sekiranya sudah lembab.
3. Jangan gunakan semula penutup mulut dan hidung yang telah dipakai.

Cara pemakaian surgical / facemask yang betul. Rujukan daripada @kementeriankesihatanmalaysia . Mohon jangan nak beli mask-mask lain yang tidak sesuai pemakaiannya untuk situasi sekarang. Kita nak elak penyakit, bukan nak bergaya.

Apa-apa pun, jagalah kebersihan diri dan persekitaran. Beli hand sanitizer juga. Selalu cuci tangan tu. Itu lagi penting. Take care semua.

 

IKLAN

Jangan Beli FACEMASK Tak Sesuai, Pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya

p/s : Slaid atas ni bukan dari KKM. Mohon jangan pembaris.

Doakan Petugas Kesihatan Yang Berdepan Situasi Coronavirus

Dalam pada itu, Dr Mohd Izzar turut memohon orang ramai mendoakan petugas kesihatan yang berdepan situasi coronavirus secara langsung.

Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia khususnya warga petugas kesihatan yang bertungkus-lumus dalam menangani situasi Coronavirus baharu ni. Aminn. Terima kasih guys.”

IKLAN

 

Jangan Beli FACEMASK Tak Sesuai, Pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya

 

Ikut panduan daripada @kementeriankesihatanmalaysia
dan tolong jangan sebarkan berita-berita palsu yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pada 12 Januari 2020, WHO telah mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, China ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu (novel coronavirus). Coronavirus baharu (novel coronavirus) adalah mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia. Cara jangkitan dan cara penularan novel coronavirus ini adalah masih dalam siasatan.

Tolong tengok movie ‘Contagion’. U guys akan faham macam mana penyakit baharu itu disiasat dan dibendung. Tapi tu movie tau. Dramatik sikit.

Sumber/Foto : Dr. Izzar Anwari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI