Arwah Mui Mahmud sahabat terlalu baik, rakan kongsi peribadi peserta Ironman & pengasas Kiddocare lemas.
Pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.
Allahyarham Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, sebelum ini dilaporkan terpaksa ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), susulan lemas dalam kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia, pada hari sebelumnya.
Arwah Mui Mahmud Sahabat Terlalu Baik
Arwah yang merupakan anak kepada pakar perubatan, Dato Dr Mahmud Mohd Nor dan Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, insya Allah selepas Zuhur nanti.
Dalam pada itu, keperibadian yang baik, sahabat yang terlalu baik, sentiasa menceriakan suasana adalah ungkapan-ungkapan yang diberikan oleh para sahabat arwah di facebook.
Sangat terkejut mendapat berita tentang pemergian seorang sahabat yang sangat baik dan kami sayangi. Sahabat yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa menceriakan suasana. Sahabat yang selalu call dan text bertanya khabar dan bertukar cerita.
Ucapan Al-Fatihah dan takziah turut diungkapkan oleh Dato Nurul Hidayah Zahid yang memaklumkan arwah tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya setiap kali hari lahirnya tiba.
Tulis Nurul, Innalillahiwainailaihirajiun.
See u when I see u Mui.
Ads
I lost one good friend who never fail to wish me Happy Birthday every year and my birthday is just in 2 weeks! Kan we promised to makan2 to celebrate 45 years of our ‘HOT’ achievements
Allah lebih sayang kan u Mui. Semoga u rehat dengan tenang di taman-taman Syurga, our beloved Mui. Al Fatihah – Muhaini Mahmud @muimahmud.
Sebelum kejadian menyedihkan ini, Dato Nurul Zahid turut meminta doa dari orang ramai agar mendoakan kesejahteraan rakannya ini.
Assalammualaikum semua.
Dengan rendah hati saya mohon tolong doakan kesembuhan sahabat saya Muhaini Mahmud @muimahmud yang sedang kritikal di Hospital Langkawi kerana kemalangan (lemas) semasa pertandingan Ironman di Langkawi hari ini.
Ads
Kondisi Mui sangat kritikal dan dia terpaksa ditidurkan. Mohon bantuan doakan Mui.
Sahabat yang sentiasa dekat dihati saya walaupun jarang kami berjumpa dan hanya bertanya khabar melalui WhatApp dan DM. Mui adalah salah seorang sahabat yg sering memberi semangat dan menggalakkan sy menceburi dunia politik secara serius.
She’s such a fighter too. I hope she will fight throughout this test. Wake up Mui! Wake up!!!
Dalam pada itu, dilaporkan seorang lagi peserta Ironman Langkawi iaitu Muhammad Rabani Hashim juga didapati tidak sedarkan diri semasa menyertai kejohanan ini.
Peserta Ironman, Muhammad Rabani Hashim sedang bertarung nyawa dalam kejohanan triathlon Ironman Langkawi 2023
Berita ini dikongsikan oleh fb Bahagian Insfrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.
“Mohon doa dan sokongan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu ditujukan khas kepada seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu, Unit Pembangunan Bakat iaitu Encik Muhammad Rabani Bin Hashim yang kini masih lagi tidak sedarkan diri dan telah ditempatkan di Hospital Langkawi.
Ads
Encik Muhammad Rabani merupakan wakil Terengganu menyertai Ironman Malaysia, Langkawi 2023 yang berlangsung semalam 7 Oktober 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.
Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saf terputus kerana malas beranjak, pendakwah nasihat jemaah wanita sebaiknya solat di rumah. Di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini, ada masjid yang menganjurkan solat sunat terawih 8 rakaat dan ada pula mencukupkan 20 rakaat.
Bila ada jemaah yang memilih membuat lapan rakaat atas sebab-sebab tersendiri, jemaah yang awalnya rapat-rapat akan mula longgar kerana ada yang memilih membuat 20 rakaat. Terputusnya saf bermula apabila ada jemaah yang suka duduk setempat kerana sudah selesa selain berasa malas beranjak memenuhkan ruang depan hingga terjadinya isu saf terputus seperti gambar dikongsikan.
Saf terputus kerana malas beranjak
Isu ini mendapat perhatian dari pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi uang menasihati wanita sebaiknya bersolat di rumah jika punyai karenah sebegini.
Menurut pendakwah bebas ini,dirinya kerap kali diadukan perihal karenah wanita dalam masjid dan surau oleh jemaah wanita sendiri. Antaranya isu merapatkan saf.
Pendakwah Nasihat Jemaah Wanita Sebaiknya Solat Di Rumah
Memberikan jawapan mudah, jelas Ustaz Shahrizan, jika inilah keadaannya atau punyai karenah sebegini, maka kerana itulah wanita tidak digalakkan ke masjid dan surau dan sebaiknya solat di rumah.
Sabda Rasulullah saw :
لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم” متفق عليه.
Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah di antara kamu ( Muttafaqun Alaih).
Dirinya turut berkongsi hadith sahih diriwayatkan oleh Muslim bahawa para malaikat meluruskan saf ketika bertemu Ya Rabb.
ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف” رواه مسلم وغيره
Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf. ( HR Muslim).
Jika malas beranjak atau selesa di tempat masing-masing, jawapannya adalah sebaiknya solat di rumah sahaja. Lagi mudah.Kredit :- FB Shahrizan Daud At Turabi.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang tidak dapat dinafikan penghidap penyakit ekzema memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat. Ada yang mendapat penyakit ini berpunca daripada penyakit keturunan yang dihidapi oleh mak ayah. Perbuatan menyalahkan mak ayah sendiri sehingga sanggup membunuh mereka kerana penyakit ini adalah amat tidak wajar.
Hidap Ekzema Sejak Kecil
Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya sejak kecil.
Dalam nota yang ditinggalkannya, CNN melaporkan Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.
“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak. Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,”tulis Ching-yu dalam sebuah blog.
Anggap Lebih Baik Mati
Ching-yu juga tidak sanggup melihat dirinya dalam cermin seterusnya menganggap lebih baik mati daripada hidup dengan penyakit itu. Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan pelbagai kesan tikaman.
“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.
“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu,” kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post.
Mohon tiada lagi kes begini berlaku, apabila anak-anak menyalahkan mak ayah masing-masing apabila menghidap penyakit keturunan. Perlu ingat, tiada seorang mak ayah pun yang inginkan anaknya sakit, malah sentiasa mengharapkan anaknya sentiasa sihat walafiat, cergas dan membesar dengan baik.
Walau diuji bermacam kontraversi baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja dakwah dan membantu masyarakat setempat. Semalam, Ustaz berkongsi kisah seorang pakcik usia 75 tahun yang dah dua bulan tidur dalam kereta.
Kereta pula diletakkan di bawah jejantas. Boleh bayangkan kan macam mana sukarnya keadaan pakcik. Pakcik hidup sendirian dengan ditemani kucing-kucing yang setia berada di sisinya.
Simpati dengan kehidupan pakcik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pakcik selama ini. Dapatlah pakcik meraikan Hari Raya Aidil Adha ini dengan lebih selesa dan tak perlu lagi susah hati.
Pakcik 75 Tahun Tidur Dalam Kereta
Dan ini perkongsian Ustaz Ebit Lew,
Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.
Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.
Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil.
Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik.
Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.
Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Mingguan Wanita : Kadangkala ujian setiap orang itu tidak sama. Jika saling memahami dan ada rasa empati, tentunya lebih mudah untuk meniti ujian hidup yang amat mencabar ini.