Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Besar sungguh ujian yang menimpa wanita ni, namun kalimah allah tak putus dibibirnya.Meskipun hanya mampu terlantar di katil dengan seluruh kulit tubuh menggelupas dan mengeluarkan cecair serta nanah, bibir Murlinda Mohd Zin, 45, terus menyebut nama Allah SWT sambil menahan kesakitan.

Hidap Penyakit ‘Misteri’

Seluruh tubuh dari kepala hingga ke kaki Murlinda seakan-akan melecur, malah kulitnya akan terkelupas jika kering atau berlaku sebarang pergerakan termasuk terkena pakaian.

Ibunya, Zainab Safiain, 68, berkata Murlinda menghidap penyakit dianggap ‘misteri’ itu sejak hampir dua tahun lalu tetapi keadaannya semakin merosot kebelakangan ini walaupun pelbagai ikhtiar perubatan moden dan tradisional sudah dilakukan.

Pada peringkat awal penyakit dialami anak ketiga daripada tujuh beradik itu, beliau berkata, beberapa gelembung disedari timbul di kedua-dua belah paha Murlinda sebelum pecah dan mengeluarkan cecair.

“Ia kemudian merebak ke beberapa anggota badan lain menyebabkan kami membawa Murlinda ke klinik dan doktor pakar kulit memberitahu bahawa anak saya mengalami ekzema. Disebabkan penyakit itu tidak sembuh, kami membawanya ke klinik lain tetapi tetap tiada perubahan.

“Kami juga merujuknya dengan beberapa pengamal perubatan Islam dan dikatakan ia ada unsur mistik,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Belukar, Kedai Piah, di sini, hari ini.

Hanya Mampu Terlantar, Derita Hidap Penyakit ‘Misteri’ Seluruh Kulit Mengelupas Keluar Nanah

Rutin Harian Uruskan Murlinda

Zainab berkata, rutin harian beliau kini hanya menguruskan Murlinda dengan sentiasa mengelap seluruh tubuh anaknya itu bagi mengelak kulit menjadi kering dan merekah.

Beliau berkata, Murlinda tidak dipakaikan lampin pakai buang kerana dikhuatiri akan menyebabkannya kesakitan jika kulit terkopek atau terlekat, justeru alas plastik digunakan untuk keperluan terbabit.

“Saya akan menyembur air ke seluruh tubuhnya jika dilihat kering sebelum menampal tisu basah dan kering di bahagian yang mengeluarkan cecair.

“Murlinda juga tidak dapat tidur kerana sering mengerang kesakitan. Sebagai ibu, luluh hati saya melihat penderitaan yang dialaminya.

“Banyak kali Murlinda memberitahu saya agar menyediakan kain kafan kerana ‘sudah ada yang menunggunya’ untuk ke sesuatu tempat. Kata-kata itu sangat merisaukan kami sekeluarga,” katanya.

Hanya Mampu Terlantar, Derita Hidap Penyakit ‘Misteri’ Seluruh Kulit Mengelupas Keluar Nanah

Terdahulu, Murlinda diziarahi badan bukan kerajaan (NGO), Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed yang turut menyerahkan sumbangan zakat.

Che Norhayati berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan katil khas dan beberapa keperluan lain untuk kegunaan Murlinda, termasuk susu khas dan tisu basah.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi keluarga itu melalui talian 013-9606466.

Mesti Baca:Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Mohon Doakan BILAL, Penyakit Pada Tahap Akhir
Baca Lagi Di Sini:Suami Hidap Penyakit Misteri. “Selesa Tidur Dalam Kereta, Panas Bila Naik Rumah.”

Mingguan: Besar sungguh ujian yang diberikan buat wanita ini. Semoga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber:Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI