“Bila mak 62 tahun lebih teror main roller skate dari kau”, ramai kagum makcik memang hebat. Tidak ramai mak-mak kita yang mahu menikmati usia tua mereka melakukan hobi yang pernah mereka lakukan ketika muda dahulu.

Alasan mak-mak, cukuplah pernah merasainya suatu ketika dahulu atau barangkali segan dengan persekitaran sekeliling. Mereka merasakan tidak sesuai terutama kepada faktor usia.

Bagaimana pun satu perkongsian seorang anak, Hanan Abdul Rahman yang juga pengacara tv Al-Hijrah kebolehan emaknya, Hanim Mohamed Alias, bermain roller skate pada usianya 62 tahun membuatkan ramai kagum pada emaknya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Sanggup Bangun 4 Pagi! Siapkan Bekal Permintaan Anak, Inilah Pengorbanan Mak-Mak Demi Orang Yang Disayangi

IKLAN

Hebat Dan Berjayanya Anak Sebab BERKAT DOA Mak Ayah, Hargai Mereka

@hananrahman86 Aku tercabar 😩 #fyp #ForYourPage #shouldbeme #TrendingMalaysia #MalaysiaTiktok ♬ SWIPE – ALYPH

 Dapat dilihat emaknya bebas meluncur dengan roller skatenya dan masa yang sama pakaian dikenakan sangat menutup aurat. Kelihatan emaknya enjoy melakukan aktiviti berkenaan yang diketahui banyak dilakukan golongan remaja dan orang muda kerana ia memerlukan keseimbangan untuk mengawal pergerakan tubuh agar tidak terjatuh.

IKLAN

Mungkin sekadar berlucu, Hanan memaklumkan dia tidak sehebat itu dan siap membuat muka lucu dan terpegun saat melihat emaknya bebas meluncur di gelanggang roller skate berkenaan.

Perkongsiannya mendapat respon positif di mana kata mereka golongan wanita sekitar tahun 80-an memang top dengan permainan ini. Tambah Hanan, emaknya sering memasuki pertandingan Roller Skate di Teluk Intan suatu masa dahulu. Bahkan antara lokasi bermain roller skate di Teluk Intan ialah di Coliseum.

IKLAN

Bermain roller skate ini barangkali boleh menjadi satu aktiviti menarik bagi mak-mak untuk mengeluarkan peluh dan hidup sihat di usia mereka. Jadi tidaklah hanya berkebun sekitar rumah atau bersama kawan-kawan ke masjid kerana masih banyak aktiviti sesuai dan sihat boleh dilakukan pada usia 60 ke atas. Bahkan kesanggupan anak membawa mak secara tak langsung turut mengeratkan bonding antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI