Sanggup bangun 4 pagi! Siapkan bekal permintaan anak, inilah pengorbanan mak-mak demi orang yang disayangi. Percayalah, mak-mak sanggup lakukan apa saja demi anak dan keluarga.
Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.
Seperti golongan ibu yang lain, pelakon yang juga ibu kepada enam cahaya mata, Ozlynn Wati sanggup bangun pagi demi siapkan bekalan anak-anak untuk dibawa ke sekolah.
Sanggup Bangun 4 Pagi! Siapkan Bekal Permintaan Anak
Ozlynn dan suami sering berkongsi kisah keluarganya di akaun Instagram. Ternyata perkongsian mereka tentang anak-anak dari segi mendidik dan hubungan terbaik dengan anak-anak menjadi perhatian warganet.
Walaupun pasangan ini sibuk dengan jadual seni mereka yang padat namun mereka tetap mengekalkan keakraban dalam perhubungan.
Perkongsian tentang permintaan anaknya untuk membawa bekal Nasi Lemak Lauk Sambal Udang menjadi perhatian. Sememangnya inilah rutin mak-mak yang akan memenuhi keinginan dan permintaan anak-anak.
Walaupun terpaksa bangun awal pagi namun itu bukanlah sesuatu yang sukar dan segalanya akan dipenuhi demi orang yang tersayang.
“Bila anak kau mintak bekal nasi lemak sambal udang pepagi.. 4am mak kau bgn nak.. Sebab 5.40am kena keluar pegi mencari rezeki.. ni la pengorbanan setiap ibu-ibu.
“Tak kisah la mak yg berkerjaya ataupun surirumahtangga.
Ads
“Jangan pandang remeh tanggungjawab seorang ibu.. baru tahu macam mana penatnya arwah mak dulu sediakan makan kami 8 beradik.
“Patut la mak setiap kali sblm g umah sedara atau memane la mesti sumbat ktorg makan dulu.. supaya ktorg behave kt umah org dan sentiasa bersyukur dgn setiap rezeki yg ada dpn mata..
“Sekalipun biskut kosong celup air suam.. tak lupa juga buat anak-anak yang ambil bahagian menjaga kedua org tua, ataupun yg mengambil alih tanggungjwp mak ayah yg telah tiada dan menjaga adik bradik.. termasuk juga single mom or single dad!!
“Semoga Allah melindungi kita semua dan diberikan kesihatan yg baik buat kita semua supaya kita dpt berkhidmat utk org yg dikasihi. Amin,”kongsi Ozlynn.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Shima Anuar mengesahkan dia dijangkiti virus Covid-19. Dia yang mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu menerangkan keputusan ujian calitan yang dilakukan kelmarin, mengesahkan dia dijangkiti virus berkenaan.
Malah pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, cukup risau tatkala memikirkan anak-anak yang sudah dihantar menjalani ujian calitan, pagi semalam.
Sesak Nafas, Sakit Kepala Shima Anuar Sangka Perut Kosong & Masuk Angin
Shima yang sepatutnya kembali ke lokasi penggambaran bagi projek filem Albab Ding Ding mengaku terkejut dengan keputusan diterima.
Keputusan ujian calitan.
“Saya tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19. Cuma, sejak Jumaat lalu, saya mula sesak nafas dan sakit kepala.
“Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.
“Namun, saya buat keputusan melakukan ujian calitan sebagai sebagai langkah berjaga-jaga menyedari virus ini ada di mana-mana,” tulisnya menerima hantaran di akaun Instagramnya.
Suami Negatif Dari Virus
Kongsi Shima lagi, suaminya juga turut membuat ujian calitan dan keputusannya negatif.
“Suami juga melakukan ujian calitan selepas saya mendapat keputusan. Namun, suami saya disahkan bebas daripada virus berkenaan, pagi semalam.
“Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian calitan pagi semalam.
“Saya berdoa anak-anak tidak dijangkiti. Saya tidak boleh bayangkan keadaan mereka jika sebaliknya,” kongsinya lagi.
Asingkan Diri Dari Bilik
Shima juga berharap individu yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak minggu lalu agar dapat melakukan ujian saringan COVID-19.
“Saya sedang menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan. Sejak semalam, saya mengasingkan diri di bilik bawah dan tidak keluar.
“Saya tidak mahu memberi risiko kepada orang lain,” tegasnya.
Selepas hampir setahun tak mendapat kehidupan yang menyenangkan, wanita ini mula membaca amalan surah Al Muawwizat yang diajar oleh seorang ustaz. Amalan ini melindungi dirinya daripada perkara-perkara mistik yang menghantui dirinya.
Inilah perkongsian daripada Linda Sein yang boleh diguna pakai untuk semua. Sebabnya memang agak menyeramkan apabila hal-hal mistik sebegini jadi kat diri sendiri.
Ikhtiar Rawat Diri Dengan Surah Al Muawwizat
Dah hampir setahun otak rasa gelong.
Online kejap jer terus rasa nak muntah, rasa nak pitam, menguap malah mengantuk macam baru lepas telan sebotoi ubat batuk cap ibu bapak. Eh!
Pi berubat sana cakap lagu tu, pi berubat sini cakap lagu ni. Kesimpulannya, DENGKI. HASAD. IRI HATI.
Hmmm…
Start dari tu, siang malam kita ni ikut apa kata ustaz. Ikhtiar selagi mampu.
Dari malam bawak ke siang. Dari tenggelamnya matahari sampai timbulnya bulan. Tidoq tak cukup. Pejam mata dalam keadaan TAKUT.
Aku main hantam baca memacam ayat, ada sampai tahap baca yassin 2 kali teruih. Ish ish penakot yarabbi aku ni. Yerlah walaupun laki aku pak haji yang kerjanya ulang alik Malaysia – Saudi, tapi aku ni bukan lah alim sangat. Ada sesetengah ayat aku taktau pon maksud sebenaqnya.
Ini Yang Dialami Setiap Malam
Tiap malam.
Jam 2:30pagi-3:30pagi.
Kejap-kejap bunyi guli jatuh depan pintu bilik tidoq, kejap-kejap bunyi tapak kaki anak kecik lari-lari kat dapoq. Kejap-kejap bunyik duit syiling berterabur kat bilik baju. Lantai sejenis Vinyl kayu pulak tu. Kompem la bunyi dia jadi sangat menyeramkan. Cisss! (Dok type ni pon meremang oi) Menduga keimanan aku betoi.
Sampai tahap mata aku yang cantik dan berseri tu dan berubah jadi lebam bak mata si kungfu panda. Geng-geng urat stress pon pakat sepakat membawa berkat mai dok timboi kat kening seropa apa dah aku ni. Aiyo.
Ok.
Maka. Aku pon terus ikhtiar. Dari selatan ke utagha. Dari kolumpoq ke perak, dari perak ke penang. Dari penang ke kedah. Masuk habis Cerok Nun padia aku pon tak besa sampai kampung tu aih.
Ustaz Ajarkan Cara Bina Benteng Pertahanan Diri
Alhamdulillah.
Aku jumpa seorang Ustaz. Mengadu domba. Ustaz tu ajaqkan beberapa amalan.
Maka.. Berbuih la mulut aku dok amalkan al-muawwizat salah satu amalan BENTENG PETAHANAN DIRI yang Ustaz ajaq.
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat 2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa 3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah) 4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas 5.Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil hampa menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 6. Amalkan sekali sebelum tidoq & selepas solat subuh setiap hari.
Alhamdulillah. Berhasil untuk aku. Walaupun syaitan dan jin tak putus asa dok mai jugak kacau aku dan anak-anak, makanya aku pon nekad takmau dah dok jadi lemah dan tetap tak putus asa untuk ikhtiar lagi dan lagi. Yes. Sebab Allah lebih berkuasa. Aku yakin dengan allah.
Selain tu,ada beberapa lagi gangguan aku dapat. Dan banyak amalan yang Ustaz ajaq aku. InsyaAllah nanti sambung cerita lagi.
Baru-baru ini viral di media sosial, apabila gambar produk kacang dan kuaci disebuah pasar raya dikatakan tidak halal.Ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan buat orang ramai berkaitan penularan gambar tersebut.
Usah bimbang, berikut merupakan penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri berkaitan isu ini.
PENJELASAN BERKENAAN ISU TULAR PENANDAAN PRODUK TIDAK HALAL
Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.
Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016:-
Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.
Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.
Semak Sini Untuk Ketahui Status Halal
Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal
Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Semoga segala kekeliruan telah terlerai dan segala persoalan telah terjawab berkaitan isu ini. Mohon jadi lebih bijak, semak dahulu sesuatu berita sebelum sebarkan.
Semoga bermanfaat, sebarkan penjelasan ini agar lebih ramai yang tahu.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...