Azka anak kecil dilindungi malaikat, terperangkap 60 Jam tanpa makan & minum dalam gempa bumi di Ciandur, Jawa Barat. Kala ini negara jiran, Indonesia diuji dengan berita menyedihkan di mana Wilayah Ciandur, Jawa Barat dilanda gempa bumi kuat.
Gempa bumi berukuran 5.6 skala ritcher itu telah mengorbankan 271 orang dan 40 lagi masih diberitakan hilang. Berdasarkan data yang dikumpul setakat 5 petang waktu tempatan semalam, sekurang-kurangnya 2,043 orang cedera dan 61,908 lagi ditempatkan di pusat perlindungan selepas 56,320 rumah rosak.
Di saat ramai menangisi kehilangan orang disayangi dalam gempa yang berlaku bukan sekali bahkan empat kali goncangan ini (termasuk goncangan kecil) kisah seorang budak lelaki yang terselamat menarik perhatian ramai orang.
Ads
Diberitakan, Azka kanak-kanak berusia 5 tahun ini ditemui tersepit dalam runtuhan almari selepas tiga hari gempa berlaku. Bahkan keadaannya sihat sekali pun tidak makan dan minum selama dekat 60 jam selepas gempa berlaku Isnin lalu.
Di sebalik berita gembira penemuan dirinya, menyedihkan ibunya ditemui meninggal dunia bahkan neneknya juga belum ditemui setakat semalam.
Hanya kata-kata “kasihan (anak) ini, dua kata yang terucap dari Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan HAM Mahfud MD saat menjenguk Azka Maulana Malik di RSUD Cianjur, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Rabu.
Ads
Semoga ujian gempa yang berlaku di negara jiran ini kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.
Suami ustazah turut tempelak lelaki dayus benarkan doktor periksa aurat isteri, bagai curah minyak ke api. Isu doktor lelaki yang menyeluk aurat isteri ketika bertarung bersalin yang dibangkitkan oleh seorang Ustazah, Siti Afifah Shabudin dua hari lalu nampaknya semakin panas membara.
Ini kerana selepas isu ini mendapat perhatian ramai isteri dan para suami yang mengatakan “rezeki” seseorang itu tidak sama kerana mereka terpaksa memilih hospital kerajaan kerana tiada pilihan berbanding mereka yang berkemampuan akan memilih hospital swasta untuk menemani isteri ketika bersalin, suami kepada Ustazah Siti Afifah turut menyelar lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyeluk kemaluan isteri saat bersalin itu tiba.
Dengan nada agak meninggi suara dari perkongsian di Tik Tok @scorpion merah, kelihatan Ustaz berkenaan membangkitkan isu ini di mana katanya, para suami mempunyai masa selama sembilan bulan untuk “mengumpul duit” dan boleh memberikan keselesaan buat isteri ketika bersalin.
Dalam video yang tular ini, kata Ustaz ini (namanya tidak dinyatakan) berkata, pagi tadi dia mendengar seorang lelaki meminta isterinya duit RM10,000 kerana ingin membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana mahu menjaga aurat selepas isu ini tular.
Dalam kenyataan di videonya, dirinya seakan menambah api dan menempelak para suami kerana gagal menyediakan wang sebagai persediaan untuk isteri bersalin.
“Hey kamu lelaki, kamu suami. Kamulah bertanggungjawab untuk sediakan wang itu. Ketika kamu bersama-sama isteri di malam pertama, adakah kamu tidak pernah berfikir akan ada anak? soalnya.
“Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki dayus kamu. Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu, sembilan bulan Allah taala beri tempoh kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin. Hanya dikenakan beberapa ringgit sahaja, kamu sanggup serahkan maruah isteri. Murahnya maruah seorang isteri.
“Sepatutnya demi maruah, demi keselesaan, kemudahan, isteri yang berjuang lahirkan anak boleh jadi hidup boleh jadi mati. Sedang berjuang. Kamu sedap-sedap saja. Malam pertama sedap, sembilan bulan itu sedap, makan sedap, hisap rokok sedap tak fikir benda tu membazir. Maruah isteri kamu nak letak di mana. Mana letak maruah isteri kamu nie, soalnya.
Ternyata kata-katanya agak pedas dan mungkin tidak dipersetujui oleh ramai orang. Memang menjaga aurat itu wajib bagi lelaki dan wanita tapi bila menyentuh bab bersalin, anatar perjuangan hidup dan mati, agama meletakkan situasi darurah di sini.
Isu mengenai doktor lelaki menyambut kelahiran pernah diulas oleh Mufti Wilayah yang juga merupakan bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli pada tahun 2018 bila mana ditanya boleh ke doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.
Dari jawapannya, Mufti ini memaklumkan, tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya.
Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:-
قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي – رحمه الله – : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة
Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.Wallahua’lam.
Semoga segala kekeliruan dapat diselesaikan dengan baik. Memberi pandangan memerlukan adab dan jangan sampai mengguris hati orang lain.
Reen sedih kediaman mak ayah nyaris dihempap pokok kelapa, air melimpah. Dek kerana angin kencang, rumah ibu bapa pelakon terkenal Reen Rahim nyaris dihempap pokok kelapa.
Bukan itu saja, atap rumah yang bocor juga menyebabkan rumah tersebut dilimpahi air.
Musim hujan yang mengakibatkan banjir begitu membimbangkan. Kejadian yang ditakuti iaitu hujan yang lebat diiringi ribut berlaku malam tadi hingga mengakibatkan sebuah pokok kelapa hampir menghempap kediaman ibu ayah Reen Rahim.
Sebagai anak sememangnya kejadian itu menyedihkan. Namun paling penting dalam kejadian tersebut ibu dan ayahnya terselamat.
Seperti yang diluahkan pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim atau Reen hatinya luluh melihat kejadian yang menimpa. Sememangnya dirinya berniat untuk lakukan ubahsuai di kediaman mak ayah tahun ini namun tidak menyangka kejadian tersebut menimpa keluarga.
Namun Allah segala perancangan, selepas ini Reen akui kena bekerja lebih kuat mengumpul duit untuk baiki dan lakukan ubahsuai rumah tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagramnya air menitis memasuki ruang tamu dan dapur.
“Allahu akbar, hancur nya hati. Niat tahun ni memang simpan duit nak renovate rumah umi sebab paling takut jadi macam ni. Tapi dah tertulis jadi macam ni. Mungkin ini buat aku lagi keja kuat nk simpan duit untuk buat rumah umi elok-elok, doa kan umi abah kuat k…
“Patut hari ni reen bawak dia jalan-jalan shopping-shopping, tapi confim lah balik ni reen bersialat kemas umah,” ujarnya.
Sesunguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Kematian pelakon sambilan yang juga seorang pempengaruh (influencer) Syazlin Zainal, 26 yang dilaporkan meninggal dunia semalam, akhirnya terjawab apabila dia disahkan maut akibat terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri, di Taman Iskandar dalam kejadian berlaku kira-kira 12.50 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.
“Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.
“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bagaimanapun, beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.
Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, dekat sini.
Terdahulu, media melaporkan Syazlin meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan.
Berita sedih itu dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia di IG Stories miliknya pada petang semalam.
Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Seronok melihat perkembangan Alana Dunsmore, seorang pempengaruh yang lebih dikenali sebagai alanaspinktravels seorang gadis dari Scotland yang bertemu jodoh dengan pelakon tempatan, Abbas Mahmood di Malaysia.