Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan berkongsi berita sedih pemergian anak keempatnya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Anak lelaki penyanyi era 80-an itu meninggal dunia di Hospital Selayang.

Kongsinya di instagram,

Assalamulaikum semua..

“Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yang beriman.

“Ya Allah.. kuatkan aku..”

IKLAN

Anak Azian Pernah Terbabit Dalam Kemalangan

Sebelum ini, difahamkan Allahyarham pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November lalu. Dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.

Ketika itu, ibunya enggan mengulas lanjut berkenaan kemalangan yang dihadapi anaknya, dan meminta orang ramai mendoakan proses rawatan anaknya berjalan lancar.

Suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain juga pernah berkongsi di facebook memaklumkan keadaan anaknya ketika itu.

IKLAN

Kongsinya, sejak dimasukkan ke hospital dan selepas dibius, bagi memulihkan hati dan limpanya, anaknya dalam keadaan koma.

 

 

IKLAN

Rakan Artis Turut Rasa Sebak..

Rakan-rakan artis turut berduka dan merasai kehilangan permata hati Azian Mazwan ini. Masing-masing mendoakan agar penyanyi Rumah Kecil Tiang Seribu ini tabah menghadapi ujian Ilahi.

Azian Mazwan juga mempunyai enam orang anak yang lain, Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.

MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Azian Mazwan Sapuwan, semoga roh Mohammad Aqil Zulkarnain ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Azian Mazwan Sapuwan , Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI