Bapa arwah cukup sedih dengan apa yang berlaku, jadi hentilah kecam kerana arwah cukup rapat dengan bapanya. Sudah tentu bapanya juga sukar untuk menerima kehilangan anak ke-empatnya ini.
“Arwah adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang.”
Itu kata seorang ahli keluarga, Allahyarham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.
Bapa Sedih Dengan Kejadian
Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arwah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.
Menurutnya, difahamkan dalam kejadian itu, arwah sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu mangsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.
“Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.
“Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mangsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mangsa tidur di tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya lagi, ibu mangsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui mangsa tiada di rumahnya neneknya.
Katanya, nenek mangsa juga menyangka bapa mangsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.
“Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mangsa.
Ads
“Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga,” katanya.
Katanya, jenazah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.
MW: Cuba letakkan diri mak, ayah di tempat bapa arwah. Barulah kita tahu apakah perasaan yang menghantui lelaki yang bernama “bapa” ini. Hentilah mengecam, semuanya yang berlaku adalah takdir Allah.
“Terima Kasih Jadi Suami Saya Walaupun Hanya Untuk 2 Minggu, Tuhan Lebih Sayangkan Awak”. Sesungguhnya ajal, maut dan jodoh segalanya ketentuan tuhan. Kemanisan alam rumahtangga bergelar suami isteri baru 2 minggu, namun ketentuan takdir jodoh wanita ini berpisah mati dengan suami tersayang.
Sebak melihat perkongsian video kenangan seorang wanita bersama arwah suaminya yang difahamkan meninggal dunia selepas dua minggu usia perkahwinan mereka.
Tuhan Lebih Menyayangi
Menerusi perkongsian di akaun @snabiby, wanita yang dikenali sebagai Seri itu memaparkan video kenangan indah yang diambil sepanjang perkenalan mereka sebelum arwah suaminya meninggal dunia.
“Terima kasih sebab jadi suami saya walaupun hanya untuk dua minggu. Sedalam mana cinta dan sayang saya terhadap awak, Tuhan lebih sayangkan awak sayang.
“Awak rehat ya? Nanti saya teman awak,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis dalam video.
Video dengan jumlah tontonan sebanyak 744,600 ribu itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah.
Semoga Tabah Menghadapi Ujian
Rata-rata netizen sebak serta bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakannya terus tabah dengan ujian yang diterima.
Menurut perkongsian video di akaun yang sama, wanita itu turut memaparkan laporan berita yang diambil daripada portal media yang melaporkan kemalangan membabitkan mereka suami isteri.
Difahamkan, kemalangan yang membabitkan motosikal yang dinaiki suami isteri itu merempuh sebuah pikap yang sedang membelok di Kilometer (KM) 10 Jalan Endau-Mersing, dan suaminya meninggal dunia manakala isterinya cedera.
@snabybiterima kasih sebab jadi suami saya walaupun hanya untuk 2 minggu. sedalam mana cinta dan sayang saya terhadap awak, tuhan lebih sayangkan awak sayang. awak rehat ya? nanti saya teman awak♬ Pergi – Talentime OST – Aizat
Mingguan Wanita: Ajal maut dan jodoh ketentuan tuhan. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan luar biasa buat wanita yang hanya dapat mengecapi kebahagiaan perkahwinan 2 minggu.
Gegaran gempa bumi lemah di Segamat, kerajaan Johor nasihat elak struktur tidak kukuh. Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi tadi.
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.
“Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan rapi dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pagi ini.
Beliau turut mengajak rakyat sama-sama berdoa agar negeri Johor serta seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon dalam hantarannya berkata MetMalaysia telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian gempa bumi itu.
Beliau berkata, berdasarkan data yang direkodkan, gegaran tersebut berkekuatan 4.1 magnitud di daerah yang jaraknya terletak kira-kira 180 kilometer dari ibu negeri itu dan turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
“Jabatan Meteorologi akan membuat pemantauan lanjut dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.
Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.
Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.
Idea Hias Rak TV, JIMAT!
Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.
Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.
Murah, bukan?
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...