
Isi Kandungan
ToggleMacam-macam hal yang berlaku segalanya demi duit. Menjadi adat di India, pihak pengantin atau keluarga perempuan perlu menyediakan duit hantaran sewaktu melangsungkan perkahwinan. Namun malang bagi wanita ini, apabila buah pinggangnya dijual tanpa disedari akibat kegagalan menyediakan duit hantaran secukupnya.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kolkata baru-baru ini, seorang Polis di Bengal Barat menahan seorang lelaki kerana menipu isteri sendiri,malah menjual satu ginjalnya disebabkan gagal membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).
Jual Sebelah Buah Pinggang
Wanita terbabit, Rita Sarkar, 28, mendakwa suaminya Biswajit Sarkar yang dikahwini 12 tahun lalu bersama abang ipar menipunya untuk menjual sebelah ginjal dan mencuri organ berkenaan ketika dia menjalani pembedahan apendiks.
“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.
“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.
“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan. Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.
Ginjal Kanan Tiada
Menurutnya, ibu bapanya akhirnya membawanya ke hospital lain kira-kira tiga bulan lalu di mana doktor mendapati ginjal kanannya tiada. Perkara itu disahkan selepas dia mendapat pandangan kedua doktor hospital berbeza.
Dia memfailkan laporan polis terhadap Sarkar dan abang iparnya Shyamal serta ibu mentua, Bularani. Inspektor Udayshankar Roy mengesahkan dua lelaki terbabit ditahan, tetapi Bularani melarikan diri.

Katanya, Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh.
Sumber:hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Anak Ada KELEBIHAN & KEKURANGAN, Mak Ayah Jangan Ada ‘Favouritism’, Layanlah Seadilnya

Isi Kandungan
ToggleDalam keluarga, mesti ada anak yang mak ayah paling suka, selalu minta tolong dan ada yang dimanjakan. Lebih-lebih lagi bila tengok anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak ada kelebihan dan kekurangan, mulalah mak ayah bandingkan dan pilih kasih. Kalau perhatikan, anak sulung rasanya menjadi harapan yang tinggi pada mak ayah untuk beri contoh dan menjaga adik-adik. Ini belum lagi, anak bongsu yang paling dimanjakan.
Begitu juga dalam pelajaran, mak ayah memang letak harapan tinggi untuk anak jadi pandai. Kalau tak, mulalah bandingkan anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang, inilah yang boleh menjadi dendam dan dengki sesama mereka adik beradik.
Jadinya, mak ayah janganlah pilih kasih, layanlah mereka seadilnya sebab mereka ini adalah dariah daging kita juga. Swtiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Jangan Pilih Kasih & Bezakan Anak, Inilah Punca Cemburu Adik Beradik
Kalau Ada 6 Ciri Ini, Tandanya Anda Mak-mak Yang Pilih Kasih
Info Lebih Menarik DI SINI
Ada Kelebihan & Kekurangannya, Jangan Pilih Kasih
“Kalaulah ada pilihan untuk jadi pandai, semua budak pun nak jadi pandai.”
“Kenapa?” tanya saya.
“Sebab budak pun faham, kalau kita pandai mak ayah sayang lebih.
Saya tahu anak saya ni belajar slow sangat. Tapi hati dia baik,” sebak suara ibunya.
Pada usia 9 tahun, dia belum pandai membaca dan mengira. Selepas dirujuk ke klinik kanak-kanak, dia memang ada masalah pembelajaran yang spesifik.
Apa yang si ibu nampak, layanan suami pada anak sulung sangat berbeza dengan layanan pada adik-adiknya.
Adik beradik lain bergaduh, abang kena marah. Adik sepahkan rumah, pun dia kena marah.
Bab permainan, cuma dibeli untuk adik-adik.
Sampai ada 1 hari tu, terluah ayat ni dari mulut anak, “Ayah tu memang lebihkan adik adik.”
Boleh Timbulkan Rasa Dengki Anak
“Favouritism” berlaku bila kita selalu pilih kasih antara anak.
Dari pandangan mata pun anak boleh terasa mak ayah pilih kasih. Apatah lagi, kalau adik kerap dipuji, diberi hadiah dan dipeluk sayang.
Pilih kasih ni boleh suburkan rasa dengki dalam hati anak.
Setiap anak tu unik, pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bila anak berebut perhatian, ‘eye contact’ dan sentuhan mesti sampai pada semua anak. Belai mereka dan beri fokus secara bergilir.
Jangan pilih kasih tak kisah pada anak lelaki atau perempuan, sulung atau bongsu. Anak kita semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka juga punya hati.
Mingguan Wanita : Anak-anak ini adalah darah daging kita. Layanlah seadilnya, buang sikpa pilih kasih pada anak.
Sumber: Dr Redza Zainol
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Membebel, Buat Lawak Tak Kelakar, Itulah Cara Isteri Meluah Rasa, Layan Sajalah Wahai Suami

Isi Kandungan
ToggleLayankan sajalah wahai suami bila isteri mahu meluah rasa. Sebab itulah cara dia hilangkan penat emosinya.
Biarpun dia membebel atau bergurau tak kena tempat, janganlah sesekali diperlekeh-lekehkan. Kalau itu cara yang buat isteri bahagia, layanlah.
Jangan berkira sangat bab nak kongsi kasih sayang dengan orang rumah itu. Sebagaimana nasihat seorang suami ini, Ws Adli W Muhammad.
Ketika berdepan situasi seorang suami menegur isteri sampai jatuh air mukanya. Bukan saja hati isteri tercalar, perasaan seorang suami bertanggungjawab pun rasa tercabar.
Wajah Isteri Itu Berubah, Merah-merah Tahan Malu
Isteri yang sedang sarat, tangan kiri memegang lengan suaminya, sambil tangan kanan pula memimpin anaknya berjalan perlahan di bahagian barangan elektrik, mengeluarkan suara “Abang, abang tengok tu. Tv tu besar. Siap abang boleh masuk sekali dalam tu, ni ha bawa sekali kakak ni. Abang dengan kakak kan suka tengok tv”.
“Hahaha (gelak yang saja dibuat-buat, 2 kali). Gelaklah juga walaupun tak kelakar. Awak ingat kelakar ke tu?” serius suaminya berkata.
Wajah isteri berubah. Nampak merah-merah mukanya. Muka dia malu sangat. Pandang ke kiri, ke kanan, bimbang-bimbang ada orang memerhati agaknya. Bila terpandang ke arah kami, lekas-lekas dia berjalan ke hadapan lebih 2-3 langkah dari suaminya, cepat dilepaskan pegangan tangannya di lengan suaminya.
“Ha itulah. Buat lawak tak reti, kemudian merajuk. Dulu bolehlah masa kita berdua, ni anak nak masuk dua ingat nak layan sangat rajuk awak tu? Suka sangat buat lawak bodoh” kasar bebel suaminya, tanpa menghiraukan kami yang berada berhampiran.
Isteri saya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat secara langsung seorang suami memalukan isterinya.
Itulah Perempuan Tadi, Mengesat Air Mata, Kakinya Dipegang Kejap Anaknya
Kami beredar. Beralih ke lorong yang ada jual barang-barang aksesori kereta. Ralit kami melihat barang-barang di situ. Selesai , kami berpindah lagi ke lorong barangan lain.
Sampai di satu lorong, kami lihat ada seorang perempuan sedang mengesat-ngesat matanya menggunakan tisu. Itulah perempuan tadi. Yang dikata suaminya suka sangat membuat lawak bodoh.
Kasihan betul melihat suasananya. Anaknya yang dipanggil si kakak itu, sekadar memeluk kaki ibunya. Apalah yang dia tahu tentang perasaan sedih seorang isteri dalam umurnya sementah itu.
Kami tidak pergi merapati dia. Tapi jarak tidaklah jauh sangat. Buat-buat pegang barang yang ada di depan mata. Nampaknya, macam kami nak membawang.
Isteri saya mencuit pinggang saya, minta saya pasang telinga dengar apa perempuan tu berkata pada anaknya. Dia macam tak perasan kami ada di belakangnya.
Saya dengar, sayu “Tak apalah dik, mama selalulah dah macam ni, adik jangan takut. Ayah tak pukul. Ayah cakap sahaja. Tak payahlah pegang kuat sangat kaki mama ni. Susah mama nak berjalan. Mari kita jalan tempat mainan sana, jom.”
Dipimpin tangan anaknya, menghala ke bahagian mainan. Sambil-sambil masih juga dia mengelap matanya. Suaminya sudah tidak kelihatan.
Ya Allah ya Tuhan. Tenangkanlah hati dia. Kurniakanlah dia kegembiraan.
Apalah Dosa Isteri, Cuma Bergurau Ditempelak Suami Sebegitu Rupa
Sebenarnya, peristiwa seperti di atas sudah beberapa kali kami saksikan.
Tetapi, rasanya inilah yang paling teruk. Ada lagi ayat-ayat bebel yang suami dia bagi pada isteri, saya tak masukkan. Apalah dosa si isteri berkata sekadar begitu, untuk melawak je pun. Suka-suka. Bukan menghina.
Isteri anugerah emas dalam keluarga. Dia datang bukan sekadar menemani hidup seorang lelaki. Dan dia datang bukan sekadar tempat lelaki memuaskan nafsu. Dia datang, tinggalkan jauh keluarganya, sanggup berkorban apa sahaja yang dia ada untuk suaminya. Segala-galanya.
Tenaganya, masanya, jiwanya, malah sakitnya.
Kalian (termasuk saya),
Selalu kita dengar orang lelaki tak tahan dengan orang perempuan yang kuat membebel. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah kita tahan sakit melahirkan anak sepertimana isteri telah lakukan dan rasai?
Dia berhadapan dengan hidup dan mati. Dia sanggup keluarkan darahnya untuk zuriat kita. Tak henti-henti darah mengalir. Setelah lahir si anak, berbulan pula perlu bersabar menunggu jahitan, menanti luka kembali sembuh.
Itupun masih terasa ngilu entah beberapa tahun lagi.
Dia jaga anak dan suaminya sehabis baik. Sibuk dengan memasak, sediakan keperluan. Tak pernah mengeluh. Malah tak pernah menulis apa kerja dia buat hari ini. Tak pernah tampal kertas nota jadi tatapan suaminya apa yang dia dah lakukan sepanjang hari. Cukup dia sahaja simpan semuanya dalam hati, kekal beri senyuman kepada semua yang ada dalam rumah.
Biar orang bahagia. Bahagian badan dia penat, seksa, sakit-sakit badan, malam nanti dia sapulah sendiri ubatnya tanpa menyusahkan suami untuk membantu.
Apa kita tahu?
Itulah Cara Isteri Meluah Rasa, Usah Diperli, Dihina Dinakan
Ada yang sorok segala sakit melanda diri, bimbang orang lain terlalu fikirkan diri dia. Cukup dia sahaja yang menanggung. Betapa besar pengorbanan seorang isteri.
Alih-alih, bila dia bergurau, kita layan dia sambil lewa. Kita perli-perli, kita hina dinakan dia. Kata itu lawak bodoh, itu lawak tak bertempat, itu lawak hambar dan tiada apa untuk digembirakan, untuk diketawakan.
Bila dia memasak, terlebih sedikit garam, termasuk lebih bawang, terlepas sedikit lada, kita riuh sebandar mengadu sana sini. Siap bagitahu pada kawan, makanan di rumah tadi tidak menyelerakan, isteri masak tak sedap, lauk tak kena rasa di lidah.
Tak habis di rumah, kita aibkan dia di luar pula.
Tidak seperti isteri.
Kurus melidi macamana pun kita, dia bagitahu kepada kawan-kawan dia, betapa beruntungnya dia dikurnia suami yang gagah perkasa. Boleh angkat itu, boleh angkat ini, boleh dukungnya di dalam rumah. Tunjukkan betapa bahagianya dia hidup bersama kita.

Gemuk besar (macam saya) bentuk badan suaminya, dia akan bercerita, suaminya itulah dulu-dulu menjadi kegilaan makcik-makcik bawang untuk dibuat menantu, jadi kegilaan gadis-gadis kampung untuk bersuamikan suaminya.
Untungnya kata dia, lelaki yang jadi buah mulut orang itu adalah milik dia, peneman hidup dia. Orang lain melepas sahajalah. Untung sangat-sangat. Senyum sepanjang jalan.
Itulah si isteri.
Tak pernah dia malukan kita, tak pernah dia tenyeh-tenyeh peribadi kita di telinga orang lain.
Apalah Sangat Nak Berkira Dengan Isteri..
Dia buat lawak, tak kelakar, kita gelaklah macam biasa. Macam kelakar sungguh. Jangan kecilkan hati dia dengan gelak yang dibuat-buat kita. Layanlah cerita dia. Buat-buat tanya, bercakap baik melayan kata-kata seronok dia.
Yang kita kena pegang, dia bukan juara raja lawak mana-mana siri dalam televisyen. Masuk bertanding pun tidak.
Seharian dia penat menguruskan segala, seminggu dia ralit dengan tugasnya di rumah, sebulan dia bersusah payah tanpa mengira letih dirinya dalam menguruskan segala makan pakai, segala keperluan seorang suami dan anak-anak.
Apalah sangat nak berkira-berkira dengannya apabila dia mahu menceriakan dirinya dengan caranya.
Sampailah tahap bila dia membebel, selagi dia tak sakitkan jantung kita, tak ganggu gula-gula dalam badan dan tak tinggi-tinggikan darah kita sampai memancut keluar, biarlah dia berkata-kata melepas segala, itulah caranya dia nak melapangkan segala yang mengganggu kusut dirinya.
Bukan lama pun. Sekejap sahaja begitu.
Ada sikit-sikit perselisihan, selesailah cara baik. Semua dah tua. Tak perlu nak panjang-panjang. Nak buat sesuatu benda yang menyakitkan pasangan masing-masing, fikirlah dulu baik buruknya, fikirlah mana syurga mana neraka.
Yang penting, sama-sama senyum, sama-sama bahagia. Sehingga syurga.
Sumber/Foto : WS Adli W Muhammad, Suami penyejuk jiwa. Hihi.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Gatal-gatal Kulit Buat Mak-Mak Risau Sampai Tak Boleh Keluar Rumah

Buat mak-mak yang ada anak gatal-gatal kulit sampai risau nak keluar rumah. Cuba anda amalkan tiga petua ini untuk mengatasinya.
Parutan Kunyit
Sebagai mak-mak anda jangan cepat cemas, sepintas kilat masuk ke dapur dan dapatkan sepotong kunyit, bersihkan dan parut halus. Tambahkan sedikit air bersama kapur. Panaskan seketika di atas api, sejukkan seketika sebelum di sapa di bahagian gatal-gatal tersebut. tidak lama kemudian, rasa gatal tersebut mula menghilang.
Adunan Tepung Beras
Selain gatal kulit biasa, anak-anak juga tidak lari daripada masalah gegata atau hives atau urticaria? Kebiasaannya kulit akan berasa gatal satu badan dan buatkan anak anda tidak tentu arah. Selain mendapatkan rawatan dari klinik melalui pemberian ubat-ubatan. Barangkali cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda iaitu dengan cara mencampurkan sedikit tepung dan air. Jadikan adunan yang boleh diuli dan dikepal atau dalam erti kata lain menjadi doh. Golekkan doh tepung beras ini pada kulit yang terkena gegata.

Daun Thyme
Kadang-kadang akibat tersalah makan atau makan makanan laut berlebihan atau terkena habuk yang kotor membuatkan badan anda gatal-gatal dan kemerahan. Selain berjumpa pakar kulit, mungkin cara alami ini dapat membantu anda mengatasinya. Rebus satu sudu daun tyhme dalam periuk bersama sedikit air. Tapis airnya dan selepas itu ambil tuala kecil dan basahkan dengan air rebusan tadi. Lapkan pada kawasan yang gatal sehingga anda rasa ianya makin berkurangan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI