Hebat sungguh. Bukan hanya hafizah 30 juzuk Al-Quran saja, tapi mampu raih kepetusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA, sekaligus markah tertinggi ke dua di dunia.
Bukan calang-calang orang dan tak terfikir bagaimana cara dia belajar hingga mendapat markah tertinggi di Malaysia dan paling penting kedua tertinggi di dunia.
Rezeki Allah. Kun fa yakun. Inilah yang sangat dikagumi oleh seorang hafizah 30 juzuk al-Quran yang telah membuktikan tekad dan usaha bersungguh-sungguh mampu meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) biarpun mengambil cabang pengajian yang berbeza sebelum ini.
Safwa Zamri, 19 yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023 sekali gus melayakkannya mendapat markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia dalam peperiksaan itu.
Anak bongsu dari lima beradik itu menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize dengan mendapat keputusan cemerlang 98 peratus.
Ads
Minat Matematik
Safwa merupakan pelajar semester kedua (program Asasi) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu di kampus Dungun itu berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan kerana minat terhadap subjek matematik.
“Saya lebih cenderung untuk memilih jurusan perakaunan berbanding jurusan lain kerana minat saya terhadap subjek matematik.
“Adik beradik lain juga menyarankan supaya ambil bidang ini kerana dalam keluarga tiada lagi yang ambil bidang perakaunan sebab yang lain ambil perubatan dan kejuruteraan,” katanya yang tinggal di Kampung Pengkalan Kubur, Besut, Terengganu.
Ditanya mengenai rekod terbaharu yang dicapai, Safwa memberitahu, dia sendiri tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana baru mempelajarinya dalam tempoh enam bulan.
“Saya sebenarnya rasa sukar juga ketika mula-mula belajar bidang perakaunan. Namun saya tidak mengalah dan terus membuat ulang kaji, latihan dan sering bertanya.
Ads
“Saya juga membuat rujukan dengan mereka yang telah mengambil bidang itu,” kata anak bongsu dari lima beradik itu.
Sebelum ini bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut itu mengambil Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) iaitu penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih pada peringkat menengah atas.
Safwa yang mengambil jurusan sains tulen dan agama mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.
Rezeki Kurniaan Allah
Sementara itu, bapa Safwa, Zamri Mohd Amin, 56 berkata, Safwa menunjukkan semangat belajar yang tinggi sejak dibangku sekolah rendah.
“Pada saya, pencapaian yang diperoleh Safwa merupaka rezeki kurniaan ALLAH SWT dan saya bersyukur dan berdoa supaya dia terus mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh,” katanya yang merupakan seorang guru.
Sementara itu, ibunya, Rashidah Ab Rahman, 57 berkata, Safwa memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai sesuatu yang diinginkan.
Ads
“Bagi saya, Safwa seorang anak yang rajin dalam pelajaran. Dia sanggup berjaga malam seorang diri untuk mengulang kaji pelajaran kerana mahu memastikan dia boleh menguasai setiap subjek dengan cemerlang.
“Bagi saya seorang ibu pula, saya akan terus mendoakan kecemerlangan anak-anak dan mencapai hala tuju serta cita-cita mereka,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Tahniah buat Safwa. Cukup membanggakan bukan saja buat keluarga tapi seluruh rakyat Malaysia. Moga terus berjaya dunia dan akhirat.
“Membakar makanan, panggil makhluk ghaib.” Dikatakan ini adalah balasannya bila seorang lelaki tidak mahu bayar hutang. Barangkali sudah lama lelaki ini diberi peluang untuk membayar hutangnya namun masih gagal.
Jadi inilah cara terbaik untuk menuntut hutang yang dibuat. Biarpun caranya agak keras dan kejam, namun pasti tindakan yang diambil di luar kewarasan fikiran.
Membakar Makanan, Panggil Makhluk Ghaib
Aksi seorang wanita di Hanoi, membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.
Menerusi satu klip video yang tular, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H, dilihat memakai gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya.
Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang berhutang dengannya. H kemudian duduk bersila dan membaca jampi serapah.
Ini Balasannya
Namun, upacara H terhenti apabila beberapa petugas keselamatan datang dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.
“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya,” jerit wanita itu.
Bila Tidak Mahu Bayar Hutang
Ketika H menjerit, seorang lelaki dipercayai individu yang berhutang dengannya dilihat bergegas keluar daripada rumah tersebut dan meminta wanita itu supaya pulang.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.
“Jika ingin meminta hutang, seeloknya bukan dengan cara begini. Anda telah membuat persembahan di depan rumah dan menyebabkan kekacauan,” tulis seorang netizen.
“Kesesakan lalu lintas membuatkan kita sangat tertekan. Ada banyak cara lain, anda tidak seharusnya berkelakuan begitu,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Walaupun wanita ini berhak melakukan apa cara sahaja untuk menuntut hutangnya, namun cara ini dilihat tidak praktikal. Tindakannya bukan hanya memberi kesan kepada penghutang tetapi turut memberi masalah kepada orang sekeliling atau kejiranan penghutang.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tahniah diucapkan buat pelakon Nad Zainal, 30, yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Nad dan suami, Muhammad Faliq Amirudin telah menimang bayi seberat 2.9 kilogram pada petang Selasa di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim, lima tahun.
Nad Zainal Lalui Proses Bersalin Secara Pembedahan
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini menyatakan dirinya melalui proses bersalin secara pembedahan dan akan berkongsi nama serta jantina anaknya itu pada hari ketujuh kelahiran.
“Alhamdulillah proses berjalan lancar dan dipermudahkan. Nama pun tak fikir lagi, tunggu hari ketujuh nanti,” luahnya.
Kali Terakhir Lalui Proses Bersalin 5 Tahun Lalu
Nad sebelum ini turut memaklumkan dia berasa gemuruh untuk menyambut kelahiran orang baru. Apatah lagi untuk menguruskan bayi yang baru lahir, setelah kali terakhir melalui pengalaman sama lima tahun lalu.
“Gementar betul, walaupun sudah ada seketul Yem (anak sulung), tetapi dah lama tak ada baby, takut betul rasanya sebab dah lupa macam mana, lima tahun dah tak ada baby,” tulisnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Rezeki pakcik Grab, dapat kereta baru dari isteri youtuber & bakal tunai umrah ditaja MB Selangor. Sudah tertulis rezekinya. Rezeki berganda di bulan Ramadan.
Di saat insan lain seusianya mungkin hanya ke masjid memenuhkan masa namun pakcik Zulkifli dalam keadaan terbongkok-bongkok gigih menghantar makanan demi kelangsungan kehidupan.
Rezeki Pakcik Grab Dapat Kereta Baru Dari Isteri Youtuber
Walau kudratnya nampak tidak berapa sihat kerana masalah sakit pinggang di hadapinya, tular videonya gigih menghantar makanan dan ia menjadi viral di media sosial.
Susulan video tular ini, isteri kepada Youtuber terkenal, Alieff Irfan iaitu Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabilah Aliah Hazman berasa tersentuh hati dan membelikan pakcik Zulkifli sebuah kereta baru iaitu Proton Saga untuk kemudahan pakcik ini bekerja.
Dalam videonya yang viral ditonton 2.4 juta orang itu di akaun Tik Toknya, kelihatan Bella membawa duit tunai dan membelikan kereta hampir bernilai RM40,000 untuk pakcik Zulkifli.
@bellestrelle0 Bila tengok video pakcik grab viral , tiba2 bella teringat dekat kedua atok bella . Masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan x mengizinkan . Pakcik ni sakit belakang , so doctor sarankan tidak galakkan bawa motor dh So bella decide di bulan puasa yg mulia ini , bella nk kongsi rezeki hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya . Jadi pakcik dah bleh bergerak dgn kereta lebih selesa dan selamat . Tapi apapun pakcik tetap kena jaga diri . Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan & murah rezeki 🤲🏻 . Nak menitis air mata bella bila tengok reaction pakcik sangat happy 🥹 . Bila kita ade rezeki lebih , x salah kita kongsi dengan orang lain . Bella harap , raya ni pakcik akan jadi lebih happy .. terima kasih pakcik atas perjuangan pakcik selama ni . #fyp#viral#malaysia#bellestrelle#selangorjagaselangor#aylaglow♬ original sound – bellestrelle
Tulisnya, “bila tengok video pakcik grab viral , tiba-tiba Bella teringat dekat kedua atok Bella. Masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan tak mengizinkan . Pakcik ni sakit belakang, so doctor sarankan tidak galakkan bawa motor dah.
So Bella decide di bulan puasa yang mulia ini, Bella nak kongsi rezeki hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya Jadi pakcik dah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apapun pakcik tetap kena jaga diri. Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan & murah rezeki .
Nak menitis air mata Bella bila tengok reaction pakcik sangat happy. Bila kita ade rezeki lebih, tak salah kita kongsi dengan orang lain.
Bella harap, raya ni pakcik akan jadi lebih happy. Terima kasih pakcik atas perjuangan pakcik selama ni.
Ternyata Allah sudah menulis rezeki pakcik Zulkifli lebih dari itu. Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari yang kini berada di Tanah Suci Makkah turut tersentuh hati mendengar kisahnya yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci seumur hidupnya.
Dan Amiruddin turut tersentuh hati melihat kesusahan dialaminya dan turut menghadiahkan pakcik Grab tajaan umrah selepas Ramadan nanti.
Dalam videonya, jelas MB Selangor ini, dirinya mendoakan yang terbaik untuk kesihatan pakcik dan urusan membawa warga emas ini akan dilakukan sekembalinya dirinya ke tanahair pada 21 hb nanti.
Alhamdullilah, inilah dinamakan rezeki tidak tersangka-sangka yang Allah tulis untuk hambanya. Moga dipermudahkan urusan pakcik Zulkilfli di masa akan datang.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.