Gadis dedah lirik lagu rap malampagi  ada  double meaning, klip video papar hubungan bebas. Di sebalik ramai bergoyang mendengar lagu rap berjudul Malam Pagi nyanyian Saixse X MK Clique di mana perkataan “malam masih muda, healing sampai pagi” sentiasa diulang-ulang dengar, ada sesuatu yang tersirat di sebalik lirik lagu berkenaan.

Dikongsikan oleh seorang penulis novel juga penerbit, Anna Lee yang sudah berkecimpung 14 tahun dalam dunia kreatif mengupas lirik lagu berkenaan ada makna tersirat selain klip videonya yang memaparkan hubungan bebas (mohon jangan tengok katanya agar view tak tinggi).

Gadis Dedah Lirik Lagu Rap MalamPagi Ada Unsur “Double Meaning”

Jelas Anna selepas dia memuat naik pendapatanya, sudah ada yang menegurnya atas alasan “kreatif”. Namun dirinya membalas dengan pendapat yang bernas “Saya pun kerja dalam bidang kreatif. Tapi saya tak pilih novel Lucah untuk dijadikan ‘kreatif’🤷. Banyak  cara untuk  jadi kreatif,” tulisnya.

Baca perkongsiannya dan fikirkan kebenaran serta cabaran dilalui oleh mak-mak zaman ini yang mana anak mudah menyerap seperti span apa saja di tontonya di media sosial.

Sampai hari ni saya tertunggu juga ada pihak bersuara pasal lirik ‘Malam Masih Muda’ tu, tapi tak nampak atau saya yang tak ternampak?

Hari tu kan saya ada kongsi pasal husnozon lirik ‘healing sampai pagi’ kan?

Lepas saya baca keseluruhan lirik. Saya tak jadi husnozon. Jadi annoying dan geli. Nak tahu kenapa? Sebab ini …

******

Tonight is my night

IKLAN

Yea I’m gettin loose

She wanted to drink so i gave her my juice

Aku still stuck but aku kena move

Takyah nak close friend kau boleh remove

****

Bahagian yang ada anak panah tu. Maaflah, sis tak boleh nak husnozon atau acah-acah blurr kononnya dorg lepak kat kedai mamak lepas tu kongsi minum watermelon atau orange jus.

IKLAN

Klip Video Papar Hubungan Bebas

Apatah lagi bila tengok muzik video ni (mohon jangan pi tengok, nanti naik rating view.

Meh saya bagi tau je … part ni video depa sedang nak ehem ehem … jadi, takkan nak acah-acah blur lagi, kan?).

Sampai sekarang saya pelik kenapa radio berterusan pasang. Tak baca lirik agaknya DJ ni.

Kadang tu syukur juga saya tak ada anak. Zaman sekarang keras dalam segala hal.

Besar sungguh tanggungjawab para ibu bapa sekarang. Semoga kalian menyedarinya dan cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Kerana anak-anak tu span. Mudah menyerap. Didik dan pantaulah sebaik mungkin.

IKLAN

Semoga kalian terus kuat untuk hadapi ujian sebagai ibubapa di zaman serba serbi menakutkan ini.

Nota : Beberapa hari lepas, saya tahan telinga dengar lagu ni dekat radio, semata² nak check sama ada part tu dipotong ke tak. Yup, memang tak potong. Part ni dekat hujung² lagu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Isteri, Bacalah 3 Doa Ini Sebelum & Selepas Melakukan Hubungan Intim Agar Anak Dilahirkan Soleh

Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!

Ajar Soal Keintiman Secara Terbuka Di Media Sosial, Tindakan Wanita Dikecam Hebat

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI