Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Usap Perut, Titip Doa Dikurniakan Zuriat. Tiada yang lebih bermakna apabila diri mendapat perhatian dan titipan doa daripada Raja Permaisuri Agong. Apatah lagi, bertemu idola dalam perjuangan melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
“Doa daripada Permaisuri Agong dan golongan wanita yang senasib (berusaha untuk hamil) dengan saya adalah sangat mahal.”
Demikian respons pelakon Siti Elizad mengenai momen manis apabila perutnya diusap dan dikurniakan doa agar mendapat zuriat daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Terharu Permaisuri Agong Titipkan Doa
Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39, terharu apabila Permaisuri Agong berkenan menitipkan doa dan semangat untuknya agar tidak berputus asa berusaha mendapatkan zuriat.
“Memang rasa terharu dan sebab kita semua tahu baginda seorang yang sangat prihatin.
“Apabila tangan Permaisuri usap perut, rasa tersentuh sangat sebab ramai yang tahu saya berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan zuriat,” katanya.
Permaisuri Agong Idola Dalam IVF
Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM itu juga menjadikan Permaisuri Agong sebagai idolanya dalam perjuangan melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) selama ini.
Ads
“Saya jadikan baginda sebagai idola dalam perjalanan IVF sebab semangatnya yang buat kita semua tahu rasa perjuangan wanita yang cuba untuk hamil.
“Jadi, sentuhan dan doa Permaisuri akan saya simpan serta kenang sampai bila-bila. Saya juga terlalu gembira sebab ramai yang tidak henti-henti mendoakan saya,” ujar pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.
Lakukan Perkara Yang Menyeronokkan
Dia juga memberitahu doktor yang merawatnya juga berpesan agar melakukan semua perkara yang membuatkan seronok tanpa terlalu memberi tekanan terhadap diri mengenai zuriat.
“Doktor pesan kepada saya supaya lakukan pelbagai perkara yang menyeronokkan.
“Saya anggap kalau tidak dikurniakan zuriat di dunia, pasti di sana menanti (syurga) namun akan terus mencuba, doakan,” katanya lagi.
Ads
Pernah Terima Panggilan Telefon
Difahamkan, ini bukan kali pertama dia mendapat doa daripada Permaisuri Agong.Sekitar Julai 2021, dia pernah menerima panggilan daripada Permaisuri Agong yang menawarkan diri menjadi teman bercerita dan tempat mengadu.
Baginda juga berkongsi pengalaman menjalani sebanyak 17 kali rawatan IVF dan berharap Elizad tidak berputus asa untuk melakukan hal sama.
Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Ads
Elizad dan Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Mingguan Wanita: Semoga berkat doa Raja Permaisuri Agong dan orang ramai, dipermudahkan urusan dan impian Elizad untuk mendapat cahaya mata secepat mungkin.
Zarina dedah pernah terima nasib seperti Zahirah. “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia” itulah luahan dari selebriti sensasi Zarina Anjoulie. Seperti yang diketahui umum, Zarina pernah berkawan rapat dengan Fathia.
Terbaru Zarina tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia ketika mereka masih berkawan.
Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah
Zarina atau lebih popular dengan sapaan Anju menerangkan salah satu sikap Fathia yang kurang disenangi adalah suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk.
Dek kerana perangai Fathia yang busuk hati menyebabkan Anju putuskan hubungan persahabatan.
“Dulu saya pernah kawan dan gaduh dengan dia…
“Disebabkan perkara ini. Kalau lihat video itu, anda boleh nampak busuk hati dia, sebab itu saya berhenti berkawan dengannya.
“Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat sebab followers dia tinggi.
“Lima tahun saya melihat dia tiada perubahan,” luah Anju.
“Saya Terkejut Dia All Out Kecam Zahirah”
Menerusi rakaman video siaran langsung di Instagram, Anju menambah dirinya pernah terima nasib yang sama dengan Zahirah MacWilson namun dirinya engga berkongsi lebih kepada umum.
Anju turut menambah Fathia masih sama seperti individu yang dikenali lima tahun lalu dan tidak berubah sikap
“Saya terkejut dia all out kecam Zahirah.
“Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tidak percaya.
“Masa akan tiba sebab orang macam dia tidak boleh nak sorok perangai itu lama-lama,” kongsinya.
Seperti yang diketahui sebelum ini Fathia mengecam Zahirah yang berwajah seperti pembantu rumah atau bibik yang menjadi bualan netizen.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah dalam kehidupan rumahtangga pasti ada pasang surutnya.
Padam Gambar Berdua
Baru enam bulan bergelar suami isteri, situasi rumah tangga pelakon popular, Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang kini menjadi tanda tanya ramai apabila dilihat bertindak memadam gambar berdua daripada akaun media sosial masing-masing.
Fatin yang kini semakin sopan dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah April lalu bagaimanapun masih mengikuti suami menerusi Instagram, begitu juga dengan suaminya.
Percanggahan Idea
Difahamkan, situasi pelik tersebut bermula akibat ‘percanggahan’ idea suami isteri itu tentang pilihan atau penggunaan kereta mewah atau supercar, baru-baru ini.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, 29, bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau seorang pemilik kereta ‘biasa-biasa’ agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan, baru-baru ini.
Sindir Suami
Fatin kemudian bertindak menyindir suaminya itu dengan memberi komen berbunyi: “Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (suami sendiri) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara asasnya, bukan (berstatus) supercar.
“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutama merendah-rendahkan pemilik kereta lain,” kata Fatin sebuah video TikTok.
Sehingga hari ini, tiada lagi gambar mesra Fatin dan Opai dalam Instagram masing-masing, sekali gus menebarkan spekulasi sama ada rumah tangga mereka sedang bergolak atau apa yang dipaparkan hanyalah publisiti demi karier masing-masing.
Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir. Bertuahnya kita jika termasuk didalam 10 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini..malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama. Allahu Rabbi..
Tak sangka, rupanya terdapat 10 golongan yang dijanjikan Allah masuk ke Syurga tanpa hisab! Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Ia terbahagi kepada 10 golongan manusia ini dan dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama. Siapakah 10 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab itu?
1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)
Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.
2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)
Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.
3. Berjiran Kerana Allah
Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’:
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab ini.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...