Tiga beradik tinggal di rumah tanpa pengawasan ibu bapa setelah ibu mereka meninggal dan ayah pula sedang bertarung nyawa di hospital gara-gara dijangkiti Covid-19.
Tak dapat bayangkan bagaimana anak-anak ini melalui hari-hari tanpa ibu dan ayah. Bagaimanalah emosi mereka yang baru saja kehilangan ibu tercinta dan dalam masa yang sama tiada khabar berita tentang keadaan ayah mereka.
Tiga Beradik Tinggal Di Rumah Tanpa Pengawasan
Tiga beradik yang masih kecil tinggal di rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas ibu mereka meninggal dunia akibat Covid-19 manakala ayah pula kini bertarung nyawa di hospital angkara wabak durjana itu.
Nasib tiga beradik masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Sze Han berkata, selepas mendapat maklumat mengenai tiga kanak-kanak itu, beliau bergegas meninggalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bagi meninjau keadaan pihak terlibat.
Ibu Meninggal, Ayah Pula Bertarung Nyawa Di Hospital
“Saya bergegas ke Pangsapuri Seri Cempaka untuk menziarahi tiga kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penjaga.
“Ibu mereka telah meninggal dunia manakala bapa mereka pula masih sedang bertarung nyawa melawan Covid-19,” katanya menerusi kemas kini berkenaan.
Sze Han berkata, pihaknya tampil membawa barangan seperti makanan dan anak patung bagi menenangkan hati tiga beradik berkenaan.
Tambah Sze Han, pasukannya juga akan mengawasi tiga beradik itu bagi memastikan mereka selamat dan tidak kelaparan.
“Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka.
“Abang sulung menjaga adik-adiknya. Saya sangat risau kerana mereka terlalu kecil untuk ditinggalkan tanpa penjaga,” katanya.
Tambah Sze Han, pihaknya berterima kasih kepada jiran setempat yang sudi menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak terbabit.
Ads
Mingguan Wanita : Semoga kanak-kanak ini sentiasa dilindungi dan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Bukan kecil ujian yang mereka bertiga hadapi. Semoga mereka terus kuat.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Kalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.
Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.
Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini…
2 Tip Cuci Cawan Lekat Kesan Kopi Dan Teh
1. Guna baking soda
Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.
2. Rendam dengan air panas
Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.
Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Saat anak didiagnosis ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders), pastinya mak ayah berfikir macam mana untuk sembuhkan penyakit ini. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya ADHD ini boleh disembuhkan ke?
Ok mari selami dunia Puan Nurul Ilyani yang anaknya sendiri mengalami ADHD, moga cara yang diamalkan boleh membantu mak ayah sana mendidik anak-anak dengan cara yang lebih baik…
Ini cerita anak special saya..
Saya ada seorang saja anak perempuan. Lagi 3 lelaki. Seorang, yang tua sudah ada di syurga (sekarang 8 tahun, umur di dunia).
Yang ada di dunia 3 orang. Masa kecil anak saya didiagnosis dengan ADHD. Kemudian saya gigih. Gigih itu bukan mudah buat saya. Mencabarnya anak saya sampai saya dapat bipolar disorder. (Sebenarnya tanda daripada awal sudah ada, life event, cabaran hidup saya menjadikan mental semakin teruk, kini saya mengambil ubat dengan jadual yang saya adjust ikut keperluan badan seumur hidup saya)
Nak kata itu pengorbanan saya, wallahu’alam. Saya cuma rasa itu tanggungjawab saya. Sekarang, anak saya sudah berubah. Sangat baik. Nampak normal. ADHD mungkin mild saja.
Ciri-ciri Anak ADHD
Apabila belajar saja dia tidak suka. Dia tidak suka belajar benda baru. Dia ada visual processing disorder. Dia cepat terganggu. Tidak boleh tumpu lama.
Tapi dia sudah boleh baca Quran. 6 tahun sudah boleh baca dengan keadaan saya ajar dia 3 minit saja sehari sejak usia dia 3 tahun.
Sejak itu, fokus bertambah. Saya ada juga buat rangsangan sensori yang lain untuk anak-anak ADHD. Apa yang OT ajar, saya rutin buat dan intensif.
Sekarang, kalau saya ajak dia baca Quran, kadang-kadang dia tak nak. Sebab dia kata susah. Ya, dia susah nak fokus visual. Otak dia susah proses info daripada visual. Tapi saya tahu, dia berusaha. Bila dia tak mahu, saya tak paksa. Wallahi saya tak paksa.
Saya cuba lagi. Saya banyak guna positive reinforcement. Anak saya juga sebenarnya sudah boleh membaca BM dengan lancar. Sama juga, awalnya dia tidak suka. Lepas belajar Quran yang sukar, membaca BM dan English pada dia lebih mudah.
Anak saya masih suka main. Hari-hari main. Dia suka buat projek. Dia tidak suka table task yang akademik. Dia suka doodle. Lukis. Lukis. Warna.
Dia tidak suka matematik. Tapi dia faham konsep nombor. Dia boleh celup biskut, kira sampai 20 baru angkat biskut. Dia kata macam ini baru lembut. Anak ADHD biasanya tak suka problem solving. Benda kena fikir, kena fokus secara visual semua dia tak suka.
Saya faham. Saya tak paksa. Saya bagi dia buat apa yang dia suka buat.
Walaupun dia tidak berapa dalam akademik(ikut sistem Malaysia), anak saya sangat rajin dan ringan tulang. Dia selalu tolong saya basuh pinggan. Pinggan penuh satu sinki dia boleh habiskan.
Saya raikan. Saya puji. Anak ADHD cakap lepas. Kadang saya sedih. Kadang-kadang tangan dia pun laju. Dia impulsif, kadang-kadang dia buat adik-adik. Kadang-kadang dia cakap dengan logik dia walaupun pada kawan-kawan dia macam tidak logik. Tapi tak mengapa.
Sikap Anak ADHD
Anak ADHD, dia sangat sensitif. Mudah rasa gelisah dan resah. Dia baru saja berhenti buang air besar pakai diaper. Dia ada isu anxiety dengan tandas.
Ada benda-benda lain yang kurang. Anak saya banyak flaws. Banyak sangat. Tapi saya selalu fokus pada kebaikan dia.
Ada banyak ujian dalam hidup saya yang tidak mampu saya cerita. Tidak semua orang faham. Tapi saya yakin Allah sayang saya, sayang anak saya, sayang suami saya, sayang keluarga saya. Jadi Allah bagi ujian ini semua supaya kami lebih redha.
Kepada mereka yang melalui jalan hidup lebih kurang saya, saya doakan kalian sentiasa tenang dan tabah.
Hasbunallah wa ni’mal wakeel.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...