cerita anak sulung

Dalam keluarga saya anak sulung daripada 4 beradik. Satu-satunya perempuan di kelilingi 3 kumbang. Walaupun anak sulung, sayalah paling manja. Walaupun dengan adik-adik saya.

Dan sebagai satu-satunya perempuan, saya jugalah yang tak duduk sekali dengan mak abah. Sebabnya, saya agak ‘panas’ dengan mak. Kalau jauh, rindunya menggunung, bila kedekatan dalam konteks berlama-lamaan tinggal rumah mak, dia akan jadi konflik yang berbeza.

Selepas kahwin saya pernah tinggal rumah mak dekat 5 bulan. Masa itu baru berkahwin dan masih terkontang-kanting kewangannya. Lama-kelamaan, saya perlu berdikari plus tak boleh berlama-lama sebab ‘panas’. Tak lama lepas itu, saya pindah tapi rumah baru tetap tak jauh dari rumah mak.

Biarpun tak duduk sama dengan mak, saya ‘mewajibkan’ diri jenguk mak sekerapnya. Sama juga bila dah ada ibu mentua, ibu mentua yang jauh tu ‘wajib’ dijenguk sebulan sekali.

IKLAN

Wajibkan Diri Jenguk Orang Tua

Sebabnya, selagi mereka ada tanggungjawab ‘jenguk orang tua’ itu kena dijaga.

Satu lagi hal yang selalu saya pesan dekat diri sendiri. Biar macam mana susah pun kita, jangan sampai lupa beri duit dekat mak abah. Diaorang bukan nak sangat pun duit kita itu, tapi itulah hadiah saya untuk mereka.

Lagipun itulah kebahagiaan yang membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Dulu waktu, gaji saya cuma RM900 sebulan, RM500 tu saya berikan dekat mak. Walaupun lebihannya cuma sedikit, campur nak tolak hutang bagai, nilainya sentiasa cukup.

IKLAN

Tak pernah pun tak makan masa kerja jauh di perantauan. Dapat simpan lagi buat duit belanja kahwin. Sebab itu, sampai sekarang saya pegang ini, biarpun sedih, susah keadaan kita sekalipun, jangan sampai lupa nak memberi kebahagiaan dan kasih sayang kita pada orang tua yang cukup menyayangi kita sewaktu kita masih kecil.

Jangan Sampai Robot Yang Jaga Mak Ayah Kita Kelak

 

IKLAN

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI