Cara Senang Potong NANGKA MUDA, Alirkan Air Elok Getah Tak Melekat Pisau!.Biasanya masalah apabila potong buah nangka muda ialah getah melekat pada pisau yang digunakan. Antara tip yang selalu digunakan pula dengan menyapu minyak masak pada tangan dan pisau bagi mengelakkan getah melekat.
Rupanya ada cara yang lebih mudah supaya getah tak melekat, malah nangka pun cantik tak berminyak-minyak. Menerusi perkongsian di TikTok Mochi Racun Tiktok, buah nangka muda lebih senang dipotong dengan cara begini.
Alirkan Air Berterusan
Iaitu dengan mengalirkan air secara berterusan pada bahagian kulit nangka yang hendak dipotong. Ia akan menyebabkan getah ‘dicuci’ sekali sewaktu dipotong.
IKLAN
Cara begini memang lebih mudah, tak perlu sapu minyak pada pisau dan tangan. Hasilnya isi nangka muda pun lebih bersih.
Sekarang ini, nak jumpa tandas yang dibina di luar kediaman sangat rendah peratusannya. Rata-rata kediaman sekarang, binaan tandas kalau tak dibuat dalam rumah, disekalikan pula tandas dalam bilik tidur.
Rupanya ada sebab kenapa tandas sebaiknya dibina tidak bercantum dengan bilik tidur. Dan sekiranya tandas siap dibina dalam bilik tidur atau dalam rumah, ada adab bagaimana memastikan ianya patuh syariah.
Perekabentuk, penulis dan pengkarya kediaman (rumah islamik), Khairunnisa Hamzahberkongsi cara menjadikan tandas dalam bilik tidur mak ayah patuh syariah. Seterusnya, melahirkan sebuah keluarga yang tenang lagi harmoni.
Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Pintu Tandas Dalam Bilik Air Kena Tutup Cepat-cepat
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : “Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Kenapa Pintu Tandas Kena Ditutup Dengan Menyebut Nama Allah
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624) 2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)
Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Solusi Untuk Tandas Yang Dibina Dalam Bilik, Rumah
Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
“Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat“.
“Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
MW : Lepas ini amalkan baca doa sebelum dan selepas masuk tandas, dan pastikan tutup pintu tandas dalam rumah tu.
Sakitnya mata bila tengok kuali dan periuk berkerak di dapur. Macam-macam cara dan petua untuk sental dan bersihkan tapi kurang menjadi.
Rupanya ada cara mudah nak sental periuk berkerak ini. Paling penting campuran cucian ini boleh guna untuk sental peralatan dapur lain. Kira boleh buat stoklah untuk cucian lain.
Antara topik yang sering dibualkan oleh para ibu adalah tentang cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang. Memang tak dinafikan, generasi milenium teramat berbeza dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mak ayah marah, terus menikus. Tak berani nak merajuk. Kalau merajuk, tak ada yang nak pujuk.
Apabila dapat keputusan peperiksaan, reda kalau kena libas dengan rotan jika ada yang ‘merah. Tapi tak sekali pun mak ayah salahkan cikgu yang mengajar. Kalau anak tak pandai, anak itu yang tak belajar dalam kelas.
Mendidik Anak Zaman Canggih
Membesarkan anak-anak pada zaman sekarang teramat hebat dugaannya lebih-lebih lagi yang sedang meniti usia remaja. Gajet seperti telefon bimbit umpama gam melekat di tangan. Sekali ditegur, sekali diletak. Kalau tak ditegah, sepanjang hari mata menatap skrin telefon. Belum lagi bab main ‘game’ sepanjang masa hingga mata naik juling.
Itu anak lelaki, anak dara lain ceritanya. Sibuk berselfie, dengan mulut ‘muncung itik’. Bergaya mengalahkan orang yang dah bekerja. Bayangkan, usia baru 12- 14 tahun, tapi dah pandai pakai mekap. Tengok penampilan tak sangka masih ABU (anak bawah umur).
Bila dah bergaya dengan mekap mampan, pasti akan jadi perhatian ramai lelaki. Jadi, tak salah kalau lelaki dewasa cuba menggoda. Mana sangka itu anak bawah usia!
Inilah dilema mak ayah zaman sekarang. Kalau terlalu tegas, anak kata tak sayang. Kena marah sikit, dah lari dari rumah. Belum bab mudah percaya pada lelaki yang tak dikenali hingga tergadai kehormatan diri.
Sebaliknya, kalau terlalu berlembut, takut jadi seperti filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ‘Anakku Sazali’. Setiap kehendak dituruti agar anak rasa disayangi. Si ayah seolah-olah ‘membeli’ kasih sayang si anak dengan wang ringgit. Tapi tanpa sedar, akhirnya ia jadi punca anak terlalu manja sehingga merasakan bebas untuk melakukan apa saja. Filem itu banyak pengajaran tersirat untuk ibu bapa faham dan hadam.
Tiap mak ayah ada cara didikan mereka sendiri kerana hanya mereka yang ‘kenal’ diri anak-anak mereka. Tapi bagi saya, paling penting, kena ada asas agama dalam diri anak. Sebagai mak ayah, kena bersederhana. Ada masa kita perlu jadi kawan mereka dan ada masa kita kena tegas untuk membimbing mereka agar jangan tergelincir daripada landasan yang betul. Kalau tanya saya, bab manjakan anak memang tak dipraktikkan walau pun dia anak tunggal yang secara logiknya dia boleh dapat apa saja yang dia mahu. Tapi saya dan suami ajar anak untuk rasa betapa susah nak dapat sesuatu benda agar dia akan menghargai benda itu.
Sememangnya bila cakap soal anak-anak, hati mak ayah sentiasa rasa bimbang dan tak tenang…!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...