Cara bapa muda bedung anak kecil bikin ramai terhibur, ingat ketayap atau Vietnam roll ke. Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri. Memiliki anak di usia muda adalah satu kurniaan terindah bagi pasangan yang memilih berkahwin di usia muda.
Walau agak kekok kerana belum biasa tetapi cabaran-cabaran menguruskan anak kecil beginilah yang membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
Cara Bapa Muda Bedung Anak Kecil Bikin Ramai Terhibur
Satu perkongsian di Tik Tok @hanafamily23 membuatkan ramai terhibur apabila bapa muda ini dilihat cuba membantu isteri dengan membedung anak kecil mereka.
Namun caranya membedung buat ramai yang ketawa kerana caranya membedung seolah-olah dirinya sedang menggulung kuih ketayap atau Vietnam roll.
Ads
“Ingat Ketayap Atau Vietnam Roll Ke…
Bahkan gelagatnya itu membuatkan isterinya terhibur saat melihat gelagat suaminya yang tidak berapa mahir membedung sehingga menyebabkan dia menggulingkan anak mereka supaya bayi mereka dapat dibalut sepenuhnya.
Perkongsian ini mendapat tontonan 2.4 juta dan ramai menyifatkan ianya mesti kerja orang lelaki. Bahkan ada yang kata, caranya membedung umpama melipat Vietnam Roll dan kuih ketayap terlebih inti.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mek Kaldung artifak tertua berusia 14,000 tahun dijumpai di Lembah Nenggiri, Kelantan. Lebih lama dari penciptaan Nabi Adam. Dunia tempat menyimpan pelbagai sejarah dan sudah pasti tiada yang mampu meneroka setiap inci penciptaan Allah ini.
Setiap yang terjadi sudah tertulis dan kita menjadi Al-Quran dan hadis sebagai panduan kehidupan. Satu pertemuan bersejarah membuktikan mukjizat Al-Quran itu benar apabila penemuan satu artifak Sejarah dinamakan Mek Kaldung berusia 14,000 tahun di Lembah Nenggiri, Kelantan mungkinkah lebih lama dari penciptaan Nabi Adam itu sendiri?
Dikongsikan dari facebook, Johan Ariff, ini mungkin kisah Sejarah yang menarik untuk kita ketahui bersama.
MUKJIZAT AL QURAN TERSERLAH…
Mek Keldung (wanita tua) berusia 14000 tahun, lebih tua dari rangka artifak di Gua Cha dan lebih tua dari Perak Man (11000) dan Perak Woman (8000) yang ditemui di Lenggong Perak.
Saya (jai) gelarkan rangka manusia wanita tua ini sebagai Mek (gelaran kepada wanita tua kelantan) dan Keldung sebuah gua di sepanjang Sungai Nenggiri di mana rangka artifaks manusia ditemui oleh Para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Lembah Nenggiri Gua Musang Kelantan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah usia artifak yang berusia 14,000 tahun setelah menjalani ujian ‘radio karbon dating’ menunjukkan ia lebih lama dari Tempoh ketamaddunan manusia iaitu al insan (Manusia pertama iaitu Nabi Adam AS) sekitar antara 5000 hingga 10000 (data spekulatif ) tahun iaitu tempoh masa dari Nabi Adam AS hingga kini.
Tempoh 14000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi iaitu di Jericho Palestine iaitu 10000 tahun.
Persoalannya ialah siapakah Sosok Rangka Mek Keldung ini? Adakah rangka prasejarah 14000 tahun ini berkait dengan soalan/dialog Malaikat kepada Allah dalam surah Al Baqarah
Allah SWT berfirman kepada malaikat: –
*”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 30)*
Soalan Malaikat ini seolah olah memberi maklumat awal kepada kita bahawa malaikat berpengalaman melihat persengketaan makhluk terdahulu yang dijadikan Allah hingga membawa kepada pertumpahan darah sehinggalah makhluk sebelum Adam AS ini pupus sepenuhnya.
Persoalannya adakah Wujud Adam sebelum Adam………
Penemuan rangka-rangka ini di Lenggong, Gua Cha dan terkini iaitu di Lembah Nenggiri ini telah membuka sebuah penemuan yang lebih luas akan Mukjizat Al Quran. Untuk kita fikirkan.
Allah jadikan Jin dan Al Insan adalah untuk beribadah kepadaNya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Dzariat ayat ke 56.
Oleh itu kalau rangka dan tengkorak yang ditemui berusia 14,000 tahun ini di Lembah Nenggiri iaitu di Gua Keldung ini lebih tua dari Nabi Adam AS, adakah ia yang digelar SAPIENS yang tidak berakal yang saling berbunuhan sesama sendiri sebagaimana yang disoal oleh Malaikat kepada Allah itu……?
Sebagaimana Allah pupuskan makhluk-makhluk Dinosor yang lain, begitu juga Allah pupuskan Makhluk seperti manusia ini yang digelar SAPIEN supaya mereka tidak berevolusi sehinggalah Allah mencipta Khalifah yang mempunyai akal menggantikan tempat SAPIEN ini.
Allah lebih Mengetahui akan apa yang Malaikat tidak ketahui.
Mukjizat Al Quran semakin diyakini dan terungkai. Penemuan Mek Keldung di Lembah Nenggiri ini sebenarnya adalah mesej dari Langit yang membenarkan Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu.
Begitu jua halnya penemuan rangka Firaun yang masih sempurna di dasar Laut Merah adalah Mukjizat Al Quran yang tidak dapat dinafikan lagi ialah untuk membukti dan memperlihatkan kepada manusia zaman ini akan apa yang disebut 1400 tahun lampau adalah wahyu Allah.
Oleh itu Siapakah SAPIEN dan HOMOSAPIEN dan Kaitannya dengan Artifak rangka manusia (Mek Keldung) yang ditemui. InshaAllah saya akan cuba mencari jawapannya dan semoga Allah permudahkan.
Opss jangan terpengaruh dengan Teori Evolusi Darwin kerana ia ISU aqidah.
Terima kasih Majlis Daerah Gua Musang khususnya Tuan Ruzuke Abdul Aziz kerana banyak membantu saya dalam kerja-kerja dokumentasi Mek Keldung berusia 14,000 tahun ini.
Tulisan di atas tiada kaitan dengan sesiapa dan ia adalah dari buah fikiran saya 100% melainkan rujukan dari ayat ayat Suci Al Quran dan Qishashul Anbia kisah para Nabi khususnya yang melibatkan keabsahan tarikh para Nabi.
Bisnes ayam kipuk viral akhirnya tumbang, pemilik akur DBKL arah kosongkan rumah. Selepas viral rider “berkampung” dan beratur panjang mengambil order pelanggan di tingkat 15, Taman Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur, akhirnya pemilik perniagaan Ayam Kipuk Viral berkongsi, mereka diarahkan mengosongkan rumah sewaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera.
Menurut Mawaddah Abu Bakar, dia akur apabila diarahkan mengosongkan rumah sewaan ini selepas pihak DBKL memaklumkan ada orang membuat aduan mengenai perniagaan yang diusahakan dari rumah itu.
Dalam penjelasan Mawaddah di Grup B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, akhirnya Ayam Kipuk tumbang dan dirinya juga sudah mengosongkan rumah flat tersebut.
“DBKL datang cakap ada orang report selepas viral. Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan di atas dosa saya berniaga di rumah. Saya redha,” tulisnya.
Dalam pada itu, jelas Mawaddah, dia akan membawa ibu dan adiknya, seorang OKU balik ke kampung dahulu selain turut berkongsi rumah flat itu sudah pun kosong sepenuhnya.
“Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu. Sabar yer mak, sabar yer dik, ujian hidup ini hanya sementara.
Walau menerima ujian selepas bisnesnya ini diviralkan di media sosial, jelas Mawaddah, dirinya akan bangkit semula dengan memilih rumah kedai sebagai tempat penyediaan makanan.
“Kami akan pindah. InsyaAllah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yang manage. Tq Abg rider, customer dan jiran-jiran semua yang selalu support kami. Minggu depan kami akan bangkit,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Perniagaan ayam kipuknya mula viral selepas ia di kongsikan dalam grup berkenaan sambal memaparkan ramai rider-rider beratur menunggu di luar rumah. Tulis seseorang, “Dasyat, tingkat 15 buat kedai jual nasi ayam gepuk, rider collect order, kena lift rosak rider rela naik tangga order banyak masuk,” tulis seorang netizen di Grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.
Sebelum ini, Mawaddah pernah memberi penjelasan bahawa dia mendaftarkan perniagaannya sebagai homechef iaitu peniaga makanan dari rumah dalam aplikasi p-hailing.
“Saya register dengan Grabfood dan Foodpanda under homechef, bukan under kedai. Saya tak jual di rumah kalau orang nak beli, bila orang lain buat homebased jual roti dan kek, saya cuba lah nasib jual nasi,” katanya.
Juruteknik meninggal di sengat tebuan, kawan luah rasa sedih “tenanglah sahabat di sana. Usaha seorang lelaki keluar mencari rezeki buat keluarga terhenti apabila disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan.
Mohamad Hafizuddin Husim, 30 disahkan meninggal dunia hanya mampu bertahan 24 jam saja selepas disengat pada hari Rabu ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu Karangan, Kulim pada Rabu lalu.
Rakan baik kepada arwah, Hafizzy Aziz dalam perkongsiannya pada awalnya memohon doa dari orang ramai agar sahabatnya selamat namun akhirnya tak mampu bertahan.
“Tenanglah di sana wahai sahabatku Muhammad Hafiz,” tulisnya dalam perkongsian di fbnya.
Dalam pada itu, memetik laporan Awani, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis.
“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.
“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan. Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.