Memang geram bila ada haiwan perosak seperti tikus dan haiwan berbahaya seperti ular ada di rumah. Tak tenang di buatnya walaupun duduk di rumah sendiri. Selain gunakan racun untuk ‘bunuh’ haiwan-haiwan ini, boleh juga cuba petua semulajadi ramua berkesan yang dikongsikan oleh Puan Fara Aem untuk ‘menghalau’ nya.
Tujuan asal buat ni untuk halau ular. Tapi tak sangka pulak boleh juga menghalau tikus. Cicak pun baru perasan jarang nampak batang hidung. So rekomen sangat la kalau nak menghalau binatang ni dekat rumah.
Bahan Diperlukan:
Garam Kasar
Minyak Kasturi * Boleh beli Di Sini : https://invol.co/cl5f5td
Kulit kayu manis (Ditumbuk)
Sedikit Cengkih (Kalau takde pun takpa)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut. Baunya, perghhhhh..
2. Kemudian, gaul bagi rata.
3. Bacalah selawat dan Zikir sikit, niat sebagai ikhtiar untuk menghalau haiwan perosak dan berbahaya ini.
4. Letakkan sikit dekat semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan-haiwan ni.
Tepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan rasanya lemak manis.Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik. Ia merupakan kuih tradisional kegemaran ramai dan juga merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu.
Nak membuatnya tak susah mana, mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfazleen Azliana sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
3 cawan santan pekat
sedikit garam
2 cawan tepung beras
Daun Pisang
(Inti)
Gula kerek (Gula Melaka) sekeping
2 cawan air
gula merah atas kita (warnakan inti)
3 sudu besar gula
1 biji kelapa Parut
Daun pandan
2 sudu tepung pulut
Cara Membuat:
(Inti)
Masak air gula, masukkan daun pandan, kelapa kacau sebati.Masukkan tepung dan tunggu sampai kering.
1.Kacau santan pekat dan garam sebati tanpa api.
2.Masukkan pula tepung beras dan kacau sampai sebati/larut, baru buka api.
3.Kacau dengan api sederhana sampai jadi begini.
4.Saya buat macam ni, buat lubang untuk letak inti.
5.Dah siap bungkus.Sedia untuk dikukus selama 20 minit.
Siap! Selamat mencuba!
Mak-mak boleh cuba buat tepung bungkus ni untuk minum petang. Buat sendiri lebih jimat, puas hati dan berbaloi.
Rupanya dengan semburan ‘baja yakult’ hasilnya pokok Limau Kasturi dapat berbuah lebat sepanjang tahun. Bukan apa, bagi mak-mak yang ada tanam pokok limau kasturi, walaupun dah cuba macam-macam cara, pokoknya payah nak mengeluarkan buah.
Boleh ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Muspirah Samat ini sebagai panduan.
Tak rugi tanam Limau Kasturi. Berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ye. Makin berisi makin menunduk.
Banyak dah petik buat makan, basuh ikan, gugur overipe pun ada. Ni dia keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Oleh sebab ramai tanya pasal baja yakult ni saya share ye. Baja Yakult.Senang je.
Bahan-Bahan:
Sebotol yakult+2 biji telur.
Cara Membuat:
Peram seminggu. Nisbah Air:baja yakult, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.Bole google cara buat detail.
Cara saya jaga pokok ikut sempat. Kadang baja sebulan sekali, siram air beras atau air basuhan ikan. Sembur baja yakult. Tu je. Yang lain berserah pada Allah rezekikan. Ulat makan daun, kelopak bunga saya anggap sedekah tuk depa.
Lagi satu cuka kayu. Boleh campur sembur sekali pakej dengan baja yakult.
Kawan-kawan yang dah cuba lepas ni kalau berkesan,boleh share ye. Sama-sama kita kongsi ilmu bermanfaat.
Info Ekstra!
Yakult mempunyai bakteria baik iaitu bakteria shirota. Apabila diperam dengan telur/air kelapa/air gula akan mengaktifkan bakteria baik untuk tanah.
Mingguan Wanita:Jika pokok limau kasturi payah nak berbuah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Memang elok berbuah banyak sepanjang tahun. Memang seronok hasilnya macam ni. Macam-macam boleh dibuat dengan buah limau kasturi ni.
Dapur, salah satu tempat yang paling banyak masa mak-mak habiskan dalam sehari. Tak kurang juga sebagai tempat terapi mak-mak untuk dapat idea untuk masak. Bermula awal pagi sampailah waktu malam.
Agak pelik bila ada dapur tapi tak digunakan sebaiknya. Lagi teruk, dapur cantik sekadar untuk hiasan saja. Sayangnya bila beli kelengkapan mahal, hiasan cantik tapi tak digunakan.
Namun, ada juga mak-mak merasakan dapur menjadi tempat terapi dan boleh jadi sakit mata kalau tengok dapur bersepah. Sedangkan rutin seharian mak-mak tentulah berada di dapur.
Tak salah pun untuk mak-mak melabur sedikit bagi memastikan dapur cantik dan selesa. Tak perlu melabur yang berlebihan, ikut kemampuan. Paling penting, selesa dan menjadi tempat terapi mak-mak sehari-hari.
Bagi sesetengah orang, memasak adalah rutin harian dan ada sesetengah lainnya, memasak ni satu bentuk ekspresi diri.
Ada orang ke dapur (untuk memasak) kerana rindukan seseorang. Dia akan masak masakan yang kerap dimasak atau digemari oleh orang yang dirindui itu.
Ada orang ke dapur bila nak luahkan perasan terima kasih serta penghargaan pada kenalan, atau perasaan kasih dan sayang pada ahli keluarga.
Kadang-kadang ada yang ke dapur kerana untuk cuba benda baru, nak bereksperimentasi, atau nak teroka kreativiti diri.
Malah ada juga yang ke dapur untuk lupakan masalah, atau melepaskan tekanan yang dialami. Lepas tung tang tung tang di dapur, lega sikit rasa.
Pendek kata, ia salah satu saluran untuk luahkan isi hati dan perasaan secara bukan verbal (lisan). Ia juga terapi untuk merawat jiwa.
Hanya orang yang pernah ke dapur sahaja faham benda ni. Dapur adalah medan kesenian dan pemulihan rohani.
Oleh itu, saya percaya, dalam setiap rumah, tempat atau ruang yang paling perlu diberi berikan pelaburan adalah dapur.
Dapur Untuk Keselesaan
Tidaklah bermaksud kena buat dapur mahal-mahal, beralas marmar, ketuhar tercanggih, atau berkelengapan macam di dapur hotel.
Cukuplah dapur yang selesa, bersih dan ada kelengkapan yang sesuai. Kalau boleh suasananya yang tidak terperuk atau melemaskan. Itu pun dah cukup baik.
Memandangkan kaum hawa yang lazimnya buat aktiviti memasak ni, maka para suami selalu terlepas pandang keperluan dan kepentingan sebuah dapur yang kondusif.
Dahulu saya pernah kata bahawa meja makan adalah pusat pentadbiran dan pengurusan sesebuah keluarga, kini saya beritahu pula bahawa dapur adalah pusat rawatan dan pemulihan sesebuah keluarga.
Makanan yang menampung kesihatan keluarga kita, letak di mana? Ubat-ubatan letak di mana? Di dapur, kan?
Bayangkan kalau dapur sebuah rumah dalam keadaan yang memberangsangkan, bagaimana agaknya keadaan kesihatan dan kebajikan ahli keluarga rumah itu?
Pastinya turut tak memberangsangkan, kan?
Oleh itu, selagi mana dapur tak capai tahap memuaskan, perlu lupakan dahulu set stereo untuk ruang tamu, garaj kereta canggih, atau bilik koleksi Hotwheels kau orang.
Lupakan!
Laburkan duit tu untuk buat dapur. Pasti tak menyesal. Pasti! Kesihatan fizikal, mental dan rohani seisi rumah terjamin.
Mingguan Wanita : Kalau dah dapur cantik, jangan tak guna pula.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...