Anai-anai memang musuh nombor satu dekat rumah kerana ia boleh barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan.

Nak guna khidmat servis kawalan anai-anai untuk menghapuskan serangga perosak ini pula boleh tahan mahal harganya. Mampu mencecah ribuan ringgit.Bukan semua orang ada bajet tersebut.

Jadi nak atasi masalah anai-anai ini di rumah, boleh cuba cara ini. Hanya guna campuran minyak tanah dan garam kasar. Ia bukan saja berkesan, selamat tanpa menggunakan racun sekaligus menjimatkan kos.

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Cucu Atok D’pallet ini;

Alhamdulillah…dari perkongsian sahabat-sahabat kita akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi.

Bahan-Bahan Pembasmi Anai-Anai yang saya gunakan:

Minyak tanah 2kg (agak-agak 2botol mineral)
Garam kasar 2kg (dalam 2beg)

Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai

IKLAN

Cara Membuat:

1. Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas.
2. Saya guna tin thiner dan biarkan semalaman. Keesokkannya mulakan operasi.

Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai

Hasilnya.Wow, memang terbaik. Bersidai semua anai-anai yang kena tu.Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak.

IKLAN

Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai

Moga berguna untuk semua.

Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai

IKLAN

Info Ekstra!

  • Sebaiknya sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
  • Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi dia tolong bawak masuk dalam sarang dia.
  • Saya guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan tu ditaburkan. Yang ni saya buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
  • Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu saya pun kena 3 kali baru yakin menjadi.
  • Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap ja rasanya, yang ini saya terus sembur.

Baca Lagi Di Sini:
4 Tanda Anai-Anai ‘Bersarang’ Di Rumah & 5 Petua Berkesan Hapuskannya Tak Perlu Guna Racun

Dulu Duduk Rumah Buruk Beranai-anai, Hari Ini Wak Doyok Hadiahkan Ibu Sebiji Banglo Khas

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah anai-anai dekat rumah tu, boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini. Sembur dengan campuran minyak tanah dan garam kasar sahaja. Lakukan beberapa kali.

Sumber: Cucu Atok D’pallet

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI