rumah

Memang geram dengan masalah anai-anai yang tak berkesudahan. Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan. Anai-anai memang musuh nombor satu kat rumah kerana ia boleh barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua menghapuskannya tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.

Ada 4 tanda bila anai-anai mula ‘bersarang’ di rumah dan beranak pinak kat rumah kita.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

1. Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

IKLAN

2.Kesan Perubahan Tekstur Warna
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

3.Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

4.Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

IKLAN

Petua Menghalau Anai-Anai

1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur Sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

IKLAN

3. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Selamat Mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI