Imunisasi ini adalah program pencegahan penyakit menular yang diterapkan dengan memberikan vaksin sehingga orang tersbut imun atau resisten terhadap penyakit.
Anak akan diberikan vaksin yang berisi jenis bakteria atau virus tertentu yang sudah dilemahkan atau dinonaktifkan guna merangsang sistem imun dan membentuk antibodi di dalam tubuh mereka. Antibodi yang terbentuk setelah imunisasi bermanfaat untuk melindungi tubuh dari serangan bakteria dan virus tersebut di masa yang akan datang.
Ads
Peringkat Yang Mak-mak Lalui
Fasa alahan, mengandung dan bersalin sudah lepas. Semuanya dilalui dengan cepat. Kini, masanya untuk fasa bangun malam bagi memberi susu pada anak, diikuti dengan menyediakan bubur dan puri bila mencecah usia 6 bulan. Malah, fasa yang mungkin ibu sedikit mengeluh bila tiap-tiap bulan kena hadap jururawat untuk suntikan dan mengetahui perkembangan bayi kita.
Ads
Ingat, jangan ambil ringan dengan suntikan yang harus diberikan pada bayi. Bersusah payah ibu alami fasa pertama dahulu, kenapa ibu nak lepas tangan bila kena lalui bab-bab suntikan anak ini. Ambillah masa sekurang-kurangnya setengah hari untuk ke klinik bagi mendapatkan imunisasi yang sepatutnya bayi terima mengikut peringkat umur mereka. Kalau rasa hospital atau klinik kerajaan terlalu ramai, rimas dan sebagainya, bolehlah ke hospital swasta (bagi yang berkemampuan) – setengah jam sudah siap.
Ads
Pandangan Sendiri Tentang Imunisasi
Bagi saya, imunisasi nie penting untuk perkembangan anak-anak. Bukan apa, kita pernah dengar berita tentang kematian kanak-kanak akibat tidak memberi imunisasi mengikut tahap usia mereka. Lagipun, suntikan ini bukannya tiap-tiap bulan, ada bulan tertentu bayi tidak perlu suntikan.
Memang saya akui, suntikan imunisasi penting pada anak. Ini saya lihat sendiri jiran saya, yang mana perkembangan tumbesaran anak tidak seperti kanak-kanak yang lain dengan keadaan perut buncit dan wajah seperti sakit (bukan mengata tapi realiti). Sebabnya, emak kanak-kanak tersebut culas untuk datang menjalani suntikan imunisasi anaknya. Walhal, jarak antara rumah dengan hospital hanyalah 5 minit dengan berjalan kaki. Sangat dekat. Tapi apa masalah ibunya tidak mahu anaknya mendapat suntikan. Fikirlah sendiri, mana yang elok untuk anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lima hari dalam seminggu bawa kereta, itulah rutin yang mesti mak-mak hadap untuk ke tempat kerja dan hantar anak ke sekolah mahupun ke rumah pengasuh. Boleh dikatakan macam-macam cara dan kerenah yang ditempuhi sepanjang berada di tengah jalan menuju ke destinasi.
Tidak terkecuali dengan saya juga. Tiap-tiap hari mesti akan ‘merempit’ dengan kereta, mengejar masa untuk hantar anak ke rumah pengasuh dan seterusnya ke tempat kerja. Tapi dalam memandu tu tidak ler sampai melanggar undang-undang jalan raya. Kenalah pandu berhemah, maklum sahaja, kita bawa anak yang masih kecil, jadi keselamatan kenalah jaga.
Orang Lain Pula Tak Berhati-hati
Dalam kita dok berhati-hati memandu ni, mesti ada orang lain yang tidak fikirkan keselamatan pemandu lain. Bukan bermaksud semua pemandu tetapi segelintir sahaja. Pernah jugak pemandu yang nak ke laluan kanan atau kiri tapi tak reti nak guna signal. Tak fasal-fasal brek kecemasan. Kecian anak-anak dalam kereta.
Bukan itu sahaja, saya selalu juga dok perhati terutamanya perempuan yang bawa kereta. Saya bukan anti-perempuan yang bawa yer..Cuma kadang-kadang tak faham apa yang dia fikirkan semasa bawa kereta.
Pernah, bila saya dan suami dalam kereta… tiba-tiba suami brek mengejut. Lepas tu keluar dari mulut dia ‘apasal kereta nie bawa kereta macam siput. Mesti perempuan nie…’ Bila sahaja potong kenderaan tersebut, memang sah ler perempuan. Tapi bukan semua perempuan dan tak mustahil lelaki pun ada juga buat hal macam nie.
Sama juga bila nak masuk laluan jalan utama, cubalah bagi signal dan jangan la main masuk macam tu…mahunya kereta tengah laju..tak pasal2 jadi kes kecemasan pula. Boleh dikatakan, tidak semua pemandu langgar peraturan hanya segelintir dan janganlah sebab kelalaian orang lain, kita menjadi mangsa.
Saya masih lagi tertanya-tanya, adakah pemandu yang menggunakan kereta besar atau kereta mewah mempunyai ego yang tinggi. Kadang2 saya perhatikan, mereka susah untuk beri laluan pada kereta lain, walaupun sudah diberi signal minta laluan. Apa pendapat anda?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuih Kerbau Guling satu nama yang cukup tular suatu ketika dulu setiap kali kedatangan Ramadan. Sehinggakan, peniaga mampu menjual 500 loyang dalam sehari. Kuih yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu merupakan tarikan utama yang sering menjadi kegemaran untuk kami yang tinggal di Rantau Panjang. Terutamanya pada bulan puasa.
Memang kalau setiap kali balik ke kampung di Rantau Panjang, saya tak ketinggalan untuk membeli kuih ini dan juga pilihan kuih lain yang dijual oleh peniaga, Wan Suriana Wan Ali.
Memang pilihan kuih yang dijual selain kerbau guling semuanya sedap-sedap belaka. Buah Tanjung, Jala Emas, Pulut Kaya, Tepung Bungkus dan banyak lagi sering menjadi pilihan sayasetiap kali membeli kuih muih di gerai ini.
Yang seronoknya walaupun bukan bulan Ramadan kami masih dapat makan kuih-muih ini. Masih saya ingat lagi, dahulu ketika arwah ayah Wan Suriana yang meniaga hanya menggunakan gerai kecil yang diletakkan berhampiran stesen minyak Caltex di Rantau Panjang. Orangnya cukup ramah dan masih mengenali kami anak-anak perantau yang jarang-jarang sekali pulang.
Tapi rasanya setelah tular, tempat mereka berniaga dipindahkan ke kawasan Masjid Beijing di Rantau Panjang. Maklumlah tak dapat nak menampung pelanggan yang sangat ramai di kawasan yang lama.
Laku Keras Jualan Berniaga 500 Loyang Sehari
Dulu-dulu kami semua tak panggil nama kuih ni dengan gelaran Kerbau Guling, ia lebih dikenali dengan dengan kuih hitam ataupun koleh hitam. Mungkin disebabkan namanya yang unik dan rasanya yang sedap ia terus menjadi tular di internet. Itulah kuasa viral kan? Dan mungkin juga sudah rezeki keluarga ini setelah sekian lama berniaga iaitu lebih dari 30 tahun.
Tahun 2018 bagaikan satu fenomena luar biasa untuk Wan Suriana dan keluarganya apabila kuih mereka laku keras dan dijual laris sehingga 500 loyang setiap hari.
Sungguhlah rezeki itu tak pernah salah alamat, rajin berusaha, ikhlas dalam setiap perniagaan dan pekerjaan yang dibuat, siapa sangka, kuih yang dahulu biasa-biasa sahaja dan hanya dikenali oleh penduduk setempat kini tular dan terkenal seluruh Malaysia.
Malah ketika pulang ke kampung beraya baru-baru ini, ada saudara dari Pattani, Thailand turut menyatakan bahawa kuih tersebut turut tular dikalangan penduduk Islam di Selatan Thai.
Tekstur Kuih Kerbau Guling Yang Unik
Khabarnya pada bulan Ramadan yang lalu (ketika artikel dimuat naik pada Julai 2018), kuih tersebut turut diterbangkan ke beberapa tempat di seluruh Malaysia. Tapi bila ditanya tentang rasanya saya dapat banyak respon, biasalah kan selera orang semuanya berlainan.
Bagi saya sendiri pula kuih ini memang punya keunikan yang tersendiri disamping teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap. Sebelum pulang ke ibu kota untuk bekerja baru-baru ini sempatlah juga kami tapau bawa balik seloyang.
Pada awalnya dikhabarkan Wan Suriana hendak cuti sebulan kerana penat bertungkus lumus pada Ramadan yang lalu, tapi atas permintaan ramai, Kuih Kerbau Guling dijual kepada ejen-ejen tertentu itupun atas permintaan sahaja pada musim perayaan.
Tapi secara peribadi, saya rasa makan di kampung lebih padu dan keenakkannya lain daripada yang kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Jadi bagi yang berjalan ke Kelantan dan nak rasa sendiri kesedapan kuih-kuih yang dijual oleh Wan Suriana dan keluarga mereka, jangan lupa singgah ke Rantau Panjang.
Sambil Shopping boleh makan kuih Kerbau Guling yang viral dan juga makanan lain seperti lokcing, pulut ayam, mee celup dan banyak lagi. Memang Awesome!
Webinar PERCUMA Untuk Anda Belajar Berniaga Dari Rumah
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut, macam beli dekat pasar malam. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Ros Ina Lina ini.
Sebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan.
Sekarang kakak dah pandai dah rebus jagung.Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli dekat pasar malam.
Tengok lah isinya tu cantik kan.. kan? Sedap pun sedap, gebu gebas isi dia.
Buat pengetahuan semua, jagung akak ni bukan jagung muda..ni jagung tua dah.
Ni resepi dan cara rebus jagung.
1. Jagung dibersihkan, buang kulitnya tapi jangan buang semua. Tip penting, tinggalkan selapis atau 2 lapisan kulitnya.
2.Jangan potong jagung tu, biar sebiji-sebiji macam tu.
3.Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak boleh muat jagung yang nak direbus).
4.Bila air dah mendidih, baru letak jagung satu persatu. masukkan gula sikit.
5. Rebus jangan lama dalam 10 hingga 15 minit dah masak. Dah masak baru masukkan garam .Siap!
Insyaallah kalau ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...