Genting Highlands

Baru-baru ini saya diberi tugasan untuk membuat review di kota keriangan,Genting Highlands, Pahang. Dah lama tak pergi ke sana jadi teruja la juga.. tambah-tambah lagi sekarang dah ada Genting Premium outlets (GPO). Double joy la orang kata.

Ini untungnya kerja wartawan, ada masanya kami diberi peluang untuk bekerja sambil-sambil tu bolehlah berjalan sama.

Pihak Genting Resort menjemput wartawan daripada beberapa media seperti Karangkraf, Malay Mail, utusan dan juga wartawan daripada portal-portal online untuk buat review tentang skyway atau kereta kabel mereka yang baru dan juga Hotel On The Park yang baru diubah suai.

Genting Pemium Outlets

Kami di bawa ke stesen Awana Skyway dari Wisma Genting dengan menaiki van persiaran yang ditempah khas. Siapa yang tinggal di Lembah Klang, jarak perjalanan tidaklah terlalu lama dan jauh, lebih kurang 30 hingga 45 minit sampailah ke destinasi yang dituju. Lagi menarik dekat stesen skyway itulah terletaknya Genting Premium Outlets, tempat untuk shopping!

So siapa yang dah sampai ke stesen skyway ini bagi yang hanya nak jalan-jalan cuci mata atau shopping dekat GPO bolehlah stay dekat sana sahaja, tapi rugilah dah alang-alang sampai situ tak naik ke atas dengan skyway genting yang baru.

Stesen skyway terletak dibangunan yang dihubungkan dengan jejantas dari GPO. Jadi kalau tak jumpa boleh rujuk pada papan tanda yang ada di situ. Kereta kabel baru yang ada memang lebih efisen untuk memudahkan lagi pengunjung yang ingin ke puncak Genting dengan menaiki Skyway. Ada dua jenis gondola iaitu gondola biasa dan juga glass bottom gondola, Tiket untuk gondola boleh dibeli dari kiosk2 layan diri yang tersedia di pintu sebelum menaiki gondola yang ada.

IKLAN

Harga tiket untuk gondola biasa adalah RM8 sehala manakala glass bottom gondola pula berharga RM50 sehala. Kami berkesempatan merasa naik glass bottom gondola tu, siapa yang gayat mungkin boleh cuba untuk atasi rasa tu dengan menaiki glass bottom gondola tu. Nak tampung orang yang sentiasa ramai untuk ke Genting Highlands, pihak Genting Skyway menyediakan 99 gondola biasa dan 7 glass bottom gondola untuk pengunjung. Jadi kalau orang ramai pun tak perlu tunggu lama untuk naik.

Hotel On The Park

10 minit menaiki gondola sampailah kami ke stesen Sky Avenue, selesai makan tengah hari kami dibawa ke Hotel On The Park, penginapan kami untuk malam tersebut. Hotel ni dulu dikenali sebagai Theme Park Hotel setelah diubah suai, Genting Resort telah menukar ia kepada nama baru. Dekorasinya menarik, di lobi terdapat beberapa sudut untuk pengunjung bergambar sakan sebelum daftar masuk ke bilik.

Kami dibawa tour bilik-bilik yang ada di hotel ini. Deko dalam bilik juga menarik dengan harga yang fluctuate berdasarkan permintaan. Ala macam kita nak book tiket penerbangan AirAsia tu. So kalau book awal mungkin boleh dapat harga yang murah. Gunakan kod promo ini untuk harga bilik yang murah.

IKLAN

Genting Highlands, Percutian Singkat Untuk Orang Lembah Klang! Rugi Kalau Tak Pernah Sampai…

Ada dua jenis bilik di hotel ni, quad room dengan dua katil queen yang boleh muatkan sehingga 4 orang dan sixers room untuk 6 orang. Paling special kat hotel ni ada disediakan bilik untuk OKU. Ada katil khas untuk tetamu OKU dan juga bilik air yang memang disediakan khas bagi pengunjung OKU.

Sky Avenue

Selepas tour, acara bebas untuk kami sebelum makan malam. Kami sempat meninjau apa yang ada di Sky Avenue. Memang menarik ada banyak tempat makan baru disediakan di Malaysia Food Street termasuklah Burger & Lobster yang famous di Kota London tu dan banyak lagi restourant dan kiosk menjual pelbagai jenis makanan untuk dinikmati.

IKLAN

Esoknya sebelum balik, kami dibawa untuk melihat satu lagi tarikan baru yang ada di Sky Avenue iaitu Sky Symphony. Ia adalah pertunjukan lampu kinetic dimana setiap pertunjukan ada cerita disebaliknya. Pertunjukan ini biasanya akan dipertontonkan setiap 2 jam sekali kepada para pengunjung yang datang.

Genting Highlands, Percutian Singkat Untuk Orang Lembah Klang! Rugi Kalau Tak Pernah Sampai…

Jadi kalau nak tengok sendiri dan nak rasa sendiri pengalaman naik Genting Skyway yang baru dan stay dekat Hotel On The Park serta tengok pertunjukan Sky Symphony secara percuma, hujung minggu ni bolehlah pack beg dan terus ke Genting. Jangan lupa singgah GPO sekali ya!

Genting Highlands, Percutian Singkat Untuk Orang Lembah Klang! Rugi Kalau Tak Pernah Sampai…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI